𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 25

55 3 0
                                    

SELEPAS saja kami menghabiskan makanan, Ash meminta aku untuk pulang bersamanya memandangkan aku hanya pergi menaiki grab sahaja. Pada mulanya aku tolak, tapi dia membalas tolakanku hingga aku kehilangan kata-kata.

"Kau tanggungjawab aku, princesa.,"

Dan lebih lagi lah.

Puas aku mencari alasan tapi dia lebih licik untuk membalas dan menolak alasanku itu. Kesudahannya aku akur dengan arahannya.

Dasar!!

Pandanganku dihala ke arah luar tingkap kereta. Banyak banggunan-bangunan yang berdiri megah terlihat. Kereta di jalan raya juga tidak kurang banyaknya sehingga jalan raya menjadi sesak. Aku diam untuk seketika sebelum berpaling ke arahnya yang sedang kusyuk memandu kereta. Tangan naik bermain dengan baju sendiri. Tidak tahu mahu buat apa?

Ragu-ragu aku ingin mengatakan apa yang bermain di fikiranku tika ini.

Cakap ajelah Quratul!

"Ash."

"Aisyah."

Zzup...

Kedua-duanya berbicara membuatkan aku terkedu seketika. Pandangan yang tadi hanya memandangnya kini beralih ke hadapan.

Malu!! Entah mengapa tetapi perasaan itu muncul.

"Aw- awak cakap lah dulu." Ujarku seraya mahu menghilangkan rasa malu di hati. Kelihatan Ash mengetuk stereng keretanya perlahan. Aku masih setia menunggunya berkata.

"Kau tunggu sebentar nanti ada perkara yang aku kena ambil." Aku angguk akur. Takkan aku mahu duduk di dalam keretanya hingga dia datang balik. Mahu peluh bermandi aku. Lainlah kalau dia tidak mahu mematikan kereta. Lagipula aku pun mahu melihat rupa syarikatnya bagaimana.

"Saya boleh duduk kat mana?"

"Kau duduk di guest aku, faham?"

Sekali lagi aku angguk akur sebelum kembali menghalakan pandangan ke luar tingkap.

KAKI melangkah mengikuti pergerakannya di berada di hadapanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KAKI melangkah mengikuti pergerakannya di berada di hadapanku. Berlari anak kakiku apabila pergerakannya lebih laju berbanding pada mulanya. Ishh tahu lah kakinya itu panjang! Sempat mata meliar pada ruang sekeliling. Aku seakan tergaman melihat ruang syarikatnya. Pasti mahal mahu membinanya.

Gah dan mewah!

Spontan kaki terhenti daripada berjalan apabila orang di depanku berhenti. Fuhh! Nasib sempat lakukan brek kecemasan. Jika tidak sia-sia saja aku mencium tubuh belakang Ash yang yang ditutupi baju kemeja itu. Aku menggeleng kecil sebelum mengintai apa yang berada di hadapan Ash.

"Quratul." Aku angkat kepala menghadapnya.

"Ye?"

"Kau tunggu dekat sini. Aku nak ambil barang dekat office aku. Kalau nak sesuatu minta pada pekerja aku. Dan jangan sesekali naik ke tingkat aku, faham?! " Ash memberikan pesanan dan aku dapat merasa ada terselit satu perkara yang ngeri. Aku berasa takut akan mendengar katanya itu.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now