MUSIM 2: BAB 20-KEKASIH

127 27 18
                                    

Bulan Februari menggantikan Januari. Hanya tinggal sebulan sebelum keputusan SPM keluar dan masa membunuh Cikgu Wan.

"Haih... sekejap masa berlalu. Tinggal sebulan saja lagi," kata Zulhilmi.

"Itulah. Lepas ni, semua orang ambil hala tuju masing-masing," kata Ilman Faiz.

"Ya, semua orang akan ada jalan tersendiri," kata Immanuel berjalan di sisi Ilman Faiz.

Iskandar hanya berdiam sahaja. Dia belum fikirkan hala tujunya lagi. Lama dia renungkan hal itu.

"Iskandar!" kata Huda Inani melihat Iskandar termenung jauh.

Iskandar sedar dari renungan itu. Dia segara berpaling muka ke arah kanak-kanak itu. "Dah siap kerja sekolah dah ke?"

"Dah lama siap. Apa yang Iskandar termenung tu? Jauh termenung," kata Huda Inani, hairan.

"Eh, tak ada apalah. Cuma kena fikir kerjaya yang Iskandar akan pilih nanti," kata Iskandar dengan keluhan kecil.

"Kerjaya apa pula? Kan bagus kalau Iskandar jadi cikgu. Manalah tahu kita boleh jumpa dalam sekolah menengah. Bolehlah Iskandar jadi boyfriend saya masa tu. Hehehe..." usik Huda Inani.

Walaupun dalam gurauan, Iskandar mendapat ilham untuk memilih kerjaya. Dengan bakat yang dia ada, dia mampu menjadi guru.

***

Akhirnya, Iskandar menemui Cikgu Wan.

"Cikgu Wan, saya rasa... nak jadi cikgu suatu hari nanti," kata Iskandar, yakin.

Cikgu Wan memandang anak muridnya itu. "Wah, baguslah macam tu. Cikgu sokong pendapat kamu sekarang ni. Teruskan ya," pesan Cikgu Wan kepada Iskandar.

Iskandar membalas senyuman. "Terima kasih."

Remaja itu berjalan keluar dari bilik guru lalu berjalan ke kelas. Sunyi sahaja kelas itu. Hanif muncul tidak lama kemudian.

"Kau nampak coklat aku, tak?" soal Hanif kepada Iskandar.

"Aku tak nampak coklat pun," jawab Iskandar, jujur.

Hanif mengeluh kesal lalu beredar. "Mana coklat aku ni? Dah la awek tu bagi kat aku."

Iskandar melangkah ke tempat duduknya. Kelihatan Farah Yasmine terasa kurang senang.

"Yasmine, kau okey, tak?" kata Iskandar.

"Eh, ermm... saya okey je," balas Farah Yasmine membalas senyuman.

"Oh, baguslah kalau macam tu."

Farah Yasmine bangun dari tempat duduk dengan wajah tertunduk.

"Nak ke mana?" kata Iskandar, hairan.

"Nak ke tandas," balas Farah Yasmine lalu beredar dengan segera.

"Oh, okey."

Iskandar baru terfikir sesuatu. "Bangunan ni ada tandas ke?"

Di belakang kelas, Farah Yasmine mengeluarkan sesuatu dari dalam bajunya. Sekotak coklat yang mahu diberikan kepada si dia.

"Hmm... apa yang kita ada di sini?" celah Alif Najmi di belakang gadis itu.

"Ada coklat untuk seseorang tersayang ke?" kata Zafina Shahirah turut mengusik.

"Eh, mana ada!" balas Farah Yasmine terperanjat dengan kewujudan mereka berdua.

"Jadi, boleh terangkan pasal ni," kata Zafina Shahirah menunjukkan video yang dirakamnya tempoh hari.

Farah Yasmine menonton video 30 saat di mana Iskandar menciumnya tempoh hari. "Apakah?"

Kelas DSBWhere stories live. Discover now