𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 2

116 10 0
                                    

"Mama! Baba!" Kedua-dua kelopak mata terus terbuka. Dada berombak kecil. Sudah biasa dengan situasi ini.

Aku bangun dari pembaringan dan mengambil telefon. Buka saja dapat dilihat waktunya. 4.50 pagi. Nak tidur tapi mata dah segar mungkin Allah nak kejut aku supaya solat tahajjud.

Aku mehembus nafas perlahan sebelum bangun mengambil tuala untuk bersihkan diri. Selesai itu, aku terus mendirikan solat.

Habis saja berdoa aku membaca ayat kursi. Umi kata jika baca ayat kursi setiap kali habis solat, jarak kita dengan syurga hanyalah kematian. Sejak dari tu aku mula mengamalkan ayat itu selepas habis solat.

Aku bangun untuk mengambil Al-Quran di atas meja dan kembali duduk di atas sejadah. 12 muka surat juga aku baca sebelum mengambil telefon dan membukanya. Terpampang jam pukul 6.20 pagi. Aku pun sambung solat subuh. Sesudah aku solat aku pun turun ke bawah.

Aikk.. kenapa gelap je ruang tamu ni. Abi pergi masjid.. Umi? Husnuzon jelah mungkin Umi penat kut.

Aku buka pintu gelengsar dan bergerak ke kerusi di tepi kolam itu. Aku menghirup udara sebelum duduk dekat kerusi itu. Aku membuka laptop untuk membuat kerja sebab aku tahu nanti mestu sibuk punyalah dekat Rumah Anak Yatim Wardah tu ditambah pula aku cuti 2 hari mesti banyak kerja aku. Jadi aku membuat keputusan siapkan dahulu. Nanti tak kelam kabut.

"Atul buat apa kat sini?"

Aku yang ralit membuat kerja terus mengalihkan kepala kearah bunyi itu. Umi. Aku senyum manis kepadanya.

"Atul siapkan kerja nanti takdelah bertimbun kerja Atul balik nanti." Jawabku. Umi yang berada di tepi pintu itu berjalan ke arahku dan mengambil tempat di tepiku.

"Pukul 4.50 tadi Umi lalu depan bilik Atul Umi nampak terang benderang je bilik Atul.. Atul tersedar awal lagi ke? Soal Umi Aku hanya mengangguk mengiyakan saja.

"Haah. Niat nak tidur balik tapi mata dah segar jadi Atul pun buatlah kerja ni." Kataku sambil menggaru kening. Umi hanya mengangguk saja sebelum Umi menyambung percakapannya.

"Ni Umi nak tanya Atul takde kenal dengan lelaki kan? Umi bukan apa kalau Atul ada kenal ke bagitau Umi ya. Umi taknak Atul tergelumus dengan dosa Atul pun tahu kan semua tu. Umi bukannya nak kongkong Atul tapi Umi risau je." Panjang lebar Umi bicara. Hatiku sedikit tersentuh dengan kata-kata Umi.

"Atul takde kenal siapa-siapa pun sekarang ni dan kalau ada pun Atul akan bagitau Umi. Atul tahu Umi ambil berat pasal Atul tapi jangan risau okay?" Yakin aku.

"Hmm yelah kalau macam tu. Umi cuma risau je" luah Umi. Aku yang mendengar itu tersentuh dengan kata-kata Umi. Dia menjagaku dengan sempurna.

"Jomlah kita pergi dapur lagipun dah pukul 7.00 pagi dah, teman Umi buat sarapan meh."

"Okay Umi."

Aku memasukkan barang pakaianku ke dalam bonet kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku memasukkan barang pakaianku ke dalam bonet kereta. Lepas siap aku pun bergi dekat Umi dan bersalaman dengan dia. Terpaksa pergi awal takut nanti jammed pulak.

"Atul hati-hati ye dekat sana. Ni baca doa dulu sebelum bawa kereta. Lagi satu, Nanti dah sampai jangan lupa telefon Umi eh" Pesan Umi. Aku yang mendengar itu hanya senyum.

"Ye Umi Atul ingat pesan Umi"

"Dah pergilah nanti lewat pulak sampai." Sampuk Abi.

"Macam halau Atul je" Aku membuat muka masam.

"Mana ada Abi halau cuma Abi taknak kamu lambat pastu nanti nak check in hotel lewat. Abi taknak Atul penat pulak" Kata Abi. Aku hanya menghadiahkan senyuman nipis padanya.

"Dahlah Atul pergi dulu. Nak ambil Arissa dekat rumah dia. Bye Umi Abi. Assalamualaikum" kataku sebelum masuk ke dalam kereta.

Aku pun memulakan perjalanan dengan doa sebelum bergerak. Dapat aku melihat dari cermin sisi kereta Umi dan Abi melambaiku. Aku hanya senyum saja.

Akhirnya aku pun sampai di Melaka selepas 2 jam perjalanan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Akhirnya aku pun sampai di Melaka selepas 2 jam perjalanan. Walaupun dekat tapi ditambah pula dengan jammed memang lambat lah jadinya. Arissa? Hmm memang dari awal hingga sampai ke destinasi hanya tidur je. Bangun pun bila berhenti makan saja, pastu tidur je memanjang. Katanya penat kemas bilik sebelum pergi. Izz dan ad hanya mengikuti di belakag

Arissa.. Arissa.. suka hati kau lah.

"Weh bangun lah dah sampai ni"

"Hah? Dah sampai ke. Mengantuk plus penatlah" Ucapnya.

"Haa memang kau pun yang bawa kereta dari awal kan?" Perli aku. Yelah aku yang bawa dia yang dapat nama. Ewah ewah!

"Kita kat mana ni wei?" Tanya Arissa.

"Kita dekat hotel. Dah jom keluar check in. Izz dan ad dah tunggu dari tau." Jawabku. Arissa yang mendengar itu terus mendengus kasar sebelum keluar dari kereta.

Aku mengambil beg pakaian sebelum membawa masuk kedalam hotel itu. Bilik Aku dan Arissa hanya bersebelahan dengan izz dan ad yang berada di tingkat 7. Boleh lah cuba kalau tingkat 20 sampai kesudah pun aku tak pergi dekat balkoni tu. Gayatlah!

Tutup saja pintu bilik aku terus baring atas katil. Fuhhh!! Leganya dapat baring. Tiba-tiba telefon aku berbunyi. Lihat pada skrin telefon jelas nama Umi disitu. Aku pun mengesel ikon hijau sebelum diletakkan di tepi telinga.

"Assalamualaikum Umi"

"Waalaikumussalam Atul, dah sampai ke?" Tanya Umi.

"Haah dah sampai ni pun dah check in" jawabku.

"Ouh lega Umi dengar. Ni bila kamu nak hantar sumbangan dekat Rumah Anak Yatim Wardah tu."

"Esok kot, harini penatlah Umi lagipun dah pukul 6.30 petang dah" kataku. Umi yang mendengar itu hanya menguman lembut. Tanda setuju dengan cadangan aku.

"Okay lah Umi, Atul nak mandi melekit dari tadi lagi badan ni. Panas sangat" Beritahuku.

"Okaylah Umi tutup dulu ye. Assalamualaikum" Ucap Umi sebelum memutuskan sambungan telefon. Aku hanya menjawab salam itu perlahan saja.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞..

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now