𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 8

106 9 1
                                    

Pengawal keselamatan menunduk hormat apabila Ash berjalan melitasi mereka. Ash berjalan menuju ke bilik kerjanya sebelum pintu ditarik. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi kerja. Seketika. Tangan naik mengetuk meja. Terlakar senyuman sinis di bibirnya sambil menggelengkan kepala.

"Damn who are you?" Bisik Ash sendirian. Entah mengapa dia seperti pernah bertemu dengan gadis itu.

Kenapa.

Kenapa setiap kali dia bertemu dengan
gadis itu dia merasa sesuatu.

Kenapa setiap perpisahan pertemuan mereka akan diakhiri dengan tanda tanya.

Kenapa aura gadis itu membuatkan dia ingin mengetahui lebih tentang gadis itu.

Bunyi pintu bilik diketuk membuatkan dia tersentak. Dia berpaling apabila pintu dikuak dari luar.

"Sorry bro, aku ketuk banyak kali tau." Kata Nick sambil mengangkat tangan ke sisi kepala. Yelah bukan boleh bawa gurau Ash ni. Kang ada yang masuk hospital. Kan naya tu.

"Nevermind" ucap Ash.

Nick menuju kearah Ash sebelum duduk di kerusi berhadapan Ash.

"Ouh yeah. Kenapa kau panggil aku datang hmm"

"Aku nak kau cari maklumat pasal perempuan naik lift dengan kita haritu. Ingat, aku nak semua." Tegas Ash. Sungguh dia ingin tahu tentang hidup perempuan itu. Hatinya meronta-ronta inginkan jawapan lagipun dia tahu Nick memang pakar dalam bidang itu. Siapa je tak kenal Nick.

Nick Xielucas.

Kecekapan dan kepakarannya memang mantap.

"Eh jap, perempuan yang pakai tudung tu
ke"

"Yes" Nick hanya mengangguk.

"Tapi kau tak boleh salahkan aku kalau
susah nak jumpa maklumat tentang perempuan tu." Ash mengerut dahi. Dah
kenapa? Skill dah tak menjadi ke?

"Ash kau kena faham perempuan tu bertudung dan aku yakin dia seorang yang pribadi. Dan lagi satu bukan senang nak cari maklumat pasal perempuan bertudung." Terang Nick dengan teliti.

Ash mengangguk. Betul juga apa yang dikatakan oleh Nick.

"Tak apa yang penting aku nak maklumat
pasal perempuan tu. Tak kira cepat atau lambat." Nick mengangguk. Eh kejap. Dah kenapa Ash ni nak tahu pasal perempuan.

"haih Ash sejak bila nak tahu pasal perempuan ni dah lah bertudung. Did the girl do something with you?"

Perempuan tu kacau dia ke atau dia yang dah jatuh cinta.

"just shut up your mouth" Nick mencebik
bibir. Kedekut orang nak tahu je. Tak ada
angin tak ada ribut nak tahu dengan gadis bertudung.

"Dasar kedekut!" Bisik Nick tapi masih dapat didengar oleh Ash.

"I know what you're saying Nick Xielucas" Kata Ash yang sedang menatap dokumen yang berada di tangannya. Nick yang mendengar mendengus kasar. 'Sah dia ada saka ke sampai boleh dengar apa aku cakap' kata hati Nick. Padahal dia yang cakap macam pakai
mic. Nick.. Nick..

"Now get out!." Arah Ash. Nick yang mendengar itu mendengus kasar. Suka mengarah betul lah Ash ni. Mentang-mentang lah dia ketua mafia yang digeruni. Ingat dia tak berani nak lawan ke hah!

Kalau jujur memang dia tak berani pun. Silap-silap masuk icu karang.

"You're not deaf right" sinis Ash. Sengaja
buat hati kawannya itu membara. Macam lah dia tidak perasan yang kawannya sedang menahan rasa.

 Macam lah dia tidak perasan yang kawannya sedang menahan rasa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❣︎~𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉's~❣︎

Aku melangkah perlahan turun daripada
tangga. Mungkin kerana aku memakai baju kurung modern kot. Kang lari-lari terjatuh
pulak. Turun saja aku melihat Umi sedang membancuh air. Aku pun pergi kearahnya.
Aku menyapanya sebelum Umi memandang wajahku dengan senyuman manis.

"Eh Atul bukan tak kerja ke harini" Umi mengerut dahi. Setahunya setiap hari sabtu anaknya ini cuti. Ni bersiap nak pergi mana?

"Hehehe memang tak kerja pun tapi kak
Nayra suruh datang sebab ada perkara nak bincang" Umi hanya membulatkan mulut.

"Okaylah kalau macam tu. Ni nak breakfast dulu tak sebelum pergi"

"Boleh lah Umi. Atul pun lapar."

"Kejap Umi letakkan"

Aku hanya menikmati sahaja hidangan yang dimasak oleh Umi. MasyaAllah sedap gile!

Usai makan aku pun membawa pinggan itu
ke dapur untuk membasuh. Usai sahaja, aku terus berlalu ke ruang tamu. Aku pun mengambil beg tanganku sebelum pergi ke pintu luar. Umi hanya mengikuti pergerakkanku.

Aku hanya memilih kasut yang sesuai dengan
baju. Siap memakainya aku pun berlalu ke
kearah Umi.

"Bye Umi Atul pergi dulu tau. Assalamualaikum" Aku mengucup tangannya dengan penuh kelembuatan. Umi pula mengusap kepalaku perlahan.

"Ye Hati-hati drive kereta tu. Waalaikumussalam"

Aku mengangguk kecil sebelum meloloskan diri ke dalam kereta.

❣︎~𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉~❣︎

Sehabis sahaja perbincangan tadi aku terus mahu pulang kerumah. Ye lah takde perkara pun aku keluar. Dalam perjalanan. Seketika aku melajukan langkahku. Entah kenapa aku merasa diikuti sahaja. Aku memberanikan diri untuk memusingkan kepalaku kebelangkan. Kejung tubuhku apabila melihat seorang lelaki sedang menatapku dari jauh. Mataku jatuh pada benda yang ada ditangannya.

Pistol.

Terkedu aku melihat itu.

Automatik aku mengudur beberapa langkah
ke belakang. Aaa sudah macam nak nangis.
Aku melihat lelaki itu semakin lama semakin dekat denganku. Tidak tahu bila dia bergerak.
Aku ke belakang sehingga tubuhku tersandar pada satu objek yang keras.

Dinding!

Aduh waktu ni lah dia ada dibelakangku. Aku ingin sahaja melarikan diri tetapi apabila melihat lelaki itu seolah-olah mengepungku. Aku hanya pasrah dan menutup mata. Macam-macam aku fikir.

Umi!! Abi!! Tolong Atul.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞..

Jeng.. Jeng.. Jengg
Lama ke tunggu sy update. Sorry tau Cinta♡︎♡︎

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now