𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 28

37 3 0
                                    

     "ABANG NAK CAKAP SIKT."

"Abang Fateh nak cakap apa?" soalku tidak kena.

"Quratul setuju ke kalau Umi teruskan perjodohan kita?" Serentak itu, air muka ku terus berubah. Perjodohan? Maksudnya kahwin lah kan? Tapi macam nak kahwin kalau tak ada perasaan cinta. Perlahan-lahan aku menggeleng.

"Atul--" belum habis aku berkata Abang Fateh terus menepis kataku.

"Tak apa. Abang faham Atul memang takkan terima." Aku diam tidak terkutik. Macam mana kalau Abang Fateh terkilan. Atau terasa? Terasa jahat lah pula.

"Abang Fateh... ye, Atul jujur Atul memang tak ada perasaan suka atau cinta dekat Abang tapi kita boleh kenal-kenal dulu kan."

"Hati kita ni Allah yang pegang. Sekelip mata Allah boleh merubahnya. Kekadang dari perasaan benci yang melampau terus jadi perasaan cinta  yang mendalam. Atul taknak terlalu cepat." Ujarku lembut. Walaupun pada akhir ayat itu sebenarnya lebih ke arah alasan.

"Lagi pula Atul rasa terlalu awal untuk kita berdua kahwin." Gelas air di tangan diletakkan di tengah-tengah antara kami.

"Ye, Abang tahu. Abang ikut Atul saja. Kita boleh kenal-kenal dulu kan." Aku mengagguk seraya senyum kecil. Dia juga mula membalas senyumanku. Aku tertunduk segan. Tidak dinafikan betapi kacaknya seorang Ammar Al- Fateh apabila tersenyum.

"Err.. Atul kita singgah masjid ye. Dah masuk waktu asar." Aku yang mendengar mengangguk perlahan. Mujur juga aku ada membawa kain sembahyang. Beg kembali disangkut ke bahu sebelum melangkah mengikuti abang Fateh.

Tiba-tiba aku teringat kembali situasi yang sama tapi bersama orang yang berbeza. Di hari aku melawat kubur Mama dan Babaku.

Flashback

"Eh, saya nak balik lagipun dah nak masuk pukul 1 tengahhari. Saya nak solat." kataku seraya menyimpan kembali jag air kedalam bakul yang dibawaku pada awal tadi.

"Solat?" Aku pantas memandangnya yang jelas menunjukkan muka yang bingung.

"Iyalah solat zohor. kenapa?" soalku. Baru saja tangan ingin melipat tikar kecil itu, Ash sudah mengambil dan melipatnya. Aku angkat bahu saja. Orang sudah mahu menolong apa aku boleh buat.

"solat tu apa benda? Zohor?" Tambah berkerut mukanya. Aku sudah mati kata-kata. Bagaimana mahu menerangkan kepadanya.

"Okay. Solat tu adalah satu perbuatan bagi orang yang beragama Islam untuk menyembah Allah SWT, tuhan yang satu. Dalam rukun Islam, solat merupakan rukun yang kedua dan wajib untuk semua orang muslim menunaikannya.  Ada syarat-syaratnya untuk menunaikan solat. Salah satunya haruslah berakal." Hendak ketawa aku apabila melihat raut wajah Ash yang bingung itu.

"Oh... Habistu zohor?"

"Zohor tu adalah satu salah nama solat yang wajib dilakukan daripada lima waktu solat. Dalam Islam ada nama umum solat iaitu bermula dari subuh, zohor, asar, magrib, dan isyak. Wajib dilakukan lima kali sehari." Jelasku. Takut juga sebenarnya jika aku salah memberi maksudnya.

Senyuman nipis yang melakar dibibir dihadiahkan kepadanya sebelum melangkah pergi dari kawasan kubur itu.

end flashback.

Aku boleh lihat betapa bezanya seorang Ammar Al-Fateh dan seorang Ash Gabrielle Adree.

Fateh amat mengutamakan agama di sisinya, seorang yang lembut dari segi percakapan. Jaga tutur kata. Layanan untuk kaum hawa pula sangat lembut. Tidak ada kekasaran sekalipun.

Tapi lain pula dengan Ash. Tidak peduli tentang agama lain tapi masih ada sikap hormatnya. Seorang yang kasar tapi ada lembutnya. Dingin tapi ada hangatnya. Layanannya dingin pada orang yang baru dikenali. Tapi hatiku rasa selamat bila didekatnya. Bagaikan pelindung bagiku.

Jauh sekali beza antara dua maklukNya ini. Dan keduanya hadir dalam hidupku serentak.

     TANGAN dibasuh dengan perlahan hingga ke siku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     TANGAN dibasuh dengan perlahan hingga ke siku. Diulang tiga kali sebelum aku mengambil air lalu disapu ke dahi hingga hujung rambut. Selepas itu diikuti dengan anggota lain.

Tudung bawal itu dibentuk semula sebelum menyarung kain sembahyang. Aku mengambil tempat di baris ketiga sambil menunggu iqamat. Mata memerhati ruang sekitar.

Kedengaran satu suara yang meminta jemaah berdiri merapatkan sah solat. Aku bangun sebelum mendekati jemaah perempuan yang lain.

"Allahuakbar Allahuakbar."

Terangkat kepalaku apabila mendengar suara lelaki yang sedang iqamat itu. Suara yang amat aku kenali. Suara lelaki yang bersamaku tadi.

Itu suara Abang Fateh!

Jujur hatiku terusik dengan keyakinannya. Aku tahu betapa beratnya tanggungjawab seorang iman.  Syarat-syarat untuk menjadi iman juga susah. Terngiang suara Umi yang berkata soal itu pada tempoh hari.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



















4.44 p.m
21 April 2024

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now