BAB 6

8.9K 305 30
                                    

"Aku. Aku. Aku."

"Apo? Pandai ke tidak!!" Tengking aku 

"Aku tak pandai" jawab sham laju.

Aku memandang ke arah sham.

"Serius lah?" Tanya aku. Sham hanya menganggukkan kepala.

"Izuwann?" Panggil aku..

Aku tengok izuwann hanya mengangguk kepala sambil memandang benda tu.
 
"Okay cun! Yang lain baca surah ruqyah. Okay izuwann kau azan kan." Suruh aku. 
 
"Tapi. Tapi aku tak ada wuduk." Ucap izuwann.

"Tak apa. Keadaan darurat ni. Ko azan je." Ucap aku lagi.

"Baiklah!" Ucap izuwann lantas pergi ke hadapan sedikit, lalu melaungkan azan dengan sekuat2 hati. Yang lain dibelakang masih lagi baca surah ruqyah. Bebola api seperti cacing kepanasan masa izuwann melaungkan azan. Tak lama kemudian, berbola api tersebut berlalu pergi.

Selepas habis azan, kitaorang cepat-cepat berlari meninggalkan kawasan tersebut. Disebabkan kaki aku tak berapa nak sihat, jadi aku terpaksa hadkan untuk berlari. Biasa lah kaki robot nak buat macam mana kan. Kui kui.

Sampai saja dirumah tumpangan, Pintu di tutup. Tingkap di tutup. Bunyi itu usah dicakap lah., Macam meriam buluh. izuwann, anuar dan sham sepatutnya masuk dekat rumah sebelah, rumah diorang, tetapi diaorang terus berlari masuk kerumah kitaorang. Tak mengapalah. Bukan berduaan pun. Kami berenam bergelimpangan kat ruang tamu. Mintak nyawa. Nyawa. Penat berlari non stop tadi. Kalau stop kali kedua tahu lah apa yang terjadi dekat kitaorang.

Aku bangun duduk setelah sekian lama terbaring. Nafas pun dah stabil. Aku mengesot untuk bersandar dekat dinding sambil urut-urut kaki aku yg terasa sakit.      
       
"Mei. Tadi tu apa?" Tanya sue masih lagi tercungap-cungap.
   
 "Bola-bola api lah." Ucap aku sambil urut kaki.

"Ye lah aku tahu lah tu bola-bola api, Tapi apa benda tu?" Tanya sue lagi ingin tahu.

Aku pandang sue. Adeh minah ni.  

"Penanggal" jawab aku sepatah.
   
"Apaa!!" Jerit izuwann.

Aku pandang izuwann kat sebelah.

"Kau dah kenapa?" Tanya aku.

"Eh tak, Aku cuma terkejut kau cakap penanggal tadi." Ucap izuwann.

 "Betullah itu penanggal. Ketika dia terbang, ia akan menyerupai cahaya putih keemasan dari urat perut dia yang terburai tu." Ucap aku.

"Mana datang penanggal tu mei?" Tanya maria ingin tahu.

"Penanggal ni datang dari seseorang yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan. Gittew." Ucap aku.

"Habis tu yang kau datang sini sebab nak cari penanggal ke?" Tanya anuar yang dari tadi senyap.

"Eh tak lah. Aku pun tak tahu sebenarnya. Sebelum ni, aku datang sini, tak ada pulak aku nampak penanggal. Ni baru first time!" Ucap aku.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now