𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 18

53 4 3
                                    

    𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔

      "Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soalku tiba-tiba. Lepas sahaja meluahkan kisah, kami terus berjalan pulang.

Disebabkan tempat parking kereta jauh terpaksalah aku dengan Ash berjalan kaki. Ash memegang semua barang aku tadi.

Lelaki idaman?

Tengok baliklah perangainya. Baru boleh fikir masak-masak lepas masak baru makan. Lepas makan barulah buat keputusan.

Aku memandangnya dengan penuh tanda. Boleh pula membiarkan soalan aku itu. Lama juga dia membiarkan. Aku mengecilkan mata menahan rasa geram.

"Entah.." Katanya selamba. Satu perkataan yang membuakan aku monyok. Senang je jawapannya.

"Awak ikut saya ke?"

"Sebab kau cakap macam tu?" Aku mengalihkan muka untuk melihatnya. Dan ya, mukanya tersangat lah selamba.

"Iyalah, awak ni macam roh tahu tak? mana saya pergi sana, situ mesti ada awak. kenapa eh." Soalku kesal.

"Roh.." Ash ketawa kecil dihujung ayat.

"Es bueno si es asi, que asi sea Mi espiritu es tu protector."(Baguslah kalau macam tu, biar roh aku jadi pelindung kau.) Katanya dalam bahasa ibundanya. Aku mengeluh perlahan..

macam lah orang tahu maksudnya.

"Iyalah memang saya faham pun." Sinisku.

"Kau tak perlu faham pun hermosa."

"Suka hati awak lah."

Aku pasrah

Akhirnya sampai juga di tempat parkir kereta. Ash menolongku meletakkan barangku dengan berhati-hati. Baik pula dia ni.

"Terima kasih sebab tolong saya." Aku mengukir senyuman manis kepadanya.

"Hmm." Aku mengukir senyuman hambar. Rasanya sudah lali dengat perangainya.

"Oh ya.. awak memang tak kerja ke harini?" Tanyaku.

"Mungkin aku pergi markas lepasni, tengok mangsa aku." Berkerut dahiku.

Markas?

Mangsa?

Itu semua berkait dengan 'Mafia' kan.

"Mangsa?!" Aku tarik nafas sebelum hembus.

"Ash, Awak memang tak ada pekerjaan lain ke? Pekerjaan yang lebih bagus daripada membunuh orang?" soalku. Entah kenapa nak tahu juga jawapannya.

"Aisyah.. Aku dah buat kerja ni dari dulu lah takkan nak berhenti." Balasnya acuh tak acuh.

"Why not, Daripada awak terjerumus dalam dosa."

Dia hanya diam tidak terkutik. Aku memandangnya lama.

"Dahlah saya minta maaf kalau melebih. Assalamualaikum." Seusai berbicara, aku terus membuka pintu kereta dan pergi dari situ meninggalkan Ash sendirian.

Aku melihat cermin sisi kereta, dan ya dia masih berdiri di situ. Salah ke apa yang aku minta.

Aku tidak suka pekerjaan kerana Mafia membuatkan aku mengingati kejadian lalu itu. Aku anti dengan sesiapa yang berlagak nak ambil nyawa orang lain.

Disebabkan ada kuasa boleh lah buat begitu?

















Disebabkan ada kuasa boleh lah buat begitu?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


 

      "Umi kuih ni nak letak dekat mana?" Soalku dengan tangan masih memegang dulang yang terisi kuih muih itu. Untuk apa semua ni?

Untuk tetamu Umi dan Abi. Katanya ada yang perlu dibincang sesama mereka. Aku yang tidak tahu apa-apa hanya diam sahaja.

"Oh.. letak je dekat meja tu kecil tu!" Laung Umi kuat kerana jarak kami yang jauh.

Aku berjalan kearah meja kecil itu sebelum menyusun kuih itu dengan berhati-hati. Aku berpaling apabila perasan ada yang melintas di belakangku. Lah Umi rupanya..

"Kenapa Umi?" Soalku dengan senyuman hambar.

"Tak Ada apalah. Ni kamu kenapa tak bersiap?" Aku mengerut dahi. Apasal pula aku pun kena bersiap?

"Atul pun kena ada juga ke Umi? Itu kan tetamu Abi." Kataku berhati-hati.

"Iyalah keluarga kawan Abi tu nak berjumpa dengan kamu."

Aikk??

Jumpa aku?

Nak jumpa buat apa?

Aku melihat Umi yang ingin pergi itu ditahan.

"Kenapa nak jumpa Atul pula?" Soalku pelik. Entah kenapa hati merasa tidak sedap pula dengan kejutan itu. Aku sedaya-upaya membuang perasaan aneh di dalam diri. Harap-harap perkara baik lah yang terjadi.













𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞.

Padan uke Ash kena bebel
dengan Quratul.

Tapi siapa tetamu Umi ngan Abi ek??

Ty baca jangan lupa Vote and Komen tau
cinta😘😘 lebeyu.

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now