𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 22

45 5 2
                                    

   AKU memandang beg tanganku yang masih berada di dalam pegangannya. Bila hendak ditarik saja terus mendapat jelingan daripadanya.

Apa yang nak ditakutkan sangat? Bukannya aku lari pun. Lagipula aku pun lapar juga dan perlu mengisi perut.

Kaki mengikuti saja pergerakannya masuk ke dalam restoran itu. Mata meliar melihat keadaan restoran tersebut. Kemas! Bau pun masih wangi.

Kami sampai di meja yang bersebelahan dengan rak yang terdapat penuh dengan karya lukisan. Bersinar melihat gambar yang penuh dengan warna.

Aku turut memadang Ash yang sudak duduk di kerusi itu. Laju punggung dilabuhkan di situ. Berhadapan dengannya.

"Awak nak makan apa?" Tanyaku. Saja mahu mula kan perbualan.

"Spageti." Aku mengangguk sahaja. Lantas ada seorang datang mendekati kami. Pekerja disitu mungkin.

"bienvenido joven maestro." (Selamat datang Tuan Muda.) Kata pekerja itu. Badan separuh ditundukkan bagai menghormati sang tuan itu.

"Tuan muda nak makan apa?" Aku tergaman sedikit. Sikit je lah yang banyak pelik.

Tuan Muda?

Maksudnya?

"Bagi aku spageti satu. Air just lemon juice." Jawab Ash.

"Kau nak apa?" Aku melihat menu yang tertera di hadapanku. Hampir jatuh bahuku melihat harga tersebut. Mak aii mahalnya.

"Tak nak lah saya dah kenyang." Tolakku. Walaupun aku lapar tetap lah menolak.

Mana tidaknya, satu harga mi kari berharga RM 27.00 gila. Mahal betul. Apa yang diletaknya di dalam mi kari tu sampai macam tu sekali. Rongak gigi nak bayarnya.

"Kau pilih sebelum aku pilihkan untuk kau." Senyuman manis tapi ada hikmah sebaliknya. Aku masih diam tidak tahu mahu pilih yang mana.

"Quratul Aisyah." Tegar suaranya berkata. Kecut perutku mendengar

"Erm...bagi saya puding buah tu boleh? Air strawberi juice." Kataku seraya mata memandang ke bawah. Pekerja itu tunduk hormat kepada Ash sebelum menghilangkan diri.

Aku memandang pekerja itu sebelum tubuhnya hilang di sebalik dinding. Terus aku melihatnya yang berhadapan denganku.

"Awak mahalnya makanan dekat sini" Beritahu ku denagn perlahan.

"Boleh rongak gigi saya kalau makan selalu."

"Ada aku suruh kau bayar ke?" Jawapan yang penuh berlagak diberi kepadaku. Eiii sabar aje lah.

"Awak belanja ke?" Soalku. Dia mengangguk.

"Tak apa lah saya boleh bayar sendiri." Aku berkata. Lupa akan pekerjaan Ash.

Mafia.

Sudah tentu duit yang dia dapat adalah haram bukan halal. Lebih baik aku guna duit aku sendiri. Tak naklah makan dari hasil duit haram.

"Kenapa pula?" Tanya Ash tegas. Aku mengeluh.

"Ash. Saya tak mahu makan dan makanan saya itu dibayar dari duit yang haram. Saya Islam dan, agama saya melarang untuk makan dari hasil haram." Dengan penuh emosi aku berkata-kata. Mahu memberitahunya yang aku tidak mahu makananku dibayar olehnya.

"Hahh? Haram- " belum sempat Ash menghabiskam ayatnya, datang pekerja tadi dengan menolak troli yang di khas kan untuk meletakkan hidangan. Terus terhenti percakapan kami.

"Ini makanannya Tuan, Puan." Sekali lagi aku pelik. Pekerja disini memang akan berkata begitu ke kepada semua orang yang datang?

Mata hanya memerhati pekerja lelaki itu menghidangkan makanan di atas meja kami. Seusai itu, pekerja itu terus meminta diri.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now