BAB 10

7.4K 269 1
                                    

Aku suruh maria pilih ikan dan sebagainya. sementara aku nak pegi cari sayur. Masa aku sampai dekat satu gerai mak cik ini, aku sempatlah berbual kosong dengan dia. Tiba-tiba aku teringat yang aku nak tanya sesuatu.

"Mak cik. Nak tanya boleh?"

"Ye. Tanya lah nak." Ucap mak cik tersebut dengan budi bahasa.

"Saya mintak maaf. Sayanak tanya, betul ke dekat kampung ni ada penanggal?" Tanya aku.

"Mana kamu dapat tahu ni nak?" Tanya mak cik tu. Mukanya terus berubah.

"Baiklah ceritanya begini makcik, malam semalam saya dan kawan saya lalu dekat lorong sebelah rumah tumpangan itu, dari lorong itu nak balik ke rumah tumpangan lah. Masa tengah jalan tu, tiba-tiba ada cahaya bebola api jaraknya tak jauh dari kami." Cerita aku.

"Lorong dekat rumah tumpangan? Yang denai tu ke?" Tanya mak cik tu tersebut

"Haah." Jawab aku. 

Mak cik tu terus termenung dan memandang ke arah aku.

"Makcik?" Panggil aku lantas memetik jari kedepan mata makcik tersebut.

"Ye."

"Tak apa lah kalau macam itu mak cik. Berapa semuanya?" Tanya aku lantas mengakhiri perbualan pasal penanggal tadi.

"Rm7.50 saja nak."

Selesai membayar, aku mendapatkan maria dan mengajaknya balik. 'Kenapa ye bila aku tanya pasal penanggal, orang macam terkejut. terdiam. Betul-betul ke ada? Macam nak selidik saja. Huhu. Tapi aku kan orang luar. Tak akan aku nak memandai-mandai pulak. Hurmm. Masalah betullah.' ucap aku lantas membelok kereta ke pekarangan rumah.

"Sampai sudah!!" Laung aku

"Korang pergi mana doe lama sangat" tanya sue.

Aku lantas memberi barang dekat anuar. Dan aku menarik sue masuk ke dalam bilik.

"Kau datang period ke?" Tanya aku.

"Haah. Kenapa mei?" Tanya sue

 Selepas mendapat penjelasan dari sue, aku terus keluar dari bilik dan pergi ke dapur. Okaylah aku dah dapat pengesahan dari sue. Cuma, aku masih lagi tertanya-tanya semalam tu, kenapa? Hmm. Tengah aku fokus buat kerja, tiba-tiba aku terdengar bisikan halus ditelinga. Aku terus berpaling kebelakang. Tak ada apa pulak. Aku lantas pandang ke depan. Masih lagi bunyi bisikan halus dekat telinga. Bila terlampau galak sangat bisikan tu dok bisik kat telinga aku, Aku pun malas nak hiraukan bisikan itu lagi. Fokus!!

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now