𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 13

46 4 0
                                    

"Mama!!!" Gadis perempuan yang berumur 6 tahun itu terus menuju ke arah ibunya yang berlumuran dengan darah.

"Mama bangun jangan tinggal Atul sendiri!!." Tubuh ibunya yang jelas kaku akibat ditembak dan ditikam itu digoncang kasar. Dia memusingkan kepalanya kearah ayahnya yang juga seperti nyawa-nyawa ikan itu.

"Baba!! Don't leave me!!!." Bercucuran air mata mengalir di pipi.

"Atul den..dengar ni, atul per..pergi da..dari sini ok..okay. uhukk!! Uhukk!!" Darah mula tersembur dari mulut ayahnya.

"Baba!!"

"Ju..just go.. se..selamat..kan di..diri atul okay" dengan susah payah dia cuba mengatakan pesanan itu kepada puteri mereka. Gadis kecil itu terus menyembamkan mukanya pada dada ayahnya. Teresak-esak dia melepaskan tangisannya. Tangan besar itu naik mengusap perlahan kepalanya.

Gadis kecil itu mengangkat muka dan melihat kearah penjuru dimana pembunuh itu berada. Matanya tertumpu kearah seseorang sebelum...

"Arghhhhh!!" Terus aku bangun dari membaringan. Peluh yang penuh dimuka dikesat kasar dengan lengan baju. Aku mula mencari nafas. Naik turun dadaku tika ini.

Apabila nafas sudah teratur dengan sempurna. Mata mula meliar persekitaran sekelilingku.

Sekejap!

Tempat ini sungguh tidak familiar bagiku. Tangan terus menyelak duvet dari menutupi badanku. Kaki turun dari katil itu sebelum bergerak ke tingkap.

Langsir itu diselak luas sebelum melihat keadaan diluar. Gelap. Aku terus pandang jam dinding di tepi penghawa dingin itu.

Terlihat jelas sekarang pukul 7.20 malam. Alamak!! Mampus aku dah janji dengan Umi nak datang sebelum pukul 8.00 malam.

Uwaaaa!!!

Aku pergi ke cermin bilik itu sebelum kemaskan sedikit tudungku yang senget itu.

Aku membuka pintu sebelum mengintai dari dalam. Apabila suasana sepi, aku terus melangkah keluar. Aku berjalan sambil mata meliar melihat segenap ruang di dalam rumah itu.

"Gila..." Gumanku.

Mana tidaknya, sangat mewah dengan campuran dinding berwarna hitam premiun dan kelabu. Sangat mewah.

Aku melangkah perlahan turun dari tangga sebelum kelihatan ruang tamunya.

"Cik dah okay?" Satu suara menerjah gelombang telingaku. Automatik tubuhku pusing mencari dari mana suara itu.

Pusing saja, aku lihat seorang perempuan yang memakai baju seragam dan apron. Mungkin maid rumah ni kan?

"Errrr.. sa..saya okay." Gadis itu hanya mengangguk manis sahaja.

"Saya nak tanya boleh?"

"Boleh!"

"Arrr saya duduk rumah siapa ye?" Soalku

"Oh Puan Quratul duduk di rumah Tuan Ash. Tuan yang bawa Puan kesini dalam keadaan Puan pingsan." Terang wanita itu lembut. Eh, kenapa 'Puan' aku bukannya dah kahwin pun. Apa-apa jelah.

Aku mengangguk sebelum mata meliar ke seluruh ruang tamu itu. Tidak lama, aku kembali kearah wanita itu.

"Mana Ash ye? Saya tak nampak pun?." Tanyaku sambil senyum.

"Owh, Tuan Ash cakap dia ambil seseorang untuk datang kesini. Dia ada kata kalau Puan dah bangun Puan kena makan, Puan nak makan?."

"Err tak payah saya nak tunggu dia. Boleh tak awak call dia suruh balik cepat sikit.?" wanita itu hanya mengangguk saja.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now