MUSIM 2: BAB 24-GRADUASI

134 26 16
                                    

Farah Yasmine terpinga-pinga dengan keadaan sekarang. Dia melihat pakaiannya terkoyak kesan tikaman tadi. Segera dia menutup dadanya.

"Apa ni?" Farah Yasmine memerah muka.

Pelajar lelaki terus mengalihkan pandanga kecuali Hanif, yang memggatal. Siti Zulaikha memusingkan kepala Hanif ke tepi.

"Kau jangan nak menggatal," kata Siti Zulaikha, tegas.

Immanuel mendekati gadis itu lalu meletakkan jaketnya menutupi tubuh Farah Yasmine. "Nah."

"Terima kasih. Achoo!" Farah Yasmine terbersin dek suhu yang semakin sejuk.

"Mana Cikgu Wan?" soal Farah Yasmine tercari-cari.

Mereka memandang susuk tubuh harimau itu. Cikgu Wan rebah terkulai ke tanah. Dia lemah untuk bangun lagi.

"Cikgu Wan!" Mereka terkejut.

"Anak muridku, pembunuh takkan biarkan sasarannya terlepas.

Mereka memahami kata-kata. Sudah tiba masanya. Namun, apakah mereka sanggup?

"Kawan-kawan, kita buat undian," kata Ilman Faiz kepada rakan sekelasnya.

"Siapa tak nak bunuh Cikgu Wan?"

Pantas, mereka yang lain mengangkat tangan tanpa banyak kata.

"Okey, turunkan tangan."

Mereka menurunkan tangan masing-masing. Ilman Faiz memandang setiap wajah.

"Siapa nak bunuh Cikgu Wan?"

Gentar. Takut. Kecewa. Itulah mereka rasakan. Iskandar perlahan-lahan mengangkat tangannya dengan perasaan bercampur baur. Begitu juga Alif Najmi dan Farah Yasmine. Mereka yang lain turut mengangkat tangan dengan wajah muram sekali.

"Okey, turunkan tangan," ujar Ilman Faiz.

Maka, mereka semua memegang setiap anggota badan Cikgu Wan seperti yang tertulis dalam nota.

Kelemahan Cikgu Wan #33
Boleh ditangkap jika semua orang memegangnya

"Cikgu Wan tak boleh gerak, kan?" soal Zafina Shahirah memegang bahu kanan Cikgu Wan.

"Sebenarnya, boleh... sebab kamu pegang tak seberapa kuat," balas Cikgu Wan tidak hilang senyuman.

Tergesa-gesa mereka yang lain memegang lebih kuat walaupun terpaksa dan tidak sanggup.

"Ermm... siapa nak tikam Cikgu Wan?" tanya Siti Sarah memandang mereka yang lain.

Mereka memandang sesama sendiri. Tiada sesiapa pun mahu membunuh insan tersayang itu. Seperti Farah Yasmine pernah berkata, 'makhluk yang buat macam tu memang tak ada jiwa.'

"Biar aku buat," celah satu suara.

Mereka memandang suara itu. Iskandar berjalan ke mendekati mereka sambil memegang pisau getah anti-Cikgu.

"Kitorang tak ada bantahan," kata Zulfadlie, tersengih.

"Kau kan ketua kelas kami," kata Alif Najmi menyokong.

Maka, Iskandar bergerak mendekati Cikgu Wan yang berbaring lemah. Dia duduk di atas perut harimau itu. Dia menyelak tali leher gurunya untuk menikam jantung, tetapi ditegur Cikgu Wan.

"Tikam sahaja dengan tali leher sekali. Cikgu dah buat lubang padanya," tegur Cikgu Wan.

Iskandar hanya tersenyum paksa. Cikgu Wan mengeluh dengan senyumannya.

"Sebelum kamu nak bunuh cikgu, cikgu nak ajak dua cikgu kamu," kata Cikgu Wan.

Cikgu Wan memandang Danial Nabil dan Niratcha yang berdiri jauh dari mereka.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now