BAB 20

6.5K 237 6
                                    

"Aik.. kak lela tak ikut ek?" Tanya maria.
     
"Tak" ucap aku sepatah.
   
Aku dengan maria dalam dunia masing2. mungkin tengah fikirkan sesuatu. tak lama kemudian,

"Mei.." panggil maria..
     
"Hurm.." jawab aku sambil menguis semut dekat atas meja..
     
"Kak lela itu dah sarat kan.." tanya maria..
     
"Haah. Kenapa?." Tanya aku.
     
"Tunggu hari je kan tu?" Tanya maria.

Aku hanya mengangguk kan kepala.
     
"Habis tu?" Tanya maria.
     
"Apa yang habis?" Tanya aku balik. Pening.
     
"Ko tak takut ke?" Tanya maria lagi.
 
Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. aku tak tahu apa yg maria maksudkan..
     
"Mei. pasal penanggal itu pun tak settle lagi.." ucap maria.
     
"Ye aku tahu tu." jawab aku.
     
"Dah tu?" Tanya maria.
     
"Dah orang  mintak tolong jagalah maria. Takkan nak tolak pulak. Lagipun mak kiah banyak tolong kitakan. Apa salahnya kalau kita balas budi baik dia." ucap aku.
     
"Weh mei, aku tak kisah kalau kau nak jaga. Perbuatan yang sangat baik. tapi masalahnya sekarang ni, penanggal tu mei" ucap maria.
     
"Berserah pada allah je maria. insyallah tak ada pape.." ucap aku.. "Dah lah.. jom masuk.. dah nak malam. masak jom.." Ajak aku lagi.
     
"Hish kau ni mei.. ada je lah nak tukar topik" ucap maria marah.
     
"Sama macam dengan kau gile." ucap aku sambil gelak.
 
Selepas siap masak, siap solat, siap makan apa semua kitaorang ingat nak pegi rumah ayu. Tetapi bila tengok ketiga-tiga mamat terdampar macam ikan paus kekenyangan hasrat itu terbatal. kitaorang bancuh kopi dan lepak dekat pangkin tangga. borak-borak kosong. ada kalanya part yang kelakar tu, membuatkan kitaorang pecah perut gelak tak henti-henti. tengah borak-borak, kitaorang ternampak kelibat seseorang menuju ke arah rumah tumpangan kitaorang. Sebelum kitaorang berborak aku memang dah perasan ada orang mundar mandir depan rumah kitaorang, sebab aku yang mengadap ke jalan. tapi aku biarkan je malas nak fikirkan sangat. Tetapi tak lama tu, kelibat yang mundar mandir masuk ke lorong rumah dan menuju ke arah kitaorang. Oleh kerana lampu jalan nak masuk ke rumah kitaorang rosak, makanya dari jalan sampai ke tangga gelap. Seram beb seram.

Bila kalibat itu dah sampai betul-betul dekat tangga, baru lah perasan iaitu ayu. Apa yang dia buat merayap sorang-sorang eh? tak takut ke? Kang tak pasal kena rogol ha baru tau.
   
"Ayu dari mana?" Tanya maria.

"Ayu pegi kedai hujung sana." ucap ayu..
   
"Ada kedai meh?" Tanya aku sambil berkerut dahi..

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now