𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 9

119 12 1
                                    

Huarggghhhhhhh!!

Rasa macam nak nangis sekarang ni. Kenapa dengan lelaki ni. Kenapa dia serang aku. Aku ada buat salah ke?!!!

Aku melangkah kebelakang perlahan-lahan dengan mata yang masih merenung lelaki itu. Takut-takut kalau lelaki itu mendekat.

Satu langkah!

Dua langkah!

Buk!!

Aku mendesis kecil apabila tubuhku tersandar kasar oleh sesuatu yang keras. Dinding! Aduh sudah waktu-waktu ni lah dinding nak ada. Mataku meliar di sekeliling mana tahu ada orang yang memarkirkan keretanya di sini.

Tiada siapa!!!

Aku cuba untuk melarikan diri tetapi apabila melihat keadaan dan juga kedudukan aku memang payah lah!. Dia macam seolah-olah mengepungku. Aku menutup mata apabila terasa tubir mataku semakin memanas. Jangan nangis Quratul!

Aku membuka mata perlahan-lahan untuk melihat apa yang lelaki itu lakukan. Kejung aku bila dia mengangkat pistol itu kearahku.

Belum sempat dia menarik picu pistol itu. Ada yang menyepak pistol itu menggunakan kaki. Terbuka luas mataku apabila melihat mereka berdua saling bertumbukan.

Automatik aku merasa berpeluh dan takut. Lututku juga semakin longgar untuk menampung badanku. Aku duduk mencangkung lalu tangan naik menutup telinga. Mata dipejam seerat mungkin. Rasa takut dan trauma makin menguasai apabila teringat kejadian 17 tahun dahulu. Kejadian dimana ia meragut nyawa kedua ibubapaku.

"Mama sayang Atul"

"Mama!! Baba!!"

Suara bisikan-bisikan itu mula kedengaran dalam fikiranku. Lama aku dalam dunia sendiri. Ada seseorang menyentuh sisi kepala. Disebabkan itu, terus aku menjarakkan diri.

"Tolong taknak, jangan apa-apakan aku" tangan masih menutup telinga. Sungguh aku takut sekarang ni.

"hei, calm down please! Ni aku Ash. Dah jangan nangis. I won't hurt you! so pleas don't be scared okay, Querido!" Jelas kedengaran suara husky itu seakan memujukku. Aku terdiam lama sebelum membuka mata dengan perlahan-lahan. Sebaik saja membuka, aku lihat wajah lelaki yang telah menolongku.

Dia!!!

Terdapat luka di dahi dan juga di tepi bibirnya. Mesti kerana bertumbukan tadi. Rasa bersalah mula menguasai. Beberapa saat aku memandangnya sebelum mataku melirik lelaki misteri itu tadi. Hampir menjerit apabila melihat darah di lengan lelaki itu dan apa yang mengejutkan lagi ialah seperti terkena tembakan di lengan. Takkan lah lelaki itu menembak dirinya sendiri.

Aku hanya memerhati lelaki misteri itu pergi beredar. Terjengket-jengket dia berjalan. Kini aku menumpukan perhatianku kepada dia. Okay jujur aku merasa bersalah kepadanya kerana disebabkan aku, dia terluka.

"Ermm. Encik nak saya tolong tak?"

 Encik nak saya tolong tak?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❣︎~𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔~❣︎

Aku berjalan keluar daripada kedai lalu pergi kearah lelaki itu yang sedang duduk di kerusi penunggu. Perlahan aku menghampirinya sebelum duduk disebelahnya. Tidak rapat tapi cukup untuk aku melihat dengan jelas luka-luka di lelaki itu.

Tanganku naik mengelap darah yang kering di dahi lelaki itu. Lelaki itu hanya diam dan membiarkan aku membantunya. Aku mendengar dia mendesis kesakitan apabila aku tertekan kuat di kawasan lebam itu.

"Maaf, saya tak sengaja" kataku. Dia hanya menggeleng sahaja. Aku diam sebelum menghulurkan sapu tangan milikku kepadanya. Dia tengok aku terkebil-kebil. Aku menggerakkan tanganku ke tepi bibir seolah memberitahunya yang ada luka di tepi bibirnya itu. Dia yang faham terus mengambil sapu tangan itu sebelum perlahan membersihkan darah.

Aku mengambil peluang untuk menyapu iodin di lukanya sebelum meletakkan plaster di dahinya. Cukup untuk membalas jasanya walaupun aku tahu ianya tak sebesar jasa lelaki itu kepadaku.

"Terima kasih sebab tolong saya" Aku memulakan berbualan antara kami. Dia hanya menguman saja.

"Asal tiba-tiba kau tolong aku. Bukan selama ni kau takut ke dengan aku." Aku mengerut dahi. Asal dia boleh tahu yang aku takut dengannya. Aku senyum segaris sebelum memandangnya.

"Dulu memang saya takut dengan encik. Apatah lagi waktu mula-mula kita jumpa pun encik tengah pegang arak. Tapi sekarang tak. Lagipun saya percaya yang manusia itu terlahir dengan fitrah. Jahat macam mana sekalipun, saya yakin pasti ada sisa baik dalam diri seseorang itu yang diciptakan oleh Allah swt. Saya tak kenal siapa encik mahupun hidup encik. Tapi hati saya kuat mengatakan encik seorang yang baik. Jika tidak encik takkan tolong saya." Panjang lebar aku berkata sebelum aku memandangnya kembali. Dia hanya melihatku dengan penuh makna. Aku yang tidak senang duduk itu berdehem.

"Ermm okaylah saya balik dulu ya. Tak manis kalau orang lihat kita berdua-duaan nanti. Assalamualaikum." Aku senyum manis sebelum bangun dari kerusi.

"Quratul Aisyah."

Tidak sempat aku melangkah, kedengaran suara husky itu memanggil namaku. Kejung tubuhku apabila mendengar suara itu. Scary gila mamat ni. Macam mana dia tahu nama aku. Aku berpaling untuk menghadap mukanya. Terkejut aku apabila pusing-pusing saja dia didepanku sekarang. Baru sedar yang dia lebih tinggi daripadaku. Tapi sangat tinggi ni untuk aku yang 155cm sahaja. Aku mendongak keatas untuk memandang wajah hensem itu.

"Itu kan nama kau? Nama aku Ash. Ash Gabrielle Adree. Nanti kalau aku call kau kena angkat. Jangan nak perasan, niat aku cuma nak pulangkan kau punya sapu tangan ni." Aku meneguk air liur payah. Bertambah scary lah lelaki ni. Macam mana pulak dia dapat nombor telefon aku.

"Macam mana encik dapat nombor telefon saya?" Soalku.

"Tak payah banyak bunyi boleh tak? Dari mana tu aku punya hal. Faham hmm?"

'Eee dia ni! Suka hati je dapat nombor telefon aku' bisik hatiku.

Aku menguman dan menghadiahkan semyuman kepadanya sebelum berpusing untuk pergi dari situ. Aku bersyukur kerana dia telah menyelamatkan ku daripada lelaki misteri itu.


♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Hai Cinterr💗💗

10 vote boleh sebelum sy update bab seterusnya🤭🤗🤗

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now