𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 14

49 4 1
                                    

Aku hanya diam didalam kereta itu manakala Arissa sedang seronok dalam dunia dia sendiri. Ishhh Arissa ni. Boleh pula dia dengan dunia dia sendiri. Bosan aku.

Aku bermain dengan gelangku sebelum mengalihkan pandangan kearah tingkap kereta.

"Are you bored?" Aku kembali memandang ke kananku. Dia sudah sedia memandangku. Segan aku dibuatnya.

"Sikitlah. Arissa pun macam duduk dalam dunia dia sendiri dah.." aku bersandar di kerusi sebelum memuncung kecil.

Aku melihat tangannya yang menekan radio di tengah-tengah antara kami. Tapi bukan itu yang aku fokuskan. Aku melihat ada satu lukisan yang ada di lengan lelaki itu.

Tattoo!

lukisan tattoo itu bagaikan tali yang diikat seperti nombor lapan. Kejap, kenapa aku rasa macam pernah nampak. Tattoo tu bagaikan dejavu!

Nombor lapan... nombor lapan...

"Arghh!" Tempikku apabila terasa denyutan di kepala. Ash yang melihat itu terus berhentikan keretanya di tepi jalan.

"Hey.. Are you okay?" Cemas Ash. Aku gelengkan kepala sebelum senyum nipis. Pandang belakang, terlihat Arissa hampir terlena. Tidak sedar langsung kereta ini berhenti.

"No! You're not okay! Tell me..?" Desaknya lagi.

"Tak ada pape. Saya okay. Boleh tak awak cepat sikit." Ash hanya menguman. Aku tahu dia masih tertanya tapi apa boleh buat, aku tidak boleh bagitahunya.

❣︎♡︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔♡︎❣︎

Kereta itu tiba di karangan rumahku. Dari dalam aku melihat Umi dan Abi sedang memerhati.

Aku keluar dari kereta lalu berlari ke kearah Umi. Dipeluk erat tubuh wanita tua itu.

"Umi!! Atul rindu Umi. Atul minta maaf sebab buat Umi risau."

"Dah lah Umi okaylah yang penting kamu dah selamat." Aku melepaskan pelukan dan tersenyum.

Aku mengalihkan mata kearah Abi yang hanya memerhati.

"Maaf Abi sebab buat Abi risau."

"Takpa lah Atul yang penting Atul tak ada apa-apa.

"Erm.. mana semua orang bukan Abi buat majlis ke?" Soalku.

"Dah habis Atul, lepas je solat magrib budak-budak tahfiz terus balik. Ada hal katanya." Terang Abi.

Aku tersenyum sebelum mata berarah ke Ash yang dari tadi hanya bersandar di kereta.

Dia yang sedari itu melihat aku dengan penuh tatapan yang sukar ditafsir.

Aku senyum nipis tanda ucap terima kasih. Aku dah banyak menyusahkan dia. Tapi dia tak pernah berkasar denganku.

Lama aku berkeadaan begitu sehingga bunyi azan isyak yang menyentak tubuhku. Aku pun pusing kembali kearah Umi.

"Eh Atul jom kita jemaah isyak sama-sama. Lama Umi rasa kita tak jemaah sama-sama." Umi berkata sebelum memandang Ash.

"Aaa.. Kamu Ash kan?" Ash yang mendengar itu mendekat. Kepala dianggukkan tanya ya.

"Jom kita solat, dah masuk waktu ni." Kata Abi dengan penuh senyuman. Ash terkelu. Aku pula terdiam.

Lupa pula, Umi dan Abi mana tahu yang Ash ni bukan Islam. Aku pun rasanya tak pernah cerita tentang Ash.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now