𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 26

60 3 2
                                    

     LANGKAH yang laju tadi mulai diperlahankan. Aku ternampak sekumpulan sosok tubuh yang berada di ruang besar tingkat itu. Dan salah satunya adalah Ash. Kenapa dia berada di sana?

Bukankah dia hanya perlu mengambil barangnya sahaja?

Dengan sepantas kilat aku menyembunyikan badanku di balik dinding. Sekarang aku tidak tahu mahu buat apa? Mahu mendengar atau lari saja. Hatiku degil untuk mahu mendengar perbualan mereka. Rasa itu membuak-buak untuk mendengar apa yang mereka cakapkan.

Aku pasang telinga untuk mendengar tetapi tidak dapat. Bagaikan tidak jelas setiap perkataan itu.

Aku menyengetkan kepala sedikit sebelum melihat Ash di sana. Terbeliak mataku melihat Ash sedang minum satu minuman yang haram. Aku bukan buta untuk tidak melihat Ash menuang air haram itu ke dalam gelasnya sebelum meneguk dengan rakus.

Kelihatan Ash bangun bari duduknya sebelum melangkah mendekati salah seorang yang berada di depannya. Membulat mataku melihat Ash mengeluarkan satu alat yang berbahaya bagiku.

Pistol...

Dadaku berombak kencang apabila perasaan takut mula datang. Boleh nampak mukanya yang bengis seperti pemangsa mahukan mangsanya.

Aku mengundurkan langkahku perlahan. Cukup sampai sini. Aku tidak mahu lagi melihat peristiwa yang trauma untukku. Aku tak sukakan keganasan.

Bagaikan Déjà vu. Aku pernah mengalami semua ini. Bunuh-menbunuh. Tidak sanggup aku mahu melihatnya lagi. Namun nasib tidak menyebelahiku apabila badanku terlanggar pasu bunga yang dijadikan perhiasan. Gara-gara itu, bunyi kaca pasu berderai kuat menyapa telinga.

Sekelip mata aku lihat Ash jatuhkan pistolnya sebelum kepalanya berpaling pada aku. Kami saling berpandangan. Lama. Namun tiada secalit senyuman di bibirnya sama seperti aku juga.

Aku mengudurkan langkahku sebelum berlari pergi dari situ. Jujur aku katakan aku tidak selesa dengan apa yang berlaku. Kenapa perlu gunakan keganasan?

Aku berlari ke arah lift yang aku naiki tadi. Belum sempat aku menekan butang bulat ditepi Ash lebih pantas mencengkan lenganku sehingga aku tertarik dan bertemu dengan dada bidangnya.

Tubuhku ditolak ke dinding dan kedua tangannya diletakkan di tepiku. Kiri dan kanan, bagaikan memyekat aku dari melarikan diri.

"Aisyah..." Bisiknya.

"Aku-"

"Awak apa?" Belum sempat dia berkata aku terlebih dahulu mencantas cakapnya. Dia menunduk sebelum menyentuh tanganku. Drastik itu, aku membulatkan mata.

PANG!

Satu tamparan hinggap dipipinya. Dia fikir apa setelah dia buat perkara yang tidak baik itu lalu dengan selamba badak saja dia sentuh tangan aku.

"Awak jangan sesekali sentuh saya sesuka hati!"

"Aisyah aku tak sengaja-"

"Memang awak tak sengaja sebab awak tak sedar!! Ni bukan diri awak. Awak minum lagi air haram itu. Macam mana awak nak sedar kalau minuman haram itu tengah kawal awak sekarang!" Marahku. Dia sudah berjanji tidak akan minum air haram itu lagi tapi kenapa hari ini dia lain. Ya, dia bukan Islam jadi minuman itu pasti sudah lali baginya.

"Awak tipu saya! Awak kata ada barang yang tertinggal tapi apa!! Itu ke barangnya?" Hujung ayatku kedengaran sinis tawa perlahan.

"Tak Aisyah aku boleh jelaskan!"

"Jelaskan apa? Yang awak tak sengaja minum air tu ke?" Jelas merah mukaku kini menahan rasa. Kornea mataku mula dipenuhi dengan air jernih.

Dalam waktu ini perasaanku bercampur aduk. Aku marah sangat tapi dalam masa sama aku kecewa. Kecewa denganny sampai aku jadi benci melihatnya.

Entah apa yang rasuk aku.

"Saya nampak bagaimana rakusnya awak minum air haram tu tadi. Oh! Saya tahu pasti awak selama tahan rasakan daripada minum air kencing syaitan tu."

"Hermosa please." aku menggeleng. Aku tepis tangannya yang menjadi penghadang kiri kananku sebelum melangkah menjauhinya. Belum sempat dua tiga langkah, beg aku terasa seperti ditarik seseorang.

"Awak nak apa!!"

"Saya minta maaf tapi saya tak boleh jumpa awak lagi. Saya ta- " Belum habis aku berkata dia memintas.

"Apa yang kau takut hah Aisyah!!? Selain daripada takut pergaduhan, pembunuhan, se- "

"SAYA TAKUT AWAK!!" Sejurus itu, tubuhnya mengeras dan tangan yang memegang begku terlepas dari genggamannya.

"Saya takut bila awak pegang pistol itu!! Saya takut bila awak bergaduh! Saya takut bila awak membunuh!! Saya takut bila awak gunakan keganasan untuk selesaikan suatu perkara!!" Jujurku. Hai itu mengimbas kembali bagaimana situasi aku berhadapan dengan kematian ibu bapaku.

"Ia mengingatkan peristiwa macam mana mama baba saya meninggal. Saya takut semua tu..." Suaraku makin perlahan. Air mata sudah lama menderhakIa tuan badan. Aku tidak rasa mahu bertemunya sekarang. Hatiku masih sakit yang kecewa.

Ash hanya diam terkaku. Mungkin lidahnya kelu yang berkata-kata. Jelas wajahnya seakan kesal dengan kejadian ini.

"Jadi tolong.. saya taknak jumpa awak lagi.." kaki mengundur ke belakang sebelum membalikkan tubuh membelakanginya. Aku berjalan hingga ke lift sebelum pergi dari situ.

Aku takut..

To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue..

Macam ada bau-bau sad lahh. Kita belanja korang ini dulu oceyyy
Muahhh

20/3/2024

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now