𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 17

39 3 2
                                    

Satu susuk tubuh itu melangkah dengan sopan di laluan berjalan. Pegangan tote bag itu diketatkan sedikit. Tiba di pagar besar dan di tepinya tertulis nama tempat itu.

Tanah perkuburan Islam....

Dia menarik nafas sebelum menyambungkan langkahnya. Angin yang perlahan menampar wajah licin itu. Sayup-sayup kedengaran daun pokok yang bergerak akibat angin itu.

Tudungnya pun beralun mengikut angin itu.
Sampai di tempat yang dituju iaitu dua kubur yang dekat. Tertera dua nama yang indah disitu.

Lailatul Binti Azhar

Mohd Hakiem Bin Aziz

Terus aku mengambil tikar kecil yang ada dalam tote bag itu. Aku membetulkan sedikit tikar itu lalu duduk dengan perlahan sebelum bertindak mencabut rumput yang mula tumbuh. Seusai mencabut rumput pada kedua kubur itu aku mula mengambil yaasin.

Aku mulakan bacaan itu dengan surah al-fatihah lalu disambungi dengan surah yaasin. Dengan penuh rasa sebak dihati aku meneruskan jua bacaan itu.

Di sisi lain sedang perempuan itu membaca bacaan itu dengan penuh kelembutan, Terdapat sepasang mata yang sedang memerhati. Ada seseorang yang setia memerhati tingkah laku gadis itu. Dia bersandar di tepi pokok dengan tangan yang berada di dalam poket seluar.

"Beautiful." Guman lelaki itu.

Satu patah perkataan yang penuh makna!

Satu patah perkataan yang penuh makna!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔

      

           "Assalamualaikum Mama.. Baba.." getar
suaraku.

"Aku menarik nafas sebelum dihembus. Mata dikatupkan sekejap.

'Jangan nangis!'

"Atul rindu Mama dan Baba. Rindu sangat.. Atul nak pel- pelukan dari Mama hikss.. Atul rindu nak dengar suara Mama. Atul rindu semua nasihat Baba. At- atul rindu Hero pertama Atul." Aku mendongakkan kepala keatas agar air mata tidak turun membasahi pipi.

"It's been 16 years. Mama ngan Baba tinggalkan Atul. 16 tahun juga Atul dihantui dengan kejadian itu. Hampir setiap malam Atul akan mimpi kejadian itu lagi."

Ya. Memang tidak dinafikan yang hampir setiap malam juga aku akan mimpi akan kejadian buruk itu.

"Atul minta maaf. Sampai sekarang Atul masih tak boleh tuntut kematian Mama dan Baba. Atul lemah"

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now