BAB 31

5.6K 228 13
                                    

"Semalam dan kelmarin lepas dekat kampung sebelah ada orang mati dimakan penanggal. Makin menjadi-jadi penanggal ni Lela mana?" Tanya mak embun.
     
"Kak lela dekat hospital. Dia dah bersalin. jawab aku.
     
"Nasib baik kamu bawa lela pergi hospital kalau tidak, mesti akan jadi benda yang sama." ucap mak embun.
     
"Jadi apa yang kita nak buat sekarang ni mak embu.." tanya izuwann.

Mak embun termenung seketika. Aku hanya mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa. Pening boh! Tak lama kemudian mak embun bersuara.
     
"Mak embun syak yangg penanggal ini adalah ayu." ucap mak embun tiba-tiba.

Aku memandang mak embun. Yang lain pulak memang dah terkejut beruk. Beruk pun tak terkejut macam diaorang.
 
"Eh mak embun, tak baik tau tuduh orang tanpa disoal siasat." ucap maria.
   
"Mak embun tak tuduh. Kalau tak percaya, tanya anak mak embun." Ucap mak embun.
   
"Saya tak percaya yang ayu tu penanggal mak embun." pintas aku.
   
"Kenapa kamu tak percaya?" Tanya mak embun.
   
"Ayu baik mak embun. Takkan ayu jadi penanggal pulak untuk apa?" Ucap aku.
 
"Untuk kekalkan ilmu hitam.. untuk kekalkan kecantikkan." ucap mak embun..
   
Lepas mak embun cakap macam tu, aku terus terdiam.

"Tak apalah kalau macam itu, esok malam saya pergi kerumah ayu dan nak kan kepastian." ucap aku.
   
"Kau dah gila ke mei?" Tanya sham.
   
"Gila apa?" Tanya aku.
   
"Yelah yang kau nak pergi kat rumah ayu? Kau memang tak percaya ke dekat mak embun?" Tanya sham
   
"Bukan aku tak percaya dekat mak embun, aku percaya. Tetapi takkan ayu sanggup buat macam ini dekat aku. Dekat kita!" Ucap aku tertinggi suara sedikit.
   
"Kalau hati dah hitam mei, mak bapak pun sanggup dibunuh. Apatah lagi kawan." ucap sham..
 
Kata-kata sham ini membuatkan aku trrfikir sejenak. Aku baru teringat yang mak ayu ni dukun. Kalau betul ayu ni penanggal, mesti ayu menuntut dengan mak mah. Tetapi tak akan ayah ayu diamkan diri?

Seketika kemudian mak mah memintak diri. Aku dengan yang lain masuk ke dalam rumah kak lela. Aku duduk di atas sofa sambil memikirkan apa yang telah berlaku. Penat sangat. Akhirnya aku terlelap. Aku tersedar bunyi ayam berkokok diluar rumah.. aku bangun dan duduk diatas sofa. Aku memandang sekeliling. Yang lain masih lagi tidur diruang tamu. Dengan bermalasan aku bangun dan menuju ke rumah tumpangan untuk bersiap. Selepas siap semuanya aku pegi rumah kak lela. 
   
"Aku nak pergi hosptal ni. Korang nak ikut tak? Kalau nak ikut, pergi lah bersiap." ucap aku.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now