𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 24

39 2 0
                                    

    AKU berjalan mendekati Ash yabg duduk di kerusi restoran sambil bermain telefon. Entah mengapa setelah dapat panggilan darinya menyuruh aku datang ke restoran yang kami pernah pergi, aku berasa pelik.

Ada perkara yang tidak selesaikah?

Aku dengan pantas mengambil kedudukan di hadapannya. sejurus itu, dia mengangkat kepala dari melihat telefonnya dan terus tunak mata kami bersatu.

"Assalamualaikum,"

"hmm." Aku sudah agak pun. Takkan lah dia mahu menjawab salamku tersebut. Lagipula aku tidak rasa dia menghafal perkara yang begitu. Sudah pasti baginya tidak penting.

"Ada apa ya awak nak jumpa saya?" Soalku. Jauh dari sedut hati, aku merasa pelik juga. Sudahlah berjumpa di tempat yang sama.

"Aku nak belanja kau makan," mendengar jawapan daripadanya membuatkan dahiku berkerut dan ternganga kecil.

Dia sudah lupakah apa yang aku katakan ketika itu?

"Ash, saya dah beritahu awak kan yang saya tak mahu makan daripada hasil duit haram." Jelasku.

"Aku tahu,"

"Habis itu? Awak masih nak belanja saya guna duit haram?" Keliru aku dibuatnya.

"Aku ada duit halal lah.."

Terus berubah raut mukaku mendengarkan bait katanya tersebut. Entah mengapa aku masih lagi tidak percaya apa yang dikatakan oleh lelaki ini. Bukankah pekerjaannya seorang mafia?

"Maaf. Tapi saya tak percaya." Ujarku.

"Kenapa pula?" Aku memandang jejaka kacak itu. Jelas sekali dia kelihatan kebingungan.

"Bukan ke kerja awak mafia? Dari mana boleh dapat duit halal?" Selambaku.

"Quratul, aku bukan kerja sebagai mafia saja. Aku ada syarikat sendiri dan aku boleh jamin sumber pendapatan dari situ halal." Aku terbungkam mendengarkan itu. Ada syarikat sendiri? Kalau begitu mengapa Ash tidak pernah beritahu aku tentang itu?

"Boleh percaya ke? Kalau macam tu saya mahukan bukti." Ash mengeluh kecil sebelum aku melihat dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluar hitamnya. Dompet.

Ash kelihatan segera mengambil satu kad dan dihulurkan kepadaku. Aku sekadar menyambut huluran tersebut. Dan benar itu adalah kad perniagaannya. Lambat-lambat aku membaca tulisan di atas kat tersebut.

"AG's Company?"

"Ye, stand for Ash Gabrielle. Sekarang sudah percaya ke princesa Quratul?"( princess Quratul ) Aku terdiam apabila mendengarkan gelaran yang diberi olehnya.

Aku sedar yang aku bukannya faham akan bahasa ibundanya tapi aku dapat mengetahui maksudnya kerana sebutannya yang hampir sama.

"Iyalah,"

"Jadi kau mahukan makan dengan aku?" Soalnya. Aku diam sejenak untuk seketika sebelum perlahan mengangguk.

     PELAYAN itu mendekati kami dengan membawa dulang yang dipenuhi makanan yang aku dan Ash pesan tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

     PELAYAN itu mendekati kami dengan membawa dulang yang dipenuhi makanan yang aku dan Ash pesan tadi. Aku hanya memilih mee kari sebagai makanan untuk kenyangkan perut manakala Ash memilih pasta.

Dengan pantas hidangan tersebut berada di atas meja kami kini. Pelayan itu menunduk sebelum menjauhi kami dan menyambung kerjanya.

Aku sudah terliur melihat makanan yang kelihatan enak dan menyelerakan.

"Invitada a comer princesa," ( Jemput makan, puteri ) Aku berkelip memandangnya sebelum aku dapat melihat senyuman yang terlakar di bibirnya.

Bukan manis tapi sinis.

Aku mengangkat bahu lalu segera mengambil garfu dan sudu sebelum aku mulakan menikmati makananku. Ya Tuhan.. Sungguh sedap. Padanlah harganya mahal jika rasanya begini. berbaloi!

"Quratul.."

Aku mengangkat kepala apabila suara Ash menyapa kedengaranku. Pantas garfu dilepaskan dari genggaman.

"Asal kau taksub sangat eh dengan agama kau tu? Apa nama agama kau? Aslam? Eslam?" Aku terkedu dengan soalannya tapi hujungnya aku lepaskan tawa kecil apabila mendengar sebutannya.

"Islam Ash."

"Hah, Islam. Asal eh?" Pantas aku mencarik senyuman nipis.

"Ash. Islam adalah agama yang pertama saya kenal, belajar dan percaya. Bagi orang Islam, saya harus percaya yang Allah SWT itu wujud. Rasulullah SAW itu pesuruhNya. Saya harus pelajari tentang agama saya... tentang bagaimana manusia diciptakan, setiap alam dan soal neraka dan syurga dan saya juga perlu percaya yang Allah SWT yang maha menguasai seluruh alam dan maha berkuasa. Apa yang berlaku saya kena percaya itu pasti ketentuanNya." Panjang aku jelaskan agama Islam. Jauh disudutku aku tahu dia masih keliru akan perjelasanku. Lihat saja pada raut wajahnya yang tampak jelas kebingungan itu.

Dia masih lagi diam.

"Saya tahu, awak tak faham kan?" Dia mengangguk bagi menjawab soalanku. Aku mengukir senyuman kecil untuk seketika.

"Macam ini lah, kenapa garfu ni tak boleh ambil kuah ini?" Aku menyoal beserta gaya. Mujur saja aku memesan mee kari, jadi ada lah contohnya.

"Kau buat lawak ke? Memanglah itu garfu bukan sudu." Bibirku menarik senyuman nipis.

"Maksudnya garfu memang tak boleh jadi sudu kan? Begitu jugalah bagi saya. Sehebat mana pun kekuasaan di dunia ni takkan mampu tandingi kehebatan Allah SWT."

"Kau percaya sangatlah benda karut itu. Kalau betul Alah (Allah) itu maha berkuasa macam mana dengan tuhan aku? Semua itu tipu ke?"

"Semua itu kepercayaan masing-masing. Saya tak boleh halang awak. Saya mungkin boleh beritahu awak tentang agama saya tapi saya mungkin tak mampu ambil awak dari tuhan awak." Aku melihatnya yang diam dan tubuhnya sedikit mengeras.

Iya aku takkan boleh ambil dia dari ajarannya. Kami berbeza. Beza yang sangat ketara dan mempunyai jurang yang besar sekali.


To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To be continue

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now