MUSIM 2: BAB 5-KEPIMPINAN

145 30 14
                                    


Sebuah warung disinggahi. Ilman Faiz bekerja sampingan di situ.

"Dia kerja part time dekat sini je la," kata Siti Zulaikha memerhati Ilman Faiz menghantar hidangan.

"Sebab tu, aku selalu lepak sini lepas sekolah," kata Immanuel, dingin.

"Mesra juga Ilman semasa kerja. Tak ubah macam dalam kelas," puji Iskandar.

"Dah dia presiden kelas kita, kan?" kata Hanif yang duduk di sebelah Siti Zulaikha.

Ilman Faiz tiba dengan minuman yang dipesan. "Nah, minumannya."

Minuman diletakkan satu per satu.

"Kau dah lama kerja dekat sini?" tanya Hanif berwajah kosong.

"Baru je. Okey, aku ada kerja lain ni," balas Ilman Faiz lalu beredar.

Mereka yang lain hanya memerhati kawan sekelas bekerja.

"Lelaki misali," puji Siti Zulaikha.

"Alaa... Kau tengoklah dia nanti. Dia boleh bawa banyak pinggan," kata Immanuel menyilang tangannya di paras dada.

Seperti dijangka, Ilman Faiz membawa empat pinggan dengan tangannya. Dua di tapak tangan manakala dua lagi di lengan. Mereka yang lain melihat terkejut.

"Apakah?" Siti Zulaikha terpegun.

Ilman Faiz mendekati kawannya lalu meletakkan makanan yang dipesan mereka berempat.

"Wah, hebat!" kata Iskandar memuji.

"Eh, mana adalah," balas Ilman Faiz, segan lalu kembali pergi.

Dagu Siti Zulaikha ditongkat dengan tangan. Matanya tertumpu pada lelaki itu. Keluhan dilepaskan.

"Lelaki misali," puji Siti Zulaikha.

"Dia cakap dengan pelanggan pun tak kasar," kata Iskandar melihat Ilman beramah dengan pelanggan lain.

"Lelaki misali." Mata Siti Zulaikha bersinar-sinar.

"Apa susah? Ilman pandai bajet," kata Immanuel lalu menghirup minumannya.

"Lelaki misali!"

"Ingat tak waktu karnival Jom Heboh tu? Dia dapat tangkap ikan banyak."

"Lelaki misali!"

"Oh, ya! Dia selalu guna tisu muka bila tandas sekolah tak ada air dan tisu."

"Lelaki misali!"

"Tapi guna tisu makan semasa guna tandas," celah Hanif.

Siti Zulaikha menjeling maut ke arah Hanif. "Menjijikkan!"

Immanuel melihat Ilman Faiz bergurau dengan pelanggan yang lebih tua. "Dekat sini, dia boleh gurau dengan orang tua."

Wajah Siti Zulaikha kembali bersinar. "Lelaki misali!"

"Aku pula dipergunakan oleh orang tua," kata Iskandar menunduk.

"Siapa kisah?"

"Ilman pernah dapat surat layang dari seseorang," kata Immanuel lagi.

"Lelaki misali!" puji Siti Zulaikha, kagum.

"Aku pun dapat surat layang dari seseorang, tapi perempuan yang hantar surat tu. Aku pun tak layan," tambah Siti Zulaikha.

"Cinta terabai..." celah Hanif, selamba.

"Diamlah kau!" marah Siti Zulaikha kepada Hanif.

"Cikgu pun pernah dapat surat layang. Tapi tu cerita lama," celah Cikgu Wan yang minum di meja sebelah. Entah bila muncul.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now