𝑨𝑮𝒙𝑸𝑨 4

103 13 1
                                    

Selepas saja makan malam, Kami berbual bersama-sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selepas saja makan malam, Kami berbual bersama-sama. Banyak jugalah topik yang dibualkan. Lagi-lagi Izz, boleh ke dia kata nak masuk meminang izati.

Izati itu merupakan pekerja disitu.

Aku tepuk dahi bila dengarkan itu. Izati pula buat muka tidak selesa. Buat malu je Izz tu.

Bonda pula menyuruh kami bermalam disitu. Seronok berbual sampai tak perasan dah pukul 10.45 malam. Memang Bonda suruh menginap dekat situ lah. Aku pun hanya menurut... takut juga nak balik rumah Umi memandangkan aku dah check out hotel pagi tadi.

Aku meminta izin untuk jalan-jalan kat pantai sekejap. Mata taknak tertutup lagi jadi nak buat macam mana kan... Sampai saja di sisir pantai aku terus berjalan kedepan supaya lebih dekat dengan air laut.

"Tenangnya.. sejuk je angin pantai malam-malam ni." Ujarku apabila angin datang menampar lembut wajahku.

Aku pun sambung berjalan sampai aku merasa dahiku terlanggar sesuatu. Aku mendongakkan kepala untuk melihat apa yang dilanggar.

Manusia..

Aku terus melihat dia dari atas bawah. Dengan hidung yang mancung, jawline yang tajam ditambah pula memakai baju tanpa lengan berwarna kelabu dan seluar separa lutut. Huishhhhhhh... Hensemnya ciptaan Tuhan..

Mataku beralih di tangannya, aku terlihat sesuatu yang berada dalam genggamannya. Arak. Ha sudah!! Rasa macam nak nangis pun ada. Macam mana kalau dia dia mabuk? Mampus aku!!

Aku undur dua langkah ke belakang motif untuk berjaga-jaga. Mata tak lepas memandangnya tapi bila dia membalas pandangan itu aku terus larikan mataku ke arah lain.

"Sorry, saya terlanggar encik. Saya tak perasan. Okaylah Saya nak cepat. Assalamualaikum." Lepas aku berkata terus aku pusing ke belakang untuk pergi. Baru saja aku berura-ura untuk pergi aku mendengar suara lelaki itu berkata

"Wait! Ass... Asslam what? Que es eso?" Kata lelaki itu. Aku yang mendengar itu terus pusing ke arahnya.

"Sorry, Are you Malaysian?" Tanyaku. Yelah langsung tak faham apa yang dia kata.

"Of course I'm Malaysian but I half Spanish hermosa" ucapnya. Aku yang mendengar itu mengangguk. Bahasa Sepanyol rupanya.

"Apa yang encik tanya tadi ye?"

"Ouh.. aku tanya apa yang kau cakap tadi ass.. assalam? Apa benda tu?" Katanya. Jatuh bahuku apabila mendengarkan itu. Aku cuba memproseskan apa yang dia kata. Okay! Wow! First time aku dapat soalan macam tu. Tapi tadi dia kata dia ni orang Malaysia takkan salam pun tak tahu?

"Assalamualaikum tu adalah permulaan percakapan kami bagi orang Islam. Jadi bila seorang tu memberikan salam orang yang mendengar tu wajib jawab salam. Contohnya macam tadi, saya beri salam jadi encik kena jawab salam saya. Encik tak tahu ke?" Kataku panjang lebar. Aku senyum memandangnya sebelum satu suara datang ke arah kami.

"Ash!!! Ash!!!" Jeritan itu semakin dekat sampai aku dapat melihat bayangan itu.

Lelaki.

Aku pun pusing ke belakang pergi meninggalkan mereka. Dapat aku mendengar lelaki yang bernama Ash itu memanggil aku tapi aku tidak menghiraukannya.

Sampai saja di hadapan pintu aku mengetuk pintu itu. Tiga kali jugalah baru terbuka. Aku melihat sosok itu tersenyum. Bonda. Aku memberi salam sebelum menhulurkan tangan untuk menyalamnya.

"Kamu pergi mana Quratul. Dah pukul 11.00 malam ni. Kamu ni buat takut Bonda je tau." Marahnya. Aku hanya sengih saja. Bonda menarik tanganku masuk ke dalam rimah dan mengunci pintu. Aku pun duduk di atas sofa sebelum menarik nafas penat!

"Tau tak Bonda risau. Nak gerak Ad dan Izz diorang tidur malas nak ganggu. Kamu bergi mana ni sayang" ujarnya.

"Quratul pergi jalan kat panrai je tadi Bonda. Tak tahu pula Bonda cari. Maaf!" Kataku. Rasa bersalah mula menguasai. Tak boleh tidur sebabkan aku.

"Takpelah Bonda maafkan. Ni Quratul pergilah tidur esok pagi dah nak balik kan. Nanti lewat pula sampai sana" Kata Bonda. Aku mengangguk sebelum menberi salam dan bangun berlalu ke bilik.

Masuk saja bilik nampak yang Arissa dah tidur terkangkang di atas katil. Aku ketawa kecil sebelum pergi ke sana. Aku baringkan tubuhku di atas katil. Nasib katil ni besar jadi ada juga lah ruang untuk aku. Kalau tak memang tidur atas sofa lah jawabnya.

Tiba-tiba aku terfikir tentang lelaki tadi. Anggapan aku mungkin dia bukan Islam sebab tu boleh minum. Kenapa macam pernah nampak eh? Tapi kat mana? Dengan siapa? Arghhhh! Boleh pening aku memikirkannya.

Lantak lah! Baik aku tidur. Aku membaca doa tidur dan ayat kursi sebelum menutup mata. Lama-kelamaan aku pun terlena.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

♡︎❣︎𝑺𝒉𝒆'𝒔 𝑨𝒔𝒉'𝒔❣︎♡︎
𝐓𝐨 𝐛𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞..

Saya cuma nak sampai 30 votes je🤗

𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐬𝐡'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now