BAB 22

6.5K 242 5
                                    

Aku terkejut sebab terdengar orang bagi salam. Aku mengerling jam kat tangan. Pukul 10.30 pagi. Aku terus bangun mengintai dekat lubang tingkap.. "mak kiah??" Uish.. aku terus menjawab salam.

"Waalaikumsalam.." jawab aku..
 
Aku lalu dekat ruang tamu, mamat tiga orang tu hilang entah ke mana. yang tinggal hanya toto jek.. aku menguap. "Ya allah! Mengantoknya"
     
"Mak kiah." panggil aku..
     
"Anak dara baru bangun ke?" Perli mak kiah.. 
   
Hehehe.. aku hanya mampu tersengeh buat masa sekarang.
     
"Masuklah dulu mak kiah." jemput aku.
     
"Eh mak kiah nak bertolak dah ni mei. boleh tolong jaga kak lela?" tanya mak lela.
   
"Boleh-boleh mak lela. Takpe, lepas mandi dan sarapan nanti saya pergi terus kerumah mak kiah.." ucap aku..
   
"Mandi je. Nanti sarapan rumah mak kiah.. mak kiah ada masak mee goreng daging.." ucap mak kiah..
 
Wahh!! mee goreng daging?? pebret aku.. auch.
   
"Ye lah.. kalau macam itu saya pergi mandi dulu lah mak kiah.. kalau boleh mak kiah tunggu saya dulu boleh?" Tanya aku.
   
"Boleh lah.. tapi cepat sikit.." ucap mak kiah.
 
Aku pun apa lagi, masuk bilik amik kain tuala, masuk bilik air dan mandii. yihaaa. sejuk oiii. jerit aku. selesai mandi aku bersiap ala kadar je. siap semuanya, aku terus pergi rumah mak kiah.
     
"Sini lah." gamit mak kiah..
 
Aku terus menuju ke arah mak kiah. Sekali ada sham izuwann dan anuar lah. Aku lantas duduk disebelah anuar. Tak lama selepas itu, mak kiah sua air dan mee goreng daging kat aku. walaaa.
     
"Mei. malam nanti tidur sini ye." ajak kak lela..
     
"Boleh je kak lela." ucap aku sambil menyuap mee goreng kat mulut.
     
"Okay lah kalau macam tu. Mei pun dah ada sham, izuwann dan anuar pun ada juga, jadi lela tak payah takut okay." ucap mak kiah dekat kak lela.. 
   
Kak lela hanya senyum dan mengangguk..
     
"Ha mei.. nanti ajak lah maris tu datang tidur sini sekali. temankan kak lela" ucap mak kiah.
     
"Boleh-boleh." jawab aku. aihh. bape kali nak diulang.. penat aku jawab boleh-boleh.. mak kiah aih mak kiah. geli hati pun ada.. risau sangat. insyallah. ucap aku dalam hati..
   
"Mak pegi dlu lela.. mei, sham izuwann, anuar, mak kiah pegi dulu ye.." ucap mak kiah bangun dan kitaorang turut bangun dan salam mak kiah.
   
Seleaps kelibat mak kiah hilang, aku menyambung makan. Sedap woi sedap.
     
"Makan slow-slow mei. Nanti tercekik.." tegur kak lela..
     
"Uhukk." aku terbatuk..
     
"Haaa! Kan dah cakap.." ucap kak lela..
     
"Laparlah kak lela dan..... sedappppp!" Ucap aku sambil sengeh..
     
"Dia memang macam ni kak lela. Muka cantik tapi gelojoh.." Ucap sham.

Aku memandang sham dekat sebelah. Lantas mengangkat kening sebelah.
     
"Bila masa aku gelojoh?" Tanya aku..
     
"Tuuuu.." Tunjuk sham.
     
"Kau tu tekak bangla. Aku ni tekak melayu. manalah kau nak tahu sedap atau tidak.." ucap aku lantas sambung makan.
     
"Sudah-sudah. Kalau sedap mei makanlah" Ucap kak lela.
 
Selesai makan apa semua, aku kutip pinggan-pinggan dan cawan-cawan yang telah diguna itu dan basuh. sambil-sambil itu aku dengan kak lela borak-borak kosong. Masa tengah borak-borak tu, aku terpandang sesuatu di setiap anjung tingkap. Bila diamati betul-betul itu macam daun mengkuang. Merata-rata pulak tu daun mengkuang. Mugkin kak lela perasan tingkah laku aku dan kak lela tegur.
     
"Itu daun mengkuang untuk tak nak kasi penanggal masuk dalam rumah." ucap kak lela.
   
Aku pandang kak lela. Setelah siap basuh pinggan cawan apa semua aku lap tangan dan pegi duduk dekat meja makan dimana kak lela tengah potong sayur untuk masak tengah hari. Sambil-sambil itu, aku tolong kak lela kupas bawang.
       
"Benda itu ada kacau jugak ke kak lela?" Tanya aku.
   
Kak lela hanya mengangguk.

"Sebab itu lah mak kiah mintak mei dengan kawan-kawan yang lain teman kak lela.. kalau ikutkan kak lela sebelum kawin memang duduk sorang-sorang.." ucap kak lela sambil memotong sayur..
     
"Maaf tanya.. suami kak lela mana?" Tanya aku..
   
Setelah habis je ayat aku tu, tiba-tiba muka kak lela yang ceria tadi tu bertukar jadi keruh. alamak!. aku ada salah cakap ke? Tanya aku sendiri. Lama jugak lah kak lela diam. Dan akhirnya kak lela bersuara.
     
"Masa kandungan kak lela 3 bulan, suami dan kak lela kemalangan jalan raya. Masa tu kak lela nak balik sini. punca kemalangan sebab suami kak lela terkejut nampak penanggal melintas. Dia terbabas dan terlanggar pokok besar. kak lela dan kandungan terselamat. Suami kak lela meninggal dekat situ jugak, sebab sebelah memandu itu remuk teruk.." ucap kak lela. Tak disangka ada setitik mutiara di tubir mata kak lela.
     
"Kak lela, sy mintak maaf." ucap aku..
     
"Tak mengapa. Benda pun dah lepas kan.. kak lela okay." jawab kak lela lantas kesat air mata..
   
Aku dah serba salah sangat ni.. aku buat kak lela sedih.. aduh duh duhhh!!.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now