BAB 16

6.7K 254 15
                                    

"Okay okay" ucap sham..

Sham berlari meninggalkan aku dengan sue. Tangan aku yang menutup alat sulit sue, penuh dengan darah.

"Nah nah" sham lantas menyerahkan kain.

Aku mengambil kain tersebut lantas menutup dibahagian alat sulit sue.

"Weh kenapa ni?" Tanya izuwann

"Nanti cerita. Cepat tolong aku angkat sue ni." Ucap aku.

Izuwann, sham dan aku mengangkat sue ke ruang tamu. aku masuk ke bilik dan menolak maria ketepi lantas menarik cadar. Maria tersedar.

"Call ambulans. apa hal tercegat lagi dekat situ?" Marah aku dekat sham..

Sham mencapai telefon lantas mendail. Tengah aku bercakap, tiba-tiba bunyi kuat dekat atas atap.

"Dumm!"

Semua mendongak ke atas. tak lama kemudian maria keluar dari bilik.

"kenapa ni kenapa ni. banyaknya darah." ucap maria.

"Apasal tak dapat call ni mei." jerit sham sakit hati.

Aku mundar mandir memikirkan sesuatu.

"Okay macam ni. kau cuba cari hospital sini dekat mana. kita bawa saja sue pergi hospital. nanti kalau kita lambat lain pulak jadi. Darah banyak sangat ni." ucap aku setelah puas berfikir..

"Yes! aku dah jumpa dekat pekan. cepat-cepat". ucap anuar tiba-tiba.

Kitaorang beramai-ramai mengangkat sue dan bawa masuk dekat dalam kereta aku.

"Maria, kau tunggu dekat sini. Kau jangan pergi mana-mana. Aku nak pergi ambil barang" ucap aku lantas meninggalkan maria disitu.

Masa aku dalam keadaan kelam kabut, dimana hand beg sue. dimananya kunci kereta aku porch beg aku, tiba-tiba aku terdengar jeritan diluar rumah.

"Arrrggghhhhhhh!!!!"

Aku berlari dan mengintai dekat tingkap. Aku tengok maria tengah terduduk. aku mencapai beg apa dan berlari ke dapur. Aku capai daun mengkuang diatas meja dan berlari menuju keluar. Aku perasan penanggal terapung-apung didepan maria. Dengan kalimah "Allahuakbar" aku laungkan, aku melompat dan terus melibas penanggal itu dari belakang. Nasib aku baik masa itu, sebab aku tak terkena dia punya asid. terkincit-kincit, terhuyung hayang penanggal itu terbang dan keluarkan bunyi ngee.. ngee.. ngee.. ngee. dan hilang.

Jiran sebelah yang terdengar riuh rendah diluar, lantas berlari ke arah kitaorang.

"Ko masuk ke dalam kereta maria." suruh.

"Kenapa ni?" Tanya jiran sebelah.

"Maaf, sy kesuntukan masa ni pak cik mak cik. nanti lepas siap saya ceritakan. tolong mak cik pak cik tengok rumah kitaorang" pinta aku

"Baiklah baiklah. hati-hati memandu." ucap jiran sebelah.

Didalam kereta aku maria dan sue sahaja. Kereta sham ada izuwann dan anuar. Mereka terlebih dahulu keluar tadi. Sebab itu penanggal datang serang maria. Aku memandang maria kesebelah. Menggeletar tubuh badannya.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now