𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 6

120 12 4
                                    

Aku parkingkan kereta di blok atas disebabkan blok bawah dah penuh. Maklumlah kedai kek dia didalam mall. Dia mengajakku datang kerana Arissa baru saja membuat resepi baru untuk kedai keknya. Aku mengunci kereta sebelum berjalan ke arah lift itu. Masuk saja terus namaku dipanggil.

"Wehh lambatnya kau datang. Aku ada something nak bagitau ni wehh! " Ucap Arissa dengan nada teruja.

"Apa! memang kedai kau ni tepi rumah Umi pun" perli aku. Yelah dah lah ramai orang memang lambatlah jawabnya. Heii aku hempuk karang.

"Alah kau ni jangan lah marah-marah. Saja je nak test kau tengok penyabar tak orangnya" balas Arissa.

Aku menatapnya garang. Ada ke cakap aku ni garang. Aku ni baik tau!

"Eh dah lah mana kau punya resepi baru aku nak rasa." Beritahuku.

"Haah lah kau duduk dulu aku pergi ambil. Aku siapkan khas tau kerusi untuk kau"

Aku menoleh ke kiri terlihat kertas yang tertempek di penyandar kerusi. Eiii dia ni laa buat malu je dah lah tulis nama aku. Aku berjalan sebelum mencabut kertas itu dan letak tepi meja. Aku pun duduk sambil jari bermain di skrin telefon. Beberapa minit kemudian muncul Arissa dengan membawa dulang makanan.

"Nah. Sorry tau lambat tak jumpa cawan untuk air." Terangnya. Aku yang mendengar itu menggerakkan kepala ke tepi untuk tengok belakangnya. Dia ni buta ke tu ada gelas. Terletak elok pula tu atas meja.

"Kau kalau nak tipu aku pun agak-agak la.. tu apa pinggan?" Kata aku sambil menunjukkan kearah gelas. Arissa memusingkan kepalanya untuk melihat apa yang aku tunjuk. Dia ketawa perlahan sebelum pusing semula ke arahku.

"Tu display lah.. aku letak buat hiasan kalau tidak kosong je atas meja kecil tu." Terang Arissa sebelum ketawa kecil. Aku mencebik sambil mata menjulingkan ke atas. Ni kalau pelanggan ingat gelas kecemasan macam mana?

"Dah lah cepatlah rasa pastu komen"

"Iya sabarlah" Dengan lafas bismillah aku pun mengigit tart itu. Aku menepuk tangan tanda suka. Yummm sedaplah! Powerlah Arissa menjadi gilaa! Cuma bagi aku pahit sikit.

"Weh kau ada letak dark chocolate eh?" Tanya aku. Dia hanya mengangguk sebelum mengangkat sebelah bertanya.

"kenapa tak sedap ke?" Jelas kedengaran gelabah

"Tak ada cuma pahit sikit mungkin disebabkan dark chocolate tu kot tapi bagi aku lah.. cita rasa orang kan lain-lain" Jelasku supaya Arissa tidak terasa. Aku melihat Arissa membuka telefonnya. Nampak ralit. Tiba-tiba Arissa menepuk dahi sendiri.

"Woi kau dah kenapa?" Kataku. Siapa je tak pelik bila kawan sendiri berbuat begitu.

"Patutlah Atul... aku tersalah tengok resepi yang ibu aku ajar. Sepatutnya 150gram je serbuk dark chocolate tapi aku tersalah letak 200gram heheheh. Patutlah kau rasa lain." Jawabnya kesal. Mungkin sedih kot, beria nak aku rasa tapi tersalah tengok resepi.

"Takpe asalkan kau dah cuba yang terbaikkan." Pujuk aku. Kesian kawan aku sorang ni haihhh.

"Nanti aku buat balik untuk kau okay" Aku senyum saja bila mendengar.

Aku hanya melihat Arissa berjalan kesana kesini melayan pelanggan. Aku menyimpan telefon dalam beg dan mendekatinya.

"Arissa.. aku nak pergi kat Dior dulu tau pastu aku datang sini balik" kataku. Aku nak beli perfume sebab dah nak habis. Sebenarnya lebih kepada tidak maha mengacau. Nampak macam busy je.

"oh kalau macam tu pergilah. Dah habis beli datang balik sini tau."pesan Arissa.

"Okay"

Aku berjalan masuk ke pintu Dior

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku berjalan masuk ke pintu Dior. Disapa baik oleh mereka punya pekerja. Aku pergi penjuru
yang bertempatkan perfume. Aku memilih yang mana wangi dan tanpa fikir dua kali terus membayar. Pekerjanya pun pelik sekejap je terus bayar. Heheheh biasalah aku kan beza dari orang. Manusia lain mungkin satu jam memilih tapi aku?

Selepas bayar aku pun keluar dan berjalan untuk pergi ke kedai kek Arissa. Dalam perjalanan telefonku berbunyi. Aku melihat di skrin. Abi? Ada apa call aku. Aku meleret ikon hijau sebelum diletakkan di tepi telinga.

"Assalamualaikum atul. Atul kat mana!?" Jelas suara Abi gelisah. Aku sudah berkerut dahi.

"Atul dekat mall lagi ni. Kenapa Abi?" balasku.

"Atul datang hospital sekarang Umi pengsan tadi kat dapur" beritahu Abi. Terbeliak mataku mendengarnya. Ya Allah!

"Atul pergi hospital sekarang juga. Tunggu Atul tau. Assalamualaikum" aku terus menutup telefon dan berlari kecil ke pintu lift. Arhh takde masa nak naik eskalator bagai.

Aku mendekati lift itu tapi malang pintu lift sudah tertutup. Arhhh tengok skrin atas floor satu! Alamak memang lambat lah jawabnya. Tiba-tiba seperti seorang memanggilku. Terus aku pusing ke kiri. Nampak satu kumpulan lelaki yang memakai sut hitam. Nak kemana hitam-hitam, kubur ke?

"You look in a hurry. Why not come in with us" kata salah seorang daripadanya. Aku yang mendengar senyum nipis sebelum menggeleng.

Memang tak lah nak naik dengan lelaki. Ramai pulak tu, Takut aku. Aku terpandang salah seorang daripadanya. Cuma dia je lain sikit pemakaiannya. Nampak seperti ketua.Eh jap, tu bukan mamat yang aku terlanggar tu ke. Jelas dia tidak memandangku. Dia dah lupa aku ke? Ish kau ni memang lah dia lupa jumpa pun sekali je. Entah-entah waktu tu dia tak sedar. Elok aku memikir ada satu tangan melambaiku bagai ingin memusnahkan aku dari mengelamun.

"Sorry, takpe saya boleh tunggu lift ni." Jawabku. Malu pula aku.

"Come on hermoso. Kami bukan orang jahat." Aku mendengar lelaki bersut hitam itu berkata. Dan ya. Itu lelaki yang aku langgar. Dia hanya memandangku. Aku melepas keluhan kecil sebelum mengangguk. Lagipun nak menunggu lift tadi lambat pulak. Dia mengerakkan tangannya ke kiri bagai memberi laluan kepadaku. Aku pun memasukinya.

Sumpah awkward gila!. Bayangkan kau sorang je perempuan yang lain semua lelaki. Rasa dia lain macam weh. Berapa minit kemudian terbuka lah pintu lift. Aku berjalan keluar. Tiga empat langkah aku memusingkan badan ke lelaki itu.

"Terima kasih sebab tumpangkan saya untuk naik sekali. I hope I see you again. Saya nak balas jasa encik. Assalamualaikum" kataku ikhlas. Dia ketawa kecil sebelum mengangguk. Mereka berjalan melepasiku tapi tidak bagi ketuanya. Dia berhenti sebelum mendekatkan bibirnya di telinga

"Loco.. que significa esa palabra? Dulce" Bisik suara garau itu. Mengeras tubuhku bila dia mengucup sekilas telingaku yang berlapik tudung. Dia menjarakkan badannya sebelum senyum kepadaku. Dia meninggalkan aku dalam keadaan kaku. Kenapa aku tak marah bila dia berbuat begitu. Sepatutnya aku perlu marah.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞..

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now