BAB 2-BOLA SEPAK

420 58 96
                                    

Dalam ketenangan di tengah hutan, Cikgu Wan bersantai membaca surat khabar New York Times yang dibeli dari New York, Amerika Syarikat.

"Itu dia," bisik Zulhilmi memegang bola sepak yang diubahsuai dengan melekat peluru khas ke atas bola itu.

"Okey, semoga berjaya!" ucap Iskandar.

Bola sepak diletakkan di atas tanah.

"10 juta milik aku!" kata Zulhilmi bersemangat sebelum menyepak bola.

Sejurus sahaja menyepak bola. Dua kawan itu melihat Cikgu Wan tiada. Masing-masing terpegun.

"Selamat pagi!" ucap Cikgu Wan muncul di belakang mereka.

Mereka menoleh ke belakang. "Eh?"

"Hmm... Bola yang menarik, Zulhilmi. Yang tak menariknya, sepakan kamu terlalu lambat untuk membunuh cikgu. Lagipun, gaya sepakan kamu tu tak kena. Kamu kena berlatih lagi sepakan tu," pesan Cikgu Wan.

Loceng berbunyi.

"Jom ke kelas. Saya tak nak anak murid cikgu lambat masuk kelas," pinta Cikgu Wan.

⭐⭐⭐

Mereka belajar dengan tekun sekali. Subjek matematik, musuh utama dalam kalangan pelajar kelas itu. Cheng yang duduk di belakang Zulhilmi, menconteng buku.

Bang! Satu tembakan dibuat oleh Zafina Shahirah.

Peluru berjaya disambut dengan kain oleh Cikgu Wan. Bulu Cikgu Wan bertukar corak ke oren cerah seperti singa, tanda marah.

"Kan saya dah bagitau, jangan bunuh waktu sesi pembelajaran. Sebagai hukuman, kamu berdiri di belakang kelas," marah Cikgu Wan, geram.

"Yela... Yela..." Zafina Shahira melangkah ke belakang kelas.

Farah Yasmine menoleh ke arah Zulhilmi yang duduk di belakang Iskandar. Dia memandang Iskandar.

"Iskandar, kenapa dengan Helmi tu?" bisik Farah Yasmine.

"Dia gagal bunuh cikgu pagi tadi. Itu yang dia murung," balas Iskandar.

"Oh."

Tiba-tiba, Cikgu Wan bergerak ke arah Zulhilmi dengan pantas buatkan mereka terkejut. Dia kembali ke depan kelas.

"Cheng," ujar Cikgu Wan berwajah singa.

Cheng terkejut, melihat bukunya hilang.

"Kamu sedar tak apa kau buat?" soal Cikgu Wan.

Buku yang diconteng, ditunjukkan. Lukisan singa terpapar pada kertas.

"Rupa cikgu bukan macam ni," tegur Cikgu Wan, lembut.

Loceng kelas berbunyi menandakan waktu rehat.

"Okey, sampai sini saja untuk hari ni. Cikgu nak pergi UK, nak tengok Manchester United lawan Liverpool. Adios," ucap Cikgu Wan lantas terbang pergi.

Kelas 5F memang tiada kantin. Mereka hanya makan di dalam kelas sahaja.

"Wah, nasi goreng ayam masak merah kuah kicap! Ermm..." Farah Yasmine terasa selera melihat bekalan yang dibawa Iskandar.

"Kau bawa apa?" tanya Iskandar.

"Saya bawa mihun ala Thai, my favourite."

Iskandar menoleh ke belakang, melihat tempat duduk Zulhilmi kosong. "Mana Hilmi?"

⭐⭐⭐

Zulhilmi tiada selera untuk makan hidangan tengah hari bekalan dari rumah. Dia mengeluh kecil sambil melihat laman belakang. Cikgu Wan muncul tiba-tiba dengan pemakaian jersi Manchester United.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now