𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 1

175 12 0
                                    

Sebaik saja aku memberi salam aku terus menadah tanganku untuk berdoa.

"Amin" lega. Lega dapat lepaskan beban dekat yang Maha Pencipta. Aku mendongakkan sedikit kepalaku ke arah balkoni. Boleh nampak betapa cantiknya langit bersama bintang yang menghiasinya. Aku tutup mata sebelum tarik nafas dan membus.

"Mama.. Baba.. Atul rindu..hiks Atul takut.. hampir setiap malam Atul tak boleh tidur sebab mimpikan kejadian tu. Hiks hiks" Luahku. Sungguh walaupun kejadian tu dah lama berlaku tetap saja aku tak boleh melupakan ia.

Teresak-esak aku menangis sebelum pintuku diketuk dari luar. Aku mengesat air mataku dan bangun untuk membuka pintu. Terus aku melihat Umi yang terpampang didepan bilikku.

"Atul okay?" Kata Umi dengan nada risau.

"Atul okay umi cuma teringat dekat mama baba je" jawabku sebelum memberikan senyuman nipis

Umi memegang tanganku dan menarikku untuk duduk di birai katil.

"Atul rindukan dorang kan?" Tanya Umi.

"Tipu lah kalau Atul kata tak rindukan dorang. Dorang tu syurga Atul tapi Atul tahu rindu ni takkan dapat ubah apa-apa pun." Balasku

"Jadi berdoalah sayang. Minta dekat Allah supaya ampunkan dosa mama dan baba, dan minta kurangkan rasa rindu tu okay sayang." Kata Umi sebelum menarik aku dalam dakapannya tapi aku dapat rasa yang Umi sedang memujukku.

"Terima kasih Umi sebab jaga Atul dan layan Atul macam anak sendiri. Atul tak tahu apa yang jadi kat Atul kalau Umi dan Abi takde masa tu.. Atul minta maaf kalau menyusahkan umi dan Abi." Kataku ikhlas.

Ye waktu aku takde apa-apa Umi dan Abi datang untuk jadikan aku anak angkatnya kerana Umi disahkan tidak dapat mengandung lagi.. melayan aku dengan sangat baik sampai aku merasa tidak layak dapat semua itu. Aku tak tahu macam mana nak balas jasa baik Umi dan Abi.

"Jangan berterima kasih Atul.. Umi yang ambil Atul masuk dalam keluarga ni dan Umi taknak Atul minta maaf, Atul tak pernah menyusahkan Umi dan Abi faham." Tegas Umi. Seolah tidak suka apa yang aku kata.

"Atul sayang Umi." Beritahu aku.

"Umi pun sayang Atul." Balas Umi sambil cuit hidungku. Aku senyum sebelum kami berdua ketawa sebelum aku menyambung percakapan.

"Ouh ya Umi, ada apa Umi panggil Atul?" Tanya aku.

"Ya Allah! Umi lupa.. Umi nak ajak Atul makan malam Lailahaillallah kesian Abi tunggu kita." Kata umi gelabah. Aku hanya tahan senyum melihat Umi keadaan begitu.

"Umi pergi turun dulu Atul nak sangkut telekung sekejap." Balasku tenang.

Aku memerhati Umi keluar dari bilik hingga kelibat itu hilang. Aku pun mencabut telekung dan letak di penyangkut pakaian sebelum aku mengambil tudung sarung untuk menutup auratku. Sempat aku mengambil telefon dan terus keluar dari bilik.

Aku turun tangga dan pergi ke meja makan. Dapat lihat Umi dan Abi tengah gelak tawa.

"Umi.. Abi.. Borak apa tu sampai kat tangga dengar?." Sampukku. Aku pun menarik kerusi di sebelah Umi untuk duduk.

"Ouh takdelah ni Abi cerita apa yang berlaku kat masjid tadi. Ni Atul nak lauk mana Umi boleh bubuhkan?" Tanya Umi. Aku hanya mengangguk saja.

"Eh takpe Atul boleh ambil sendiri" Jawab Aku sambil senyum. Aku pun membaca doa sebelum makan nasi tu.

"Ni Atul, Boleh tak tolong Abi esok?" Soal Abi.

"Boleh je lagipun esok dan lusa Atul cuti tapi tolong apa?"

"Abi nak Atul pergi dekat rumah anak yatim Wardah tu bagi sumbangan kat diorang. Barang-barang semua dah ada dalam lori. Nanti Izz dan Ad akan ikut sekali" Kata Abi.

sebaik saja dengar nama yang Abi sebut tu terus berubah air muka aku. Ishh kenapa lah lelaki dah lah dua orang pulak tu. Abi yang seakan menangkap itu terus sambung ayatnya.

"Tapi Atul jangan risau Abi dah minta Arissa untuk teman Atul kat sana. Abi tahu Atul tak selesa kat dengan lelaki." Jelas Abi. Aku yang mendengar itu menarik senyum dan mengangguk kecil. Syukur sebab Abi tahu yang aku memang tak rapat dengan mana-mana lelaki.

"Terima kasih Abi sebab faham Atul" luah aku. Abi yang mendengar itu hanya senyum. Kami pun borak sampailah pukul 10 malam.

"Atul naik bilik dululah Abi nak kemas barang untuk pergi esok. Good night Abi dan Umi. Assalamualaikum." Beritahuku sebelum bangun dari duduk dan melangkah pergi.

" Beritahuku sebelum bangun dari duduk dan melangkah pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞..

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now