𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 10

97 13 1
                                    

Aku yang leka bermain telefon seraya makan tokoyaki itu terkejut akibat hentakan kuat di meja kedai itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Aku yang leka bermain telefon seraya makan tokoyaki itu terkejut akibat hentakan kuat di meja kedai itu. Aku mendongak dan ya. Aku dapat lihat siapa gerangan itu. Arissa Nabella. Haishhh dia Laa. Malu lah orang pandang. Kang ada yang dihumban masuk dalam tong sampah.

" Ha buatlah lagi, memang ni kedai makcik kau punya." Aku memerlinya seraya dengan mempamerkan senyuman sinis kepadanya.

Arissa tersengeh sebelum menarik kerusi hadapanku.

"Aku geram kau tahu tak! Rosak mood aku nak siap cantik-cantik. Ni semua pasal abang tesla tu. Senang-senang je nak kahwin dua. Pastu buat video 3 jam sebelum kahwin yang kedua. Eeee ni kalau aku jadi bini dia memang aku sepak dah." Bebel Arissa dengan muka masamnya itu. Haiii kau ni. Haritu pasal Am nazhan. Ni pasal abang tesla pula. Semua benda dia tau.

"Biarlah dia tu semua pilihan dia kan." Kataku sebelum meneruskan makan. Arissa yang melihat itu mengambil sudu dan makan ABC itu.

"Aku ambil sikit eh sahabat."

"Ambil lah Arissa."

Dia senyum menikmati makanan itu. Seketika dia kembali mencebik. "Memang lah tu pilihan tapi kenapa perlu kahwin dua. Nak cakap pasal zuriat, Heyhh ramai lagilah yang tak dapat. Ada orang tu 10 tahun kahwin belum tentu lagi ta--"

"Weyhh Atul dah habis lah kau punya ABC"

"Memang lah dah dari tadi kau asyik makan je."

"Ouh ye erh." Dia mengangkat sebelah tangannya ibarat memanggil pelayan disitu. Pekerja yang melihat itupun berlalu kearah kami.

"Bang saya nak ABC tiga. Special tau"

"Wehh kau nak makan banyak-banyak buat apa, bela saka ke?"

"Alaa biar lah aku sedap lah weyh."

"Cik betul nak tiga ni?"

"Yup lebihkan sikit jagung. Terima kasih" Ucap Arissa dan hadiahkan senyuman manis kepada pekerja itu. Arissa mengeluarkan telefonnya dan bermain. Suasana sunyi sebentar sebelum pekerja itu menghantar ABC yang dipesan Arissa. Bertepuk-tepuk Arissa disitu. Dia mengambil salah satu mangkuk sebelum menikmatinya.

"Ha! Abang tesla tu, kalau hensem macam Beto kusyairy tak apa lah juga ni muka pun biasa je." Aku menggaru kepala yang tidak gatal itu. Haishhh ingatkan dah habis pasal abang tesla tu rupanya tak. Nak makan pun tak senang lah dia ni.

Huwaaaa

Arissa mengambil mangkuk kedua sebelum
sambung bercerita. "Apa! Dia ingat bila dia kahwin satu lagi dapat anak lah gitu. Anak tu rezeki lah kalau Allah nak bagi DIA bagi tapi kalau belum sampai rezeki lagi tu bawa bersabarlah. Otak tu fikir lah" Panjang lebar Arissa membebel sambil makan ABC. Bukan satu tapi tiga tau termasuk aku punya. Aku hanya termenung sambil makan takoyaki.

"Sedap lah ABC ni. Nikmatnya!"

Seraya bertepuk-tepuk tangan.

"Tambah pula orang yang makan tu aku" Aku menjulingkan mata ke atas. Angkat bakul lah tu.

"Suka hati kau lah"

"Memang suka hati aku pun, kalau tak suka hati aku nak suka hati siapa?" Aku menggelengkan kepala manakala Arissa hanya sengih sahaja.

"Ermmm weyh Atul" Arissa mula buat muka serius. Dah kenapa pulak minah ni.

"Kenapa kau ni?."

"Kau tau tak ada geng mafia dekat Malaysia ni. Tak silap aku dua bulan lepas diorang datang sini." Aku mengerut dahi. Mafia? Tu bukan yang bunuh-bunuh orang ke.

"Kau tahu dari mana ni?"

"Weyhh dah heboh lah dekat sini. Kau ada telefon ke tidak hah? Cuba ambil tahu. Takpe sini aku cerita. Diorang tu taksilap aku dari Sepanyol. Sebut je perkataan mafia semua orang dah tahu yang membunuh, menembak, menyeksa tu biasa lah bagi diorang. Dan ya, Ketua dia tu sangat-sangat terpengaruh. Ada yang buat salah sikit je kena tembak tau!" Aku telan air liur perit. Gerun aku mendengarnya. Jujur aku cakap, aku benci diorang tu. Perlu ke bunuh orang semua tu.

'Kenapa diorang tu nak datang sini erk?' Arissa memandang muka aku yang blur itu mengeluh.

"Aku tahu apa yang kau cakap dalam hati jadi biar aku jawab. Ketua dia tu ada mix, Sepanyol dan Malaysia sebab tu dia boleh datang sini. Laipun aku dengar Atuk dia kot yang suruh diorang datang sini." aku mengangguk tanda mengerti. Lantak dia lah yang aku tahu aku anti dengan orang yang macam tu.

"Mafia memang kena bunuh orang ke apa?"

"Dah nama pun mafia Quratul"

"Ouh aku ada gambar. Ni" Arissa menghulurkan telefonnya kepadaku. Hampir terbeliak mataku apabila melihat gambar itu. Ash! Jadi selama ni orang yang tolong aku tu mafia ke.

Aku terdiam lama.

Ash tu mafia. Patutlah dia ada pistol.


♡︎❣︎𝒔𝒉e'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡︎❣︎𝒔𝒉e'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞..

CINTA vote laa ocey💗🤗
Selamat hari kemerdekaan Cinta🎉

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now