𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 7

109 10 4
                                    

Kaki pendek itu berlari kecil kearah wad yang ditempatkan Puan Mawar dengan wajah risau. Sampai sahaja didepan pintu dia terus menyelinap masuk kedalam. Dapat lihat tubuh Puan Mawar sedang terbaring. Aku terus berjalan menuju ke katil pesakit.

" Assalamualaikum Umi!!" Aku terus memeluk Umi sebelum kepala sandar di bahu Umi. Erat aku memeluk sebelum melepaskannya.

"Macam mana Umi boleh jatuh hmm. Umi takutkan Atul tau tak" Ucapku risau. Mana tak risau bila orang yang kita sayang masuk hospital. Aku belum sanggup untuk kehilangan Umi. Tak dapat bayangkan kalau benda tu betul-betul terjadi. Ishhh! Air mata pun dah bergenang. Tulah syok sangat fikir benda buruk.

"Umi baru lepas mandi masa nak keluar tu Umi tak perasan ada sabun kat lantai sebab tu Umi tergelincir. Umi okaylah Atul, jangan risau okay. Maaf takutkan Atul." Aku geleng kepala. Kenapa nak minta maaf. Umi ni! Buatkan air mata aku lagi banyak je bergenang. Dan ya, air mataku mula mengalir. Orang cuma risaukan dia je. Aku sayang Umi tau.

"Lepas ni Umi hati-hati lah, Atul taknak Umi masuk hospital. Umi je yang Atul ada, Atul takut kalau apa-apa jadi kat Umi. Atul sayang Umi." Luahku sambil memandang wajah cantik itu. Umi mengangguk tanda mengiyakan kata-kata aku itu.

"Iya Atul sayang, nanti Umi lebih hati-hati ya dah jangan lah nangis dah tak cantik nanti anak Umi sorang ni." Pujuk Umi. Tangan tua Umi mengesat air mataku yang mengalir. Aku ketawa kecil sebelum mengesat air mataku.

"Ni Umi nak makan apa-apa tak Atul turun bawah belikan." kata aku.

"Atul belikan air apa-apa kat Umi asalkan sedap." Aku ketawa mendengarnya. Aku pun mengangguk saja. Aku mengambil beg tangan sebelum bangun.

Sampai saja di restoran itu aku terus ke kaunter untuk mengoder makananku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai saja di restoran itu aku terus ke kaunter untuk mengoder makananku.

"Cik kena tunggu sepuluh minit ye baru siap." aku mengangguk apabila mendengar kata salah seorang pekerja itu.

Aku memusingkan tubuhku kearah meja di restoran itu. Mata meliar untuk melihat kerusi yang tidak diduduki. Dan ya ada pun! tapi di penjuru kanan lah. Aku berjalan sebelum duduk di kerusi itu. Tiba-tiba aku teringat kejadian pagi tadi. Sumpah aku rasa berdosa dengan diri sendiri kerana diam saja apabila ajnabi mencium telingaku. Ya walaupun berlapik tapi bagiku tetap saja hina.

Boleh tak aku tarik balik kata yang kononnya nak jumpa lagi tu. Aku jadi takut pula. Macam mana dia buat apa-apa yang tak elok dekat aku. Aku Islam tapi dia? memang sah dia bukan Islam sebab pertama kali kami jumpa pun dia tengah pegang arak kot.

"WEHH!!! Tu Ash lah wehhh!! AAAAA!!!" Ralit aku berfikir tiba-tiba bunyi jeritan daripada orang sebelah aku. Eh? Dah kenapa, histeria ke? Terjerit-jerit. Aku geleng kepala sebelum terdiam. Eh jap tadi dia sebut nama Ash kan. Takkan lelaki tu. Arh lantak ah baik aku pergi tengok makanan aku siap tak lagi. Aku terus bangun dan pergi dekat kaunter.

"Dik makanan saya siap tak lagi ya?." Soalku.

"Owh ya ni makanan Cik. Semua sekali RM26.40 ye."

"Okay" aku menyeluk duit berharga 30 ringgit dalam beg tangan sebelum keluarkan dan memberi kepada pekerja itu. Pekerja itu mengira dan memberi baki duit itu.

"Ni Cik bakinya."

"Okay thank you" Kata aku.

"Okay thank you" Kata aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Nah Umi airnya. Atul beli air jus epal tau kat Umi. Jangan risau air tu less sugar." Umi senyum saja sebelum mengambil air itu dari tanganku. Aku memandang Umi lama. Nak bagitahu ke tak eh? Aku nak balik sebenarnya. Nak mandi badan dah melekit ni tapi nanti Umi keseorangan pulak. Aduh!

"Kenapa Atul pandang umi macam tu. Atul ada nak bagitau sesuatu ke?" Terbeliak sedikit mataku. Mungkin dari riak wajahku nampak sangat kot.

"Atul nak balik boleh tak Umi, nak mandi badan melekit." kataku sambil mata memandang ke bawah. Tiba-tiba Umi ketawa. Dah kenapa Umi ni?

"Balik jelah Atul. Nanti Abi datang sini juga hahahah" kata umi sambil ketawa.

"Hehehe okay lah kalau macam tu Atul balik dulu tau, Assalamualaikum. Sayang Umi!" Aku menyalaminya sebelum melambai Umi.

Dalam perjalanan menuju ke kereta. Aku terdengar seseorang memanggil.

"Querida!" Aku memusingkan tubuhku kearah bunyi itu.

Lelaki itu.

Dia panggil aku?

Dia berjalan dengan tangan kiri dimasukkan ke dalam pocket seluarnya. Hensem. Ye memang tak dinafikan benda itu. Bila dia dah berada didepanku, terus aku dua langkah kebelakang. Takut terjadi benda lain. Lagipun aku tak selesa kalau berada dekat dengan lelaki. Apabila aku mengangkat kepala, tatapan mata kami pun bersatu. Lama sebelum aku memusingkan kepala ke tepi. Astaghfirullah apa ni Quratul.

"What are you doing here hm" suara garau itu memecah kesunyian antara kami. Erkkkk kenapa tak boleh ke aku datang sini. Aku berdehem kecil.

"Rasanya tu bukan urusan encik kot. Maaf saya kena pergi. Assalamualaikum" Belum sempat aku melangkah dia mendepakan sebelah tangannya. Aku mengerut kening. Nak apa lagi dia ni!

"Encik boleh bagi saya lalu tak. Saya nak cepat ni." Laranganku tidak dihiraukan. Dia mendekatkan muka ditepi telingaku

"Scented" meremang aku mendengar suara husky itu.

"Apa maksud Assalam tu hm" katanya walaupun Assalamualaikum tu sikit pelat tapi boleh lah.

"Assalamualaikum tu kalau bagi encik mungkin Selamat sejahtera. Umat Islam gunakan salam tu sebagai ucapan. Dah puas? Kalau dah saya balik dulu." ucapku.

"Esperar!" Dia memegang tanganku macam orang-orang bercinta sekarang ni. Terbeliak mataku. Laju tanganku menampar mukanya. Mengigil tanganku.

"Maaf tapi Encik tak boleh sesuka hati pegang saya macam tu. Saya tahu dalam hidup Encik memang encik dah biasa tapi saya ada agama dan agama saya larang pegang tangan sesuka hati. Haram." Aku terus melangkah pergi. Tak nak aku pusing belakang.

Dua kali.

Dua kali aku mendapat dosa apabila dengannya.

Dua kali aku mendapat dosa apabila dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


♡︎❣︎𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Minggu depan mungkin saya tak update sebab exam ye gaiss. Btw pray for me tau.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now