BAB 5-PERHIMPUNAN

246 46 59
                                    

Immanuel dan Siti Zulaikha mengangkat barang dari stor.

"Tak tahu pula dekat sini ada stor makmal," kata Immanuel mengangkat kotak berisi peralatan makmal.

"Ha'ah, aku pun baru tahu," kata Siti Zulaikha bersetuju.

"Terima kasih sebab tolong cikgu angkat barang," ucap Cikgu Wan turut mengangkat barang.

"Tak apa. Kerja kecil."

Mereka beredar ke makmal lalu berjalan ke kelas yang satu-satunya di situ.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Ilman Faiz, Zulhilmi dan Hanif cuba membunuh Cikgu Wan depan-depan. Mujurlah Cikgu Wan sempat mengelak pantas, malah sempat menyediakan perkakasan makmal di atas meja.

"Baiklah, kita mulakan kelas kita sekarang," pinta Cikgu Wan ceria selalu.

"Tiga serangan pun dia boleh elak," kata Hanif mengeluh.

Para pelajar kembali ke tempat masing-masing.

"Baiklah, hari ni, cikgu akan ajar kamu cara-cara membuat bahan letupan sebenar," kata Cikgu Wan memegang tiub uji berisi bahan kimia.

"Apakah?" kata Zulfadlie terkejut.

"Mula-mula,..."

"Hurmm... cikgu," celah Siti Sarah muncul di depan Cikgu Wan bersama bahan kimia yang terlarut.

Cikgu Wan memandang Siti Sarah, melihat gadis itu menghulurkan bahan kimia ciptaannya. "Ya, Siti Sarah. Dah siap ke?"

"Cikgu minumlah racun ni," pinta Siti Sarah berharap.

Semua orang terdiam.

"Err... Sarah. Orang takkan minum kalau benda tu racun," pesan Zulhilmi dingin.

"Saya... tak pandai bunuh macam korang dalam diam," kata Siti Sarah, jujur.

"Tak apa. Tak salah pun. Ini panggil 'pembunuhan kejujuran'. Mari cikgu minum," kata Cikgu Wan mengambil bahan beracun itu.

"Eh, biar betul!" kata Faiz terpegun.

Cikgu Wan minum racun itu depan-depan. Dia tiba-tiba meraung.

"Apakah?" kata Iskandar terkejut.

Kepala harimau Cikgu Wan tertumbuh sayap.

"Err... Ada sayap dekat kepala cikgu," kata Zulhilmi kekok.

"Hmm... Sodium cyanide. Boleh tahan. Racun sesuai untuk membunuh serangga pada tanaman, tapi kalau berlebihan, tanaman juga yang rosak. Bagi yang kedua pula." Cikgu Wan mengambil bahan racun kedua lalu meminumnya.

Cikgu Wan meraung lagi lalu berubah wajah. Kepalanya kali ini tertumbuh tanduk pula.

"Ada tanduk pula!" kata Zulhilmi lagi.

"Ini 2,3,7,8-Tetrachlorodibenzo-p-dioxin, sesuai untuk Clorox dan bahan pencuci. Bagi yang terakhir tu," terang Cikgu Wan.

Racun yang terakhir diminumnya.

"Waargh!!!" raung Cikgu Wan menutup mukanya.

Wajah Cikgu Wan menjadi kosong, tiada senyuman langsung tercalit di wajah seperti sebelum ini.

"Err... Kosong?" kata Zulhilmi hairan.

"Rasa creepy derr..." kata Immanuel.

"Lagi creepy dari creepypasta," celah Amira.

"Bahan apa ni? Cikgu dah blur ni. Batrachotoxin ke ni? Kalau betullah ni racun yang cikgu cakap ni, dari mana Sarah dapat katak beracun?" kata Cikgu Wan dengan wajah kosong.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now