𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 11

81 9 2
                                    

Hari demi hari, sedar-sedar je dah seminggu berlalu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari demi hari, sedar-sedar je dah seminggu berlalu. Hariku seperti biasa saja. Kerja, kerja dan kerja. Iya lah aku ni bukan orang yang terpaling mampu jadi kerja lah untuk tanggung hidup. Walaupun setiap minggu abi akan bagi duit untukku tapi taknak lah berharap pada abi selalu. Aku tahu lagipun banyak lagi abi perlu tanggung.

Lelaki misteri a.k.a Ash itu?

Entah? Aku pun tak tahu cerita tentang dia. Bukan tak tahu sebenarnya tapi malas nak tahu sejak daripada kebenaran minggu lepas. Entah kenapa kalau boleh aku taknak berjumpa dengannya. Sebab apa?

sebab dia mafia! M.A.F.I.A!

Sungguh aku tak suka akan pekerjaannya itu. Bunuh orang, seksa orang lah. Apa ingat bagus ke kerja macam tu. Macam tak ada kerja lain ke apa. Lama aku berfikir sampai kerja yang didepan mata pun tak bergerak. Alangkah terkejutnya aku apabila meja didepanku ditepuk seseorang. Terus aku berpaling sebelum melepaskan senyuman.

" Atul fikir apa ni hah sampai Umi yang kat sebelah pun tak sedar. Dari tadi tau Umi panggil Atul." Umi geleng kecil. Anaknya sorang ni, macam-macam lah.

" Eh Umi, maaflah Atul tak sedar Umi ada kat sini." Aku garu kepala sambik tersengih. Sumpah aku tak sedar pun yang Umi ada kat sebelah. Ralit mengelamun kan. Aku nampak Umi hanya senyum seraya mengeleng perlahan.

" Oh ada apa Umi panggil Atul?"

" Oh. Ni Umi nak ingatkan yang malam ni dekat tahfiz ada buat jamuan makan-makan. Tu yang Umi panggil Atul tu supaya datang ye malam ni." Terang Umi.

"okay Umi nanti insyaallah kalau tak ada apa-apa Atul datang okay." Aku menyatukan jari telunjuk dan ibu jari sebagai tanda okay.

Tengah-tengah berbual tiba-tiba telefonku berdering. Aku mengambil telefon untuk tengok nama yang berada di skrin telefon. Aikk nombor yang tidak dikenali? Siapa pulak ni!

"Kejap tau Umi Atul nak angkat call ni." Umi hanay menganggukkan sahaja. Terus aku bangun dan menjarakkan sikit ruang antara aku dan Umi.

"Hello Assalamualaikum. Siapa ni." Aku memulakan dahulu percakapan.

"Asal kau suka sangat sebut perkataan tu hah?." Kedengaran suara husky itu bercakap. Aku terus menjarakkan sedikit telefon yang berada di tepi telinga itu. Siapa dia ni?

"Ehh jap, Encik siapa ya?" Tanyaku lembut

"Ni aku Ash or I should call myself lelaki hensem." Sinis suara itu. Cop cop cop. Woww confidentnya dia tu. Alah biarlah tapi sekejap. Ash?

"Encik yang tolong saya hari tu kan?"

"Yes tu aku. Ni pun aku telefon kau pun nak pulangkan kau punya sapu tangan yang kau pinjamkan haritu." Aku senyum kecil.

"Tak apa, Encik simpanlah sapu tangan tu. Saya ikhlaskan."

"Ehh kau ingat aku hamak sangat ke hah sapu tangan ni? Memang tak lah." Ewah ewah dia ni. 'Cakap jelah yang kau tu nak jumpa aku.' Erkkk gilalah kau ni Atul. Entah-entah dia nak pulangkan sebab dia taknak ada kena mengena dengan kau. Ada baiknya juga kut. Aku tak perlu lah ketemu dengan dia selalu. Aku tarik nafas sebelum aku hembus semula.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now