BAB 33

5.6K 239 3
                                    

"Tak apa lah. Nanti kita sembang lain." Ucap aku dan masuk dapat kereta. Maria mengikut masuk ke dalam kereta jugak.

Aku memandu begitu santai sambil menghirup udara segar. Segar.

Seketika kemudian aku sampai ke hospital. Aku dengan maria berjalan beriringan dan menuju ke wad kak lela. Kak lela senyum bila nampak aku dengan maria.

"Assalamualaikum kak lela."  aku memberi salam.
   
"Waalaikumsalam. Kak lela ingat mei tak datang." jawab kak lela..
   
"Eh. Mana boleh tak datang. kak lela macam mana? Sihat?" Tanya aku.
   
"Alhamdulillah kak lela okay. Cuma semalam budak kecik ni meragam. Tak tahu kenapa." jawab kak lela.

Aku terdiam. Terfikir sejenak. Aku mengambil buah limau diatas meja lantas mengupas kulit.

"Mei okay?" Tanya kak lela.

"Saya okay je. Kenapa kak lela?" Tanya aku

"Muka mei pucat sikit." Ucap kak lela.

"Eh mana ada." Ucap aku lantas suakan buah yang aku dah kopekkan tadi dekat kak lela.
 
"Eh mana boleh makan buah ni" Ucap kak lela tergelak.

"Lupa-lupa. Sorry" Ucap aku. "Kak lela bila boleh balik? Dah kasi tahu mak kiah?" Tanya aku sambil memakan buah.
   
"Telefon kak lela kan dekat rumah.. macam mana nak kasi tahu mak kiah. Bila baby dah boleh berak dan kencing, kak lela dah boleh keluar dah" Jawab kak lela.
   
"Oh. kejap." Ucap aku sambil mengeluarkan telefon dan kasi dekat kak lela.
 
Telefon bertukar tangan. Aku berpusing sebab nak bermain dengan anak kak sue, tetapi maria dan sham tak kasi. Kuajaq!! Aku memandang kak lela.
   
"Nah." Ucap kak lela lantas meletakkan telefon aku kat atas meja.
   
"Macam mana? Mak kiah cakap ape?" Tanya aku.
       
"Macam-macam mak kiah tanya kak lela mei oi. Dia tak sangka yang kak lela beranak awal." ucap kak lela tergelak.

Aku hanya tersenyum kelat. Aku mengambil telefon dan masuk ke dalam porch beg. Aku tarik kerusi dan duduk ditepi katil.
   
"Kak lela, saya ada benda nak bagitahu." Ucap aku.
   
"Pasal apa tu mei." tanya kak lela.
   
"Pasal penanggal." ucap aku.
 
Muka kak lela agak terkejut bila aku cakap pasal penanggal. Lepas itu dia pusing mengadap anaknya. agaknya dia tengah fikir sesuatu kot.
   
"Uri tu?" Tanya kak lela.
   
"Dah selamat dah pun." jawab aku.
   
"Haaa???!!" Ucap kak lela terkejut.
   
"Kenapa?" Tanya aku pelik
   
"Penanggal makan uri ke? Patut anak kak lela nangis" ucap kak lela panik.

Semua memandang kak lela.
   
"Bila pulak penanggal tu makan uri?" Tanya aku pelik.
   
"Tadi yang mei cakap dah selamat dah pun tu?" tanya kak lela.
   
"Lah bukan. Selamat tanam lah kak lela. Tetapi benda tu datang masa saya dan izuwann nak tanam." jawab aku.
   
"Oh ye ke. Habis tu macam mana?" Tanya kak lela lagi.
   
"Tak ada apa. Hmm saya harap doctor tak bagi kak lela balik lah hari ni." Ucap aku slamber.
   
"Laa kenapa pulak?" Tanya kak lela.
   
"Cadangnya malam nanti saya nak pegi cari penanggal. Kalau boleh nak hapuskan.." ucap aku.
   
"Haa. Serius lah mei?" Tanya kak lela terkejut.

Aku hanya menganggukkan kepala.
 
Selepas bercerita pasal penanggal apa semua tu, kitaorang borak kosong. sambil aku berborak, aku main dengan anak kak lela. Comel. Gheramnya.. nak anak jugak. Kihkih. Tak lama kemudian, anuar dengan sham datang bawa makanan. Bungkusan bertukar tangan. Aku maria dan izuwann makan sebelum balik. Setelah semuanya, aku memintak izin untuk melawat kawan kitaorang yang duduk di wad biasa. Sesampai saja di wad, sue menyambut kitaorang dengan senyuman. Dia dah pulih dah seperti biasa. Cuma doctor tak benarkan dia balik kerumah. Baguslah kalau macam tu, dalam keadaan yag macam ni sukar sikit nak menjaga sue kat rumah tumpangan sorang-sorang. Tambahan pulak kitaorang kena jaga rumah kak lela. Lagi pulak penanggal tu masih lagi berkeliaran mencari mangsa. Sue pulak darah dia masih tak henti-henti, jadi jangan cari masalah. Huh.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now