𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 5

93 11 1
                                    

Aku menolong Bonda memyediakan sarapan pagi sebelum kami pulang. Bonda dah halang aku.. yelah takkan tetamu nak kena masak. Tapi aku buat tak endah je.

Hehehe saja je nak show off kat Bonda yang diri ni pandai masak.

Arissa membancuh air teh panas di atas meja. Dalam sejarah ye Arissa bangun awal dari aku.. mimpi apa semalam sampai jadi macam tu. Aku berjalan je meja makan dan meletakkan mee goreng di atas meja sebelum kembali ke dapur untuk mengambil pinggan. Setelah ambil aku kembali ke meja dan menaruh pinggan di atas meja.

Aku menyelak langsir dan buka pintu gelengsar tu. Wahhhh!!! Cantiknya permandangan. Yelah buka-buka je nampak pantai. Fuhh ni kalau nak acah-acah healing menjadi ni. Dengar lagu pastu duduk kat kerusi fuhhh gila lah. Tiba-tiba notifikasi telefonku berbunyi. Aku menarik kerusi makan sebelum duduk. Aku melihat nama yang jelas dalam aplikasi whatsApp itu.

𝐔𝐦𝐢💗
- Assalamualaikum.
- Atul balik bila?
-petang ke malam?

𝐘𝐨𝐮
- waalaikumusalam
- pukul 10.00 nanti balik sebab
Bonda suruh sarapan dulu
baru balik.
- Kenapa Umi tanya?

𝐔𝐦𝐢💗
- Ouh takde pape cuma kalau
dah nak sampai bagitau ye..
Umi nak masak makanan
Kegemaran kamu.
- Dah lah Umi nak ikut Abi kamu
ke masjid sekejap.
Hati-hati bawak kereta nanti.
- Assalamualaikum

𝐘𝐨𝐮
- Okay Umi.
- Waalaikumusalam.

Aku menutup telefon dan letak di atas meja. Sebenarnya aku masih fikir tentang semalam. Sape dia eh? Sumpah macam pernah nampak tapi kat mana!!!. Ralit aku berfikir ada suara yang memanggilku.

"Atul tolong aku jap!!" Jerit Arissa. Eeeii dia ni tak sedar ke tengah duduk rumah orang haihhh.. aku bangun dari duduk terus ke dapur. Sampai aku nampak kelibat dia yang tengah ambil cawan letak dalam dulang air.

"hah kenapa kau panggil aku?" aku berkata sambil jalan kearahnya.

"Ni tolong bawak kuih seri muka ke depan."

"Eh? Sejak bila Bonda buat kuih seri muka ni. Asal aku tak tau?" Tanya aku.

"Memang bukan bonda yang buat tapi Izz dengan Izati pergi beli waktu kau mandi tadi." Jawab Arissa. Aku mengerut kening. Eh? macam tak percaya.. Izati pergi dengan Izz. Semalam bukan main tak suka.

"Nak pulak Izati ikut Izz tu."

"Sebenarnya Izati taknak pun cuma Bonda suruh pergi sebab takut Izz tak tahu jalan. Masam je weh muka Izati bila kena teman. Tahan gelak je aku tadi tahu tak hahahah," panjang lebar Arissa berkata sebelum ketawa. Aku yang mendengar geleng kepala je.

"Dah jom lah bawa kedepan. Aku dah lapar ni" kata Arissa. Aku hanya mengangguk sahaja.

aku mengangkat dulang dan bawa kedepan. Sampai saja kat depan aku dengar Izati memanggilku.

"Kak Quratul memang kawan kak Quratul macam ni ke. Dia selalu ikut Izati." Ngadu Izati. Aku yang mendengar tahan je daripada ketawa. Haih tak lain tak bukan mesti Izz ni.

"Biarkan je dia. Nanti lama-lama diam lah tu" kataku. Izati hanya mengangguk.

"Eh dah siap dah maaf lah Bonda bagi budak-budak dulu makan kat ruangan dorang." Sampuk Bonda.

"Eh takpe lah lagipun memang Quratul yang nak tolong kan. Cakapku sambil senyum.

"Haa jomlah makan nanti Atul nak gerak dah kan." Cakap Bonda.

Kami mengangguk sebelum duduk di kerusi makan.

Kami bergerak pulang selepas habis makan tadi... sedih juga lah walaupun baru pertama kali pergi. Yang paling drama Arissa lah sampai acah nak nangis haihh.

 Yang paling drama Arissa lah sampai acah nak nangis haihh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku membawa kereta dengan hati-hati. Nasib jalan tak sesak sangat. Aku mengerling kearah Arissa yang dari tadi tak henti senyum dekat aku. Eleh! Ingat aku tak tau ke kalau senyum mesti ada apa-apa.

"Ye Cik Arissa Nabella, nak apa ya sampai senyum kat saya ni hah?" Kataku dengan nada lembut tapi acah je nak tengok dia bagitahu ke tak.

"Hehehe... Jom singgah Mcd nak? Aku laparlah." Katanya.

"Eh tadi bukan dah makan sebelum balik" jawabku.

"Tahu tapi aku lapar balik lah weh. kau tak kesiankan aku ke?" Balasnya. Aku kecik besar kecik besar je tengok dia.

"Yelah!! Yelah!! Hishh kau ni."

"Yeay yeay mcd! mcd!" Kata Arissa sambil goyang kaki dan tepuk tangan. Macam budak-budak je dia ni.

Aku drive-thru saja malas nak turun pulak lagipun tak ramai sangat kereta. Aku mengoder makanan kami. Bising gila Arissa nak oder tu lah ni lah. Tengok harga yang terpanpang di skrin dia Allahu. Telan air liur. RM92.00. Mak aii makan dua orang je tapi sampai sembilan puluh lebih.

Aku bayar dan terus ambil makanan kami. Akak mcd tu intai je takut ada orang lagi tak dalam kereta. Malu aku tahu tak.

"Weh ada fries lah.. aku dahlah friesophobia laa.." kata Arissa.

"sejak bila pula munculnya friesophobia hah?" Tanya aku dalam nada marah.

"Itu soalan ke cemburu?" Balas Arissa. Aku yang dengar geleng kepala. Ni lah banyak sangat tengok Am nazhan.

"Dah jangan banyak bunyi.. kau makan hati-hati aku nak bawa kereta ni nanti tumpah pulak!" Ucapku.

Aku berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Tengah-tengah aku tunggu lampu hijau tiba-tiba Arissa menepuk bahuku.

"Apa!!" Jawabku sambil gosok bahu. Sakit tau.

"Weh nampak tak apa yang aku nampak" Katanya sambil pandang kearah hotel mewah di depan sikit dari lampu isyarat.

"Nampak apa? Takde pun!"

"Alah kau ni... tu hah takkan tak nampak"

membulat mataku bila melihat apa yang di sana. Tu bukan lelaki yang kat pantai ke? Dari situ boleh nampak yang dia tu kaya. Kan best kalau dia tu Islam. Sedap fikir tiba-tiba bunyi hon yang menyentakku. Alamak! Dah hijau rupanya.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Happy reading tau gess.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now