𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 20

59 3 5
                                    

     Aku diam terkutik memdengar perbualan orang yang lebih tua itu

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

     Aku diam terkutik memdengar perbualan orang yang lebih tua itu. Dari ruang tamu sehingga lah di meja makan tidak habis berborak. Aku dengar keluarga kawan Abi ini dari luar negara itu yang seronok berbual sampai begitu sekali. Mungkin sudah lama tidak bertemu.

Sempat aku mengerling mata untuk melihat orang depanku. Siapa lagi kalau bukan Fateh. Dia juga kelihatan senyap sahaja daripada tadi. Tiada niat untuk bercakap. Sama juga seprti adiknya, Farisya.

Daripada gaya tampak Farisya seorang yang sopan saja. Iyalah tudung labuh, periang, ringan saja mulutnya untuk mengukirkan senyuman pada orang yang baru dikenali.

Lain seperti abangnya, Fateh. Dingin tetapi lembut. Diam tetapi auranya lain. Tiada juga secarik senyuman yang terlakar di bibirnya. Berbicara? Lagi lah tiada. Bagaikan ada berlambak emas di dalam mulutnya.

Lama aku describe mereka berdua sehingga ada tangan yang menolak lembut bahuku. Aku terus tersedar dari lamunanku. Kepala berpaling ke arah yang tangan tadi. Umi.

"Atul dengar tak ni?" Tanya Umi. Aku terpinga-pinga. Dengar apa?

"Dengar apa eh Umi?" Soalku sengih perlahan. Ya Allah Quratul! Malunya aku apatah lagi aku dapat merasakan mereka semua memandangku. Apa kau ni ishh.

"Apa kamu cakap?" Soal Umi garang.

"Kamu tak dengar ke Quratul?" Umi memandangku dengan pandangan yang sedikit tajam. Aku menutup perasaan maluku dengan mengukir senyum.

"Tak Umi. Dia macam berlalu je. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri." Alasanku. Boleh lah itu kan untuk menutup malu wahai readers sekalian.

"Lailahaillallah.. penat saja Umi cakap dari tadi." Umi menggelengkan kepalanya melihat telatah anaknya itu.

"Alah tak apa lah Mawar.. mungkin Quratul tengah fikir hal kerjanya. Aku senyum nipis sebelum tunduk. "Haih kamu ni." Umi hela nafas kecil.

"Ini Umi kata Umi nak Atul kenal-kenal dengan Fateh ya." Aku mengerut dahi. Kenapa pula perlu kenal-kenal ni. Fikiran taknak tetapi kepala mengangguk. Akhirnya aku akur walaupun dalam hati membantah kuat.

Ini yang buat aku takut ni. Kang tak pasal-pasal kena kahwin dengan Fateh ini. Kalau betul terjadi aku tidak mahu. Aku tidak bersedia lah dengan semua ni.

Pandang hadapan, aku memandangnya sebentar. Sama seperti tadi. Diam tidak terkutik. Hanya meneruskan makannya sahaja. Ishh mamat ni takkan lah taknak bantah langsung. At least cakap lah oh takpe aunty saya dah ada pilihan hati ke? Ini? Diam saja.

Aku berpaling ke arah adiknya, Farisya. Dia yang perasan aku melihatnya terus mengukir senyuman manis. Iya, manis. Ini kalau orang lelaki nampak terus jatuh cinta pandang pertama. Rasa cemburu mula menguasai.






























     Kaki berjalan menuju ke ruang kolam renang rumah yang berada di belah kiri dari tempat parkir kereta. Lepas sahaja makan, Umi dan Aunty Maya memberi peluang kepadaku dan Fateh untuk berkenalan. Aku akur sahaja, mahu tidak mahu begitu lah

Hatiku sedikit gusar apabila melihat tubuhnya yang berdiri ditepi kolam renang itu. Dengan perlahan aku menuju di tempat yang Fateh berada. Makin dekat makin takut pula aku.

Fateh berpaling bila perasan diriku yang berada di belakangnya. Ini pertama kali aku berdiri dekat dengannya. Bersebelah lagi tu. Aku menunduk saja bagi menjaga pandangan.

"Quratul okay?" Tanya suara garau itu. Terangkat kepalaku mendengar suaranya. Suara yang garau tetapi lembut. Aku mengukir senyuman nipis sahaja seraya menganggukkan kepalaku. Membahang pula rasa pipiku.

"Kenapa merah pipi tu?" Tanya Fateh. Aku mengemam bibir kerana malu. Aku dapat rasa yang dia sengaja bertanya untuk mengenakan aku.

"Hehehe panas kot, iyalah tengahhari kan?" Aku cuba untuk mencari alasan.

"Iya ke? Bukan sebab lain?" Soalnya lagi. Aku teragak-agak untuk mengangguk.

Dia ketawa kecil menyebabkan sekali lagi aku mengangkat mukaku sekali lagi.

Pertama kali aku mendengar dia ketawa.

Kami hanya diam sahaja selepas itu. Masing-masing tiada niat untuk bercakap. Aku pun menzipkan mulutku walaupun banyak pertanyaan yang berada dalam otakku kini.

"Quratul." Panggilnya tiba-tiba. Aku berpaling.

"Iya?"

"Quratul tahu kan apa yang mama dan Aunty Mawar rancang."










𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.

𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔

Haa rancang apa tuw?
Btw korang nak #fatehquratul ke #ashquratul?

Quratul sesuai ngan sape erkk🤔🤔
Bye jangan lupa vote and komen tau nanti yana x nak kawan.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Kde žijí příběhy. Začni objevovat