𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 23

27 3 0
                                    

    KAKI melangkah menuju ke lift yang khas untuk seorang CEO yang berada di penjuru kawasan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

    KAKI melangkah menuju ke lift yang khas untuk seorang CEO yang berada di penjuru kawasan itu. Sampai saja di tingkat atas sekali di mana terdapat sebuah penthouse yang digunakan untuknya.

Hanya menatap pada skrin lock pintu itu dengan sekelip mata pintu itu dapat dibuka.

Klik!

Masih tiada secalit senyuman pada wajahnya.

Ash berjalan sebelum melabuhkan punggung di sofa yang berada di ruang tamu elegant itu. Otak masih memikirkan persoalan tadi.

Jadi Quratul tidak mahu makan dari makanan yang haram begitu? Bisik hati Ash.

Habis itu Quratul mahu makanan yang bagaimana. Pening Ash memikirkannya. Badan disandarkan pada sofa itu seraya tangan masih elok diletakkan pada pemegang sofa itu.

Haih..

Tok! Tok!

Ketukan pintu yang berbunyi menyedarkannya lamunan Ash. Seketika.

"Masuk!" Laung Ash kuat. Sejurus itu, satu susuk tubuh yang muncul dari sebalik pintu itu.

"Ash." Panggil Nick. Gerun pula Nick melihat raut wajah Ash yang menakutkan itu. Sudah lah lama tidak bertemu. Sekali berjumpa begini pula rasanya. Tacod!!

Nick menelan air liur saat anak mata kelabu Ash menikam wajahnya. Dalam hati sudah takut.

"Ada apa kau jumpa aku?" Suara garau itu bertanya.

"Aku nak beritahu kau maklumat yang kau minta pasal Nur Quratul Aisyah." Ujar Nick laju. Sudah lama dia ingin beritahu Ash berkenaan ini tapi pasti tidak sempat.

Boleh dikatakan hampir setiap hari Nick datang ke office Ash untuk ketemu tapi hanya jawapan yang hampa diberi oleh PA Ash.

Tuan Ash tiada.

Itu saja ayat yang Nick dapat dari pekerja Ash. Nasib hari ini berpeluang.

"Apa yang kau dapat?" Soal Ash. Sudah lama dia inginkan jawapan itu.

"Nur Qaratul Aisyah binti Mohd Hakiem. Ibunya pula Lailatul binti Zahar. Anak tunggal pada pasangan itu. Berumur 23 tahun. Dijaga oleh keluarga angkatnya. Bekerja sebagai pengurus rumah kebajikan milik ayah angkatnya." Ujar Nick dengan lancar. Takut pula kalau tersalah cakap. Kang ada pak singa mengamuk.

"Lepas itu,"

"Kedua ibubapa kandungnya meninggal ketika berumur 7 tahun. Pernah menghadapi masalah depression selama 5 bulan akibat trauma." Saat mendengarkan ayat terakhir Nick, Ash terus tergaman.

Bermakna selama ini Quratul pernah mengalami depression angkara kematian ibubapanya.

"Ada lagi satu aku mahu tambah." Nick bersuara apabila merasakan aura bilik ini lain macam.

"Teruskan."

"Ibubapa Quratul meninggal disebabkan pengkhianatan daripada kawan baiknya sendiri. Apa yang aku dapat, kawan ayah quratul mahukan saham syarikat dan sanggup membunuh kawannya sendiri." Beritahu Nick lagi.

Dalam tidak sedar, Nick kesian akan Quratul. Ayahnya begitulah baik tetapi disebabkan tamak sanggup khianat kawan sendiri. Nick memandang Ash yang sudah mengetap rahang sementara tangan digenggam hingga kelihatan urat-urat lengan.

"Kau tahu siapa pembunuh ibubapa quratul?"

"Sorry bro, aku belum dapat maklumat soal itu."

"Aku nak kau cari siapa dalangnya, faham." Tegas Ash berkata membuatkan Nick laju mengangguk akur. Mahu gimana lagi, memang sudah kerjanya. Mahu tidak mahu harus cari sampai dapat.

"Ada apa-apa lagi kau nak tambah?" Nick menggeleng apabila mendengar soalan itu.

"Nevermind. Good job Nick." Nick mencarik senyuman lebar apabila dipuji Ash. Bukan senang ya mahu medapat pujian dari seorang jejaka bernama Ash ini.

"Nick,"

"Ye bro."

"Aku nak tanya satu perkara." Berkerut seribu dahi Nick. Bukan pelik Ash bertanya. Tapi pelik kerana jarang seorang Ash ingin meminta izin dulu sebelum menanyakan soalan.

"Kau nak tanya apa?"

"Duit haram itu bagaimana?" Ternganga mulut Nick apabila mendengar soalan daripada Ash. Lain macam ini. Sudah kenapa mahu menanyakan hal yang begitu.

"Bagi aku, duit yang haram itu adalah duit yang kau dapat dari hasil titik peluh kau sendiri dengan melakukan kejahatan ataupun penipuan." Ash mengerut dahi. Otaknya masih tidak mampu berfikir akan perkara itu.

"Maksud kau?"

Nick menghembuskan nafas seketika.

"Macam ini, contoh lah bila kau kerja di bengkel kereta tapi kau lakukan kecurangan di situ. Kau tabur paku di jalan supaya kenderaan orang lain rosak dan meraka datang ke bengkel kau. Itu salah lah kerana kau lakukan kecurangan dan penipuan untuk dapatkan duit. Ia sama saja seperti kau membunuh pun." Panjang lebar Nick berbicara untuk mahu Ash faham akan maksud duit haram itu.

"Habis itu, mana aku nak dapat kerja yang halal?" Sekali lagi Nick ternganga. Kawan aku ke ni?

Asal pelik sangat ini?

"Buat apa nak cari kerja yang halal kan kau dah ada company sendiri. Bukannya kau jual benda haram pun di situ." Nick menggeleng kepala. Sah-sah Ash mempunyai kerjaya sendiri selain menjadi ketua Geng C' Alderioz.

Yang kuban-kuban aje Ash ni.

"Oh jadi aku dah ada pekerjaan yang halal lah macam itu?" Ash memandang Nick yang setia menatapnya daripada tadi. Soalannya mendapat anggukan daripada Nick. Dia tersenyum sinis. Kini bermakna dia sudah ada sebab untuk makan kembali bersama Quratul.

"Itu je kan kau mahu tahu?" Soal Nick.

Ash mengangguk kepala.

"Kalau macam itu, aku pergi dulu. Bye bro," mereka menyatukan tangan sebelum memeluk setengah tubuh antara mereka.

 Bye bro," mereka menyatukan tangan sebelum memeluk setengah tubuh antara mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To be continue
Vote and komen tau.:)
Maaf sebab dah lama sangat tinggalkan Ash dan Quratul dalam ni. InshaAllah nanti saya akan berbanyakkan update. Typo hiraukan ye

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now