BAB 7

8.3K 279 7
                                    

"Eh kejap. Area situ ada rumah orang ke?" Tanya sham.

"Ada. Tapi dekat belakang-belakang situ lah. Kenapa?" Tanya aku.

"Tak ada apa. Sebab situ kan area rumah ayu. Aku...... Tak ada apalah.." Ucap sham terhenti ayat.

Selepas sham cakap macam itu, aku mula terfikir. Dekat situ memang ada rumah orang lain, tetapi dekat hujung-hujung sana. Rumah ayu pulak satu-satunya dekat tepi lorong denai. Hurmm. Tak mungkin. Aku lantas memandang ke arah lelaki-lelaki budiman yang duduk dihadapan aku ni.

"Tak reti nak balik ke?" Tanya aku dekat izuwann, anuar dan sham.

"Haa mei. Hurm.. Boleh tak kalau kitaorang tumpang tidur sini malam ni? Tiba-tiba aku rasa macam segan nak balik kat rumah sebelah." Jawab sham.

Izuwann dan anuar mengangguk laju.

"Kenapa pulak? Sini rumah perempuan lah.. Mana boleh." Ucap aku.
   
"Bolehlah mei. Lagi pun dah lewat malam dah ni." Ucap izuwann.

"Suka hati korang lah. Aku nak masuk tidur." Ucap aku lantas bangun dan masuk ke dalam bilik.

Malam itu lagi sekali aku tak boleh tidur. Aku tak tahu kenapa.  Aku duduk main hp. Tak lama kemudian, telinga aku tertangkap bunyi sesuatu.

"Ngeeee... Ngeee... Ngeee" kat tepi rumah.

Aku berpaling ke kiri dinding seketika. Tak lama kemudian, aku berpaling kekanan. Rupanya maria dan sue tak tidur lagi. Aku meletakkan jari telunjuk dekat bibir aku. Memintak mereka tidak bersuara. Tak lama selepas itu, pintu bilik berkuak. Aku memandang pintu tersebut. Maria dan sue lantas mendapatkan aku. Jantung aku berdengup kencang. Tak lama kemudian muncullah tiga lembaga yang dikenali menerjah masuk dalam bilik. Diaorang nampak saja aku yang tengah duduk diatas katil, terus aku buat bahasa isyarat supaya diam. Sham, izuwann dan anuar duduk kat tepi katil. Aku bangun duduk dekat sebelah izuwann dan diikuti oleh maria dan sue.

"Jangan bersuara. Diam saja." Ucap aku seperti berbisik.

Tak lama selepas aku cakap macam itu Tiba-tiba,

 Tok! Tok! Tok Didepan pintu rumah..

"Ngeee... Ngee.. Ngeee.."

Bunyi tersebut semakin lama semakin kuat dekat dinding bilik. Tak lama selepas itu, bunyi itu hilang. Aku berpaling kekiri untuk bercakap sesuatu, Rupanya, diaorang dah tertidur. Patut pun senyap je semua. Aku pun apa lagi, Terus lentok dekat bahu si izuwann. Terlena sampai ke pagi. 

Pagi itu, semua mengadu sakit pinggang. Berjalan pun dah macam nenek bertongkat der. Selesai mandi apa semua aku buka pintu depan. Sekali ayu terpacak kat depan pintu.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now