BAB 8

8K 265 10
                                    

"Allah! Ayu. Kuss semangat. Terkejut aku" Ucap aku sambil mengurut dada. "Bila ayu sampai?" Tanya aku lagi

"Hehehe Maaf! Ayu dah lama sampai. Ayu ketuk pintu tak ada siapa yang buka. Jadi ayu tunggu lah dekat depan pintu." Ucap ayu.

"Ooh. Masuklah ayu." Pelawa aku.
 
Ayu hanya menganggukkan kepala lantas masuk kedalam rumah.

"Ada apa hal ayu datang pagi-pagi ni? Ada masalah ke?" Tanya aku.

"Ada" ucap ayu sepatah.

"Apa dia?" Tanya aku.

"Ayu nak mintak maaf pasal mak. Mak ayu memang macam itu mei.. Harap mei dan yang lain tak kecil hati." Ucap ayu menundukkan muka.

Tengah aku mendengar penjelasan daripada ayu, tiba-tiba muncul yang lain dan duduk bersila didepan aku dan ayu. Aku memandang mereka pelik.

"Tak apalah ayu. Kitaorang semua okay. Ayu jangan risau lah." Ucap sham.

Haah ayu.." Semua orang mengiakan apa yg sham cakap.

"Ayu dah sarapan? Kalau belum, masih ada lagi air teh yang berbaki dekat dapur. Maaf lah cicah biskut kering je." Ucap izuwann.

Aku menjeling ke arah izuwann. Pantang tengok berdahi lincin. Izuwann menjebek dan lantas menjelir lidah ke arah aku.

"Tak apa. Ayu dah sarapan dekat rumah tadi." Ucap ayu perlahan.

"Ayu. Saya ada benda nak tanya dekat ayu boleh?" Ucap sham.

Ayu hanya menganggukkan kepala. "Apa sham" Tanya ayu.

"Ayu duduk sini dah lama?" Tanya sham.
     
"Ye." Jawab ayu.

"Cuma nak tanya, ayu pernah nampak tak penanggal dekat kampung ni?" Tanya sham.

Habis saja sham tanya soalan, aku tengok muka ayu terus berubah. Macam terkejut pun ada. Dia jadi seperti cacing kepanasan. Aku pelik.

"Ayu." Panggil sham

"Ayu tak pernah nampak seperti yang sham tanyakan tu." Ucap ayu. "Tak apalah. ayu mintak diri dulu. Nanti kalau senang singgah lah rumah ayu. Mak ayu dah tak marah dah." Ucap ayu lagi.

"Awalnya ayu." Ucap sham kecewa.

 Ayu tidak menghiraukan kata-kata dari sham. Dia terus bangun dan berlalu pergi. Aku memandang maria. Maria memandang ke arah aku. Lantas maria mengangkat bahu. Hurmm pelik betul kelakuan ayu selepas sham tanya dia pasal penanggal.

"Oii nak makan dekat luar atau masak?" Jerit anuar. Aku dengan yang lain tersentak sekejap.

"Bengong aih!" Ucap aku.

"Kita masak lah. Kita suruh mei yang masak.." Ucap maria.

"Apahal aku pulak" bebel aku lagi.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now