BAB 9

7.8K 261 6
                                    

"Jom pegi pasar." Ajak maria masih lagi dengan sisa ketawanya. Aku hanya menjeling lantas mencapai porch beg di dalam bilik.

Oleh kerana kitaorang baru saja sampai kampung, kitaorang terpaksa cari kedai yang menjual barang-barang basah. Aku dulu selalu datang  kampung ni, Tetapi aku bungkus je. Tak rajin pulak aku nak masak time aku sorang-sorang.

"Macam tak ada je kedai mei" Ucap maria 

"Itu lah. Tapi kalau susah sangat, Kalau tak ada kedai dalam kampung ni, kita pergi ler pekan." Ucap aku.

"Tapi macam jauh sangat pekan tu mei." Ucap maria.

Aku hanya berdiam diri. Malas nak melayan orang yang banyak bunyi ni. Aku hanya terfikir pasal ayu. Kenapa pelik tingkah lakunya. Aku terfikir sejenak. Ayu bukan seorang perempuan yang tahu pasal alat makeup. Nak berfesyen pun dia tak tahu. Tetapi macam mana dia boleh jadi secantik itu eh? Pasal semalam tu? Kalau betul penanggal,, dalam rumah bukan ada orang yang mengandung.. Tengah-tengah aku terfikir itu, tiba-tiba aku teringat kata-kata nenek aku. Penanggal suka perempuan sunti yang dalam keadaan haid. Dan memakan uri. Hurm. 'Siapa yang datang haid?' tanya aku dalam hati.

"Hish. Tak mungkin" ucap aku sendirian.

"Apa yg tak mungkin mei oi?" Tanya maria.

"Tak ada apa. Eh aku nak tanya. Di antara kita bertiga, siapa yang dtg period?" Tanya aku.

Maria kerut dahi

"Sue" Ucap maria sepatah.

"Mana kau tahu?" Tanya aku pelik.

"Oo tadi dia ada mintak pad dekat aku" Ucap maria.

"Bila dia datang period?" Tanya aku untuk kepastian.

"Malam semalam masa kita nak keluar pegi makan. Kenapa mei?" Tanya maria.

Aku hanya menggelengkan kepala menandakan tiada apa-apa. 'No wander lah semalam benda itu datang. Tak boleh jadi ni. Kejap lagi aku nak tanya dekat orang kampung.' Ucap aku dalam hati.

Satu jam kemudian sampailah aku dekat pekan sentosa. Nasib baik masa itu masih awal lagi. pasar basah belum tutup. Kalau tak, makan nasi putih sajalah. Aku memandang sekeliling ramai betul penduduk. Tetapi kenapa penduduk dekat kampung keruak tak ramai? aneh-aneh saja.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now