BAB 27

5.9K 227 13
                                    

"Eh tak boleh, anuar kan tengah try kau kan mei" ucap maria lagi.

Belum sempat aku nak cakap, nurse masuk dan hantar barang-barang kak lela. Aku memerhati satu bungkusan yang berwarna hitam.

"Ini uri.." Ucap nurse tersebut. Aku dengan izuwann berpandangan sesama sendiri. Dan berpaling ke uri tersebut. Kak lela dan maria pun turut melakukan hal yang sama. Jantung aku masa itu berdegup kencang.

Aku meminta diri untuk ke kantin. Sebab kelaparan tahap gaban dah. Perut aku pulak tak henti-henti bermain lagu dangdut. Aku beriringan keluar dengan izuwann. Selesai memilih makanan, aku dengan izuwann memilih tempat duduk yang paling hujung sekali.
 
"Macam mana ni mei?" Tanya izuwann.

"Entah lah. Aku pun tak tahu." Ucap aku menyuapkan makanan.

"Kau tahu ke nak uruskan uri tu?" Tanya izuwann lagi.

Aku hanya menggelengkan kepala. Aku termenung sekejap.

"Tak apa. Nanti aku call mak aku mintak dia ajar. Makan lah." Ucap aku. Aku tahu izuwann tak senang duduk. Tak mengapa.

Selepas makan aku maria dan izuwann pergi ke wad dimana sue ditempatkan. Tak lama kemudian anuar dan sham pun sampai. Aku happy yang sue dah boleh berborak dengan kitaorang. Dia dah ceria macam dulu. Tengah borak-borak tu, tak sedar hari dah menganjak ke malam. yang lain meminta diri untuk pulang. Aku melangkah ke katil sue.

"Nanti kau dah boleh keluar, kau nak balik kL terus?" Tanya aku.

Sue hanya mengangguk perlahan.

"Tak apa, aku faham." Ucap aku lantas menepuk-nepuk lengan sue.

"Okay lah sue. Aku mintak diri dulu" ucap aku.

Belum sempat aku nak melangkah, sue menarik tangan aku. Aku berpaling.

"Dia tengah menanti kau dirumah." Ucap sue tiba-tiba.

Aku berkerut dahi. Mencuba untuk memahami apa yang sue katakan.
Aku menepuk-nepuk tangan sue lantas aku menarik tangan aku dari genggaman sue. Aku terus meninggalkan sue. Aku dengan yang lain singgah ke wad kak lela. Meminta izin untuk pulang. Waktu melawat sudah lama habis sebenarnya. Tapi kitaorang merayu untuk jumpa sekejap. Nurse serba salah dan bagi seorang saja yang masuk. Aku terus mendapatkan kak lela kat katil.

"Kak lela, saya dengan yang lain dah nak balik. Kak lela okay ke?" Tanya aku perlahan sebab tak nak ganggu orang sebelah tengah tidur. Aku mencuit baby kak lela.

KISAH SERAM 'PENANGGAL'Where stories live. Discover now