MUSIM 2: BAB 11-SPM

112 26 11
                                    

Setelah bersusah payah berurusan pada Hari Kokurikulum, Kelas DSB mendapat tempat ketiga keseluruhan, membuat Kelas 5A tertekan. Lima pelajar cemerlang menemui Farid Sattar.

"Hari Kokurikulum telah berlalu. Kelas 5A dah buat yang terbaik walaupun kelas 5F dapat tempat ketiga," kata Arif Hakimi berwajah dingin.

Farid Sattar menggumam sinis. "Huh? Itu kamu kata 'terbaik'? Kelas 5F Cuma jalankan restoran je kot. Benda paling mudah nak kecam. Kamu boleh masukkan racun dalam makanan diorang. Bila pelanggan kena racun, bukan kecaman je yang muncul, ancaman pun boleh muncul. Kecaman hanyalah permainan budak-budak. Apa kata bagi ancaman, baru mencabar dan seronok, bukan?"

Apa?

Dia boleh suruh racunkan makanan?

Daripada mengecam, lebih baik mengancam?

Ini kerja gila!

Mereka tidak mampu membalas kata, terkejut dengan kata-kata pengetua sekolah.

"Hakimi, boleh tak kamu tinggalkan kami untuk tiga minit?" pinta Farid Sattar tersenyum ceria.

"Huh?" Arif Hakimi kehairanan, mengesyak sesuatu.

"Alaa... tiga minit saja. Bukan lama mana pun," kata Ismah Fatih, tersengih.

Arif Hakimi hanya akuri perintah datuknya, bergerak keluar dari bilik.

Tiga minit berlalu, Arif Hakimi masih menanti di luar bilik.

"Haih, apa yang dia buat ni?" keluh Arif Hakimi, resah.

"Hakimi, kamu boleh masuk," kata Farid Sattar dari dalam bilik.

Arif Hakimi memasuki bilik pengetua semula. Dia melihat empat kawannya terpukaukan sesuatu. Dia terkejut. Empat rakan sekelasnya bagaikan hilang akal, macam zombi.

"Bunuh kelas 5F. Bunuh kelas 5F. Bunuh kelas 5F." Itulah yang diungkapkan mereka berempat.

"Apa ni?" Arif Hakimi tergamam.

"Hanya kata-kata semangat sahaja. Kamu boleh pergi," kata Farid Sattar tersenyum sinis.

Arif Hakimi berkerut dahi. Hubungannya dengan datuknya seperti terdapat tembok sempadan biarpun tinggal serumah. Setiap pagi hendak ke kelas, pasti mereka melalui jalan yang berlainan arah. Arif Hakimi hanya berjalan kaki ke sekolah manakala Farid Sattar menaiki kereta.

Sebuah taman seringkali dilalui Farid Sattar. Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki gelandangan yang berada di situ. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan lalu bergerak turun dari kereta. Dia mendekati lelaki gelandangan itu.

"Hari yang indah kan pagi ni? Apa kata kamu senyum..." Farid Sattar mengeluarkan dompetnya.

Tiga helai wang kertas RM100 dilempar ke tanah.

"...dengan ni," sambung Farid Sattar.

Lelaki gelandangan itu berebut mengambil wang bernilai itu.

"Ya, ambillah sebanyak mungkin. Gunakannya untuk diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain ya," hasut Farid Sattar.

***

"Apa? Sejuta lagi?"

"Ya. Ada masalah apa-apa ke?" kata Farid Sattar di mejanya.

"Ini dah lebih dari..." kata Ilyana Zhamuri, pegawai kanan Pertahanan Awam.

"Cukup, Yana. Dia yang benarkan kita jalankan operasi pembunuhan harimau tu dekat sini. Kita ikut je cakap dia," kata Danial Nabil kepada penolongnya itu.

"Erhh..." Ilyana Zhamuri menundukkan kepalanya, terpaksa akur.

Danial Nabil memandang Farid Sattar. "Kami minta diri dulu."

Kelas DSBDär berättelser lever. Upptäck nu