BAB 25

6K 220 7
                                    

Tak lama kemudian itu, "zaaassss!!" Aku nampak cahaya itu belalu pergi. Aku bangun dan berdiri kat tingkap. Aku mengerling jalan di pengelangan tangan. Pukul 4. 'Bermakna penanggal aku hilang pukul 4 pagi?' tanya aku dalam hati. Aku kembali duduk. Nak tidur tak mungkin. Risau pulak penanggal tu datang balik. Jadi aku turun dari katil dan duduk bersandar kat katil. Tak lama selepas itu aku rasa mata aku dah berat. Mengantuk datang secara tiba-tiba. Aku pun tak sedar bila masa aku terlelap.

Aku tersedar pagi tu sebab pinggang aku terasa kejang. Aku terus pandang kiri dan kanan. Then aku pandang katil. Kosong! "Eh mana kak lela ni" tanya aku sendiri. Aku terus bangun dan cari ke ruang tamu tak ada. Aku cari kat luar rumah pun tak ada. Weh stress sial. Aku terus masuk dalam rumah dan cari dalam bilik yang ada. Kak lela tak ada. Yang lain-lain pun tak ada. Aku terus keluarkan telefon berkira-kira nak call mak kiah. Tiba-tiba telinga aku tertangkap bunyi orang gelak-gelak dari arah dapur. Aku terus berlari ke dapur. Sampai je dapur, semua orang pandang aku dengan pandangan yang pelik. Aku cari kelibat kak lela, sekali kak lela dengan senduk kat tangan. Then dia pun tengok aku dengan pandangan yang pelik.

"Kau dah kenapa?" Tanya maria kat sebelah kak lela.
     
Aku terus duduk kat meja makan.

"Tak ada apa. Ucap aku. "Kak lela okay?" Tanya aku lagi

 Kak lela tersenyum ke arah aku lantas dia menganggukkan kepala. aku memandang kak lela pagi tu macam lesu je. Muka pucat. Jalan pun perlahan. aku melangkah ke arah izuwann lantas bisik kat telinga dia.

"Kau tolong tengokkan kak lela. aku nak balik mandi." ucap aku perlahan. Izuwann menganggukkan kepala dan aku terus keluar balik rumah sebelah.

Masa aku tengah pakai baju tiba-tiba aku terdengar macam orang berlari dekat luar bilik. Aku terus pergi tengok. Tiada siapa. siang-siang aku tak fikir pun hantu. Cuma aku fikir manusia je. Selesai aku pakai baju, berkira-kira untuk aku keluar, aku memegang tombol pintu. Aku tarik je pintu, maria depan pintu dan terkejut. Sebab dia pun nak masuk ke bilik untuk cari aku. Aku mengundur setapak kat belakang dan memegang dada. Jantung aku macam nak tercabut sial! Sakit betul hati aku kalau orang buat aku terkejut pagi-pagi. Maria pulak siap pakej melatah.

"Kau dah apahal buat aku terkejut?" Marah aku

"Sorry-sorry mei. Aku tak sengaja." Ucap maria.

"Asal kau?" Tanya aku lagi.

"Mei!! Kak lela mei. Kak lela." Ucap maria dengan kelam kabutnya.

"Kenapa?" Tanya aku lagi.

"Air ketumban dia pecah mei!!" Jerit maria.

"Haa?"

"Tak payah nak haa sangat lah. cepat!! kita bawa dia pegi hospital.." jerit maria.

"Okay-okay jap!" Ucap aku lantas mencapai porch beg dan kunci kereta.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now