𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 27

25 2 0
                                    

     AKU termenung sendiri di atas katil. Jendela di tepi katil menjadi tarikan kornea mataku kini. Sudah lama aku tidak bersua muka dengan Ash disebabkan perasaan kecewa itu masih ada di lubuk hati.

kring...
Kringgg...

Deringan telefon yang menandakan ada seseorang menghubungiku. Aku kalih ke night stand ke tepi katil. Tangan laju mengambil telefon untuk melihat gerangan yang menelefonku. Dengan sekelip mata saja mukaku mula berubah.

Ash.

Aku tenung telefonku lama hingga hilang dari dunia realiti. Aku mula termenung sehingga tersedar akibat bunyi guruh di luar sana. Aku kembali memandang sebelum diletakkan semula telefon di meja kecil itu. Bagai tidak mengendahkannya.

Air jernih mula memenuhi kornea mata. Gila! Apa kena dengan aku sekarang. Kenapa harus menggunakan air mata.

Aku bangun perlahan dari duduk dan berjalan kearah balkoni bilik. Pintu gelengsar itu dibuka perlahan sebelum melangkah keluar.

Rupanya bukan aku saja yang mengeluarkan air mata tetapi semesta juga sama. Tenang saja suara hujan yang renyai menyapa pendengaranku. Kelopak mata tertutup apabila angin sejuk mula menampar wajahku.

Tok..
Tok...

Bunyi ketukan daripada pintu bilik membuatkan aku berpaling. Kaki melangkah perlahan menuju ke pintu tersebut. Susuk tubuh Umi menyapa pandanganku sebaik saja aku membuka pintu.

"Kenapa Umi?" Soalku.

"Tak ada apalah cuma tadi Fateh ada telefon Umi nak berjumpa dengan Atul. Fateh cakap dia telefon Atul tapi Atul tak jawab... Itu yang dia suruh pesan pada Umi." Aku sedikit terpaku mendengar perkataan daripada mulut Umi. Apa yang abang Fateh mahu?

"Maaflah Umi... Telefon Atul habis bateri.. itu yang tak tengok telefon," Tipuku. Padahal memang tidak perasan Abang Fateh menghubungiku.

"Iyalah tapi Atul pergi kan jumpa Fateh?" Lidahku terkelu. Alamak aku sudahlah tak mesra sangat dengannya. Inikan mahu keluar dengannya.

"Errr... Bo- boleh Umi." Aku mengukirkan senyuman nipis pada Umi.

"Fateh cakap dia akan ambil kamu pagi esok. " Aku angguk akur. Mahu bagaimana lagi. Mahu tidak mahu harus akur.

"Okaylah Umi.. Atul dah mengantuk lah. Atul penat, nak tidur."  Perlahan aku membalas.

"Ohh maaf Umi kacau. Kalau macam tu Umi pergi dulu ye." Sejurus itu, Umi melangkah menjauhiku. Susuk tubuh Umi yang melangkah diperhati oleh anak mataku.

Kenapa aku berasa lain saja? Teringat soal perjodohan yang dirancang oleh ahli keluarga aku dan Abang Fateh. Haruskah aku akur atau menolak.

Penat.

Keliru.

     KAKI melangkah perlahan memasuki kereta BMW 3 series milik Abang Fateh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


     KAKI melangkah perlahan memasuki kereta BMW 3 series milik Abang Fateh. Sebaik saja masuk, senyuman abang Fateh menjadi sasaran anak mataku. Aku senyum kekok bagai membalas senyumannya. Selepas itu, kepala kembali menghadap ke hadapan.

Seketika.

Suasana di antara kami menjadi hening sunyi. Masing-masing tidak mahu mengeluarkan kata-kata. Diam saja. Hanya membuat hal masing-masing. Aku menoleh memandang ke arah luar yang jelas terlihat permandangan air laut.

Eh?

Air laut? Pantai?

Sudah kenapa bawa aku ke pantai ni. Suara pula tidak mahu keluar untuk menanyakan soalan yang berlegar di minda. Akhirnya aku diam saja.

Aku melangkah keluar dari kereta perlahan sebelum mengikuti langkah Abang Fateh di hadapanku. Aku mengikuti langkahnya tanpa banyak songeh.

Senyuman manis mula terukir di bibirku apabila dapat merasa angin pantai menampar perlahan mukaku. Tenang...

"Atul haus tak,?"

Terus aku berpaling untuk melihat mukanya. Kepala dianggukkan tanda mahu.

"Nak."

"Kejap Abang pergi beli air." Soal Abang Fateh.

"Quratul nak ikut.."

"Takpe Atul duduk sini nanti Atul penat. Biar Abang je yang beli." Jari Abang Fateh menunjuk bangku yang ada di tepiku. Alamak... Rasa bersalah pula.

"Atul boleh ikut." Keras kepalaku ingin mengikutinya. Takkan dia mahu tinggalkan aku berseorangan.

"Biar Abang je pergi ye.. Abang taknak Atul penat. Kedai pun tak tahu buka ke tak." Lembut tutur kata Abang Fateh. Akhirnya aku akur saja.

"Atul nak air apa ni?" Soalnya.

"Air lemon tea tau abang." Dia senyum kecil sebelum mengangguk. Aku membalas senyumannya lalu melangkah ke bangku. Abang Fateh yang berlalu pergi itu diperhati olehku.

Aku menghirup udara pantai ini. Tenang saja. Fikiranku tiba-tiba terfikir tentang Ash... Dimana dia sekarang? Kenapa sudah tak muncul. Aku rindu dia kah?

Entah.. aku sendiri tidak pasti akan perasaanku kini.

"Quratul."

Aku berpaling kearah suara itu. Abang Fateh... Lama sangatkah aku berkhayal didalam fikiran sendiri?

"Ini air Atul." Satu bekas air yang berisi air lemon tea itu diberi kepadaku. Aku dengan pantas menyambut pemberiannya.

Straw diambil lalu dicucuk di tengah penutup gelas plastik sebelum meneguk. Fuhh... Segar rasanya.

"Atul.."

"Abang nak tanya boleh?"

"Abang nak tanya boleh?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue...

19.April.24

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now