BAB 13-BAKAT

169 37 42
                                    

Pelajar 5F berlatih bermain pisau dengan lebih serius. Danial Nabil menganalisis pelajar-pelajarnya. Ilman Faiz dan Immanuel mempunyai refleks mengagumkan apabila bekerjasama. Alif Najmi walaupun gayanya macam pemalas, serangannya tangkas apatah lagi sikap psikonya yang cetuskan huru-hara. Puteri Atikah mempunyai pergerakan sukar diramal sebab dilahirkan sebagai gimnastik. Siti Zulaikha anggap lelaki macam musuh buatkan serangannya macam lelaki.

Tiba-tiba, satu aura mendekati Danial Nabil dari belakang, membuatkan lelaki sasa itu kurang senang. Lelaki itu serta-merta membalas serangan dari belakang.

Dbokk!!! Satu tumbukan kuat berjaya menjatuhkan Iskandar.

"Aduh!" keluh Iskandar.

"Iskandar, kamu tak apa-apa ke?" kata Danial Nabil mendekati anak muridnya.

"Tak apa. Saya okey," balas Iskandar tersengih.

Iskandar... entahlah, rasa macam ada aura menggerunkan dekat diri dia. Dia macam boleh buat sesuatu perkara di luar jangkaan, desis hati Danial Nabil.

Loceng sekolah berbunyi, menandakan waktu pertukaran kelas.

"Baiklah, sampai sini saja kelas kita hari ni," kata Danial Nabil.

"Baik," balas pelajar itu.

Danial Nabil berjalan pergi dari situ. Amira mengiringi lelaki itu.

"Cikgu Danial, kita makan sekali waktu rehat boleh tak?" pelawa Amira dengan senyuman ceria.

"Cikgu hargai ajakan, tapi cikgu ada kerja. Lain kalilah ya," balas Danial Nabil, ramah.

"Baik." Amira berhenti melangkah, melihat gurunya pergi.

Danial Nabil bertembung dengan lelaki berbadan besar. Mata mereka saling beradu.

"Hai, Nabil. Lama tak jumpa!" sapa lelaki itu.

Pelajar 5F melihat lelaki itu muncul.

"Siapa tu?"

"Cikgu baru kita lagi ke?"

Danial Nabil dan lelaki yang dikenalinya masih tercegat di situ.

"Aryan, buat apa datang sini?" soal Danial Nabil, dingin.

"Jadi cikgu PJ kelas ni mulai esok. Macam mana? Teruja tak kawan lama kerja sini?" kata Aryan, lelaki itu tersenyum.

Danial Nabil dingin sahaja. Bahunya ditepuk.

"Hei, Nabil. Perangai kau tak pernah nak berubah kan?" kata Aryan menyindir.

"Apa-apalah," balas Danial Nabil. "Kita tunggu esok."

Ada sesuatu yang tak kena, desis hati Danial Nabil.

⭐⭐⭐

Keesokannya, para pelajar berkumpul di padang bersama guru baharu mereka, Aryan.

"Jadi, Cikgu Aryan pernah berkerja dengan Cikgu Danial la sebelum ni," kata Ilman Faiz.

"Ya, kami satu pasukan waktu dulu," balas Aryan mengukirkan senyuman.

Sementara mereka bertaaruf, Danial Nabil menghadap komputer ribanya. Niratcha terasa kurang senang.

"Awak pasti ke pasal ni? Saya rasa tak senang dengan dia. Lagipun, Alif ponteng kelas... sekali lagi," kata Niratcha tidak sedap hati.

"Jangan risau. Semua akan baik," kata Danial Nabil cuba tenangkan Niratcha.

Dalam asyik membelek setiap gambar kenangannya bersama Aryan pada komputer riba, Danial Nabil melihat satu gambar mengerikan di mana anak buah Aryan diseksa. Dia sudah kerisauan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now