BAB 11-PERTUKARAN PELAJAR 2

196 36 25
                                    

Cikgu Wan muncul di dalam kelas dalam keadaan gemuk. Para pelajar terasa pelik dengan gurunya.

"Err... Cikgu makan apa tadi?" soal Ilman Faiz.

"Bukan gemuk sebab makan. Cikgu cuma tak boleh kena air," terang Cikgu Wan

Kelamahan Cikgu Wan #14
Terdedah kepada kelembapan

"Cikgu, dengar kata, ada pelajar baru," kata Amira.

"Siapa dia?" soal Puteri Atikah.

"Cikgu tak seberapa tahu sangat," kata Cikgu Wan mengurut lehernya.

"Saya tahu," celah Ruby.

Semua pelajar memandang Ruby.

"Eh, tapi siapa?" kata Silvaprea yang duduk di depan Ruby.

"Khairil Ihsan Azmi namanya. Dia kalau diikutkan join kelas ni dengan saya sekali. Cuma, entahlah... dia ada masalah sikit katanya. Lagipun, kerajaan dah setkan yang kami boleh bunuh cikgu secara berduet. Saya cuma dapat serang cikgu jarak jauh, manakala dia dapat serang cikgu jarak dekat," terang Ruby.

Barulah semua faham dengan penerangan itu.

"Macam tu ya. Mesti macam Ruby waktu mula-mula kita kenal dulu," kata Zulhilmi.

"Hmm... Nampaknya, macam tu la," kata Iskandar menyokong.

Seorang lelaki berhoodie dan bertopeng putih mengetuk pintu kelas biarpun sudah terbuka. Cikgu Wan memandang lelaki tersebut.

"Ya, ada apa boleh saya bantu?" kata Cikgu Wan, ramah.

Lelaki misteri itu memasuki kelas, menarik perhatian para pelajar. Dia menghulurkan tangannya ke arah Cikgu Wan, macam mahu membunuh Cikgu Wan.

Shing!

Seekor burung keluar dari tangan lelaki misteri itu. Lelaki itu ketawa kecil.

"Haha... minta maaf kalau kemunculan saya ni buatkan kamu takut," kata lelaki misteri itu, ceria.

Zafina Shahira melihat Cikgu Wan hilang dari pandangan. "Eh, mana cikgu?"

Cikgu Wan ketakutan, melekat di penjuru siling kelas.

"Kenapa cikgu duduk dekat situ? Cikgu takut ke?" kata Immanuel kehairanan.

"Bukan takutlah!!!" marah Cikgu Wan.

Kelemahan Cikgu Wan #15
Mudah tertipu dengan khabar angin

"Apapun, nama saya Puteh Nur. Saya penjaga Khairil," kata Puteh Nur memperkenalkan diri.

"Puteh Nur? Macam nama perempuan je," kata Alif Najmi selamba dengan kaki atas meja.

"Ermm... Mana Khairil?" tanya Cikgu Wan kepada Puteh Nur.

Puteh Nur memandang luar kelas. "Khairil, masuklah."

Boom! Sebuah pelanggaran berlaku di dinding belakang kelas.

Khairil Ihsan muncul melepasi dinding kayu itu lalu mengambil tempat duduk di antara Zulfadlie dan Alif Najmi. Mereka yang melihat kehairanan dengan kemunculan Khairil Ihsan.

"Err... Kau sedar tak kau muncul dari luar kelas. Dah la hujan kat sana," kata Immanuel memerhati dari jauh.

Khairil Ihsan berdiam sahaja, seperti sudah dipukau. "Aku... menang. Aku lagi kuat dari dinding."

"Kau ni tak pernah jumpa pakar psikologi ke? Main belah je dengan dinding," kata Alif Najmi, sinis.

Khairil Ihsan menjeling ke arah Alif Najmi. "Kau mesti orang terkuat dekat sini kan?"

Kelas DSBWhere stories live. Discover now