MUSIM 2: BAB 1-KARNIVAL

176 33 49
                                    

Iskandar berjalan ke warung di sekitar luar bandar untuk menemui bapanya. Sambil berjalan, dia merenung percutian pertengahan tahun yang lalu.

~Throwback~

Kelas 5F berkumpul di hadapan gua bersama Cikgu Wan.

"Hah? Uji keberanian?" kata Iskandar kehairanan.

"Ya. Jadi, masing-masing berpasangan lelaki dan perempuan ya. Jalan lepasi gua ni," kata Cikgu Wan menyimpan agendanya.

Maka, mereka bergerak masuk ke dalam gua secara berpasangan. Iskandar dan Farah Yasmine berjalan berdua-duaan di dalam gua.

"Err... Iskandar, gua ni dalam sangat ke?" kata Farah Yasmine melihat dinding gua.

"Entahlah. Yang pasti, gua ni ada penghujungnya. Cikgu Wan mesti cuba takutkan kita kan? Dia kan laju?" kata Iskandar.

"Tapi dekat sini gelap. Saya tak nampak."

Tiba-tiba, di depan mata mereka sendiri, kelihatan seekor makhluk berupa hantu Jepun muncul.

"Hei... korang berdua... gua ni pernah menjadi tempat pembunuhan ratusan penduduk ketika pemerintahan Jepun. Banzai!" kata Cikgu Wan cuba takutkan pelajarnya dalam uniform tentera.

Iskandar dan Farah Yasmine terkejut melihat karenah gurunya. Hampir terjerit mereka berdua. Cikgu Wan berundur lalu hilangkan diri.

"Err... Cikgu Wan ni..." kata Farah Yasmine, kekok.

"Kan saya dah cakap," kata Iskandar tersengih.

Tiba-tiba, Cikgu Wan muncul di belakang mereka berdua. "Banzai!"

Iskandar dan Farah Yasmine menjerit lantas berlari ke depan. Masing-masing tidak mahu menoleh ke belakang. Cikgu Wan ketawa melihat anak muridnya takut.

"Hahaha! Dah lama cikgu perhatikan kamu semua. Dalam asyik merancang bunuh cikgu, macamlah cikgu tak tahu yang kamu sedang simpan perasaan masing-masing. Jadi, cikgu akan jadi skandal kamu semua. Cikgu juga akan buat novel cinta berdasarkan kisah sebenar menggunakan data pelajar yang cikgu kumpul selama ni. Hahaha!" monolog Cikgu Wan tersisa ketawa.

Kelemahan Cikgu Wan #12
Gosip cinta

Sementara itu, Siti Sarah berjalan bertemankan Alif Najmi.

"Gelap betullah gua ni. Takut," kata Siti Sarah, gerun.

"Sebenarnya, aku lagi takut," kata Alif Najmi berwajah kosong.

Siti Sarah memandang wajah lelaki itu, hairan. "Hah?"

"Aku takut untuk jadi tak takut. Apa yang aku nak maksudkan, aku takut yang aku ni tak ada perasaan takut. Faham, tak? Itu yang aku takutkan."

Siti Sarah hanya mengangguk.

"Lagipun, aku takut dengan Serigala," kata Alif Najmi lagi.

"Serigala?" Siti Sarah mengedipkan matanya.

"Iskandar tu la. Walaupun dia nampak lemah, dia sebenarnya kejam dalam diam. Sekejam-kejam seekor serigala, dia tak selicik seekor musang. Selicik-licik seekor musang pun, tak sekejam seekor serigala."

Fikiran Alif Najmi terimbas situasi Iskandar berlawan dengan Aryan sebelum itu.

"Waktu dia lawan dengan Aryan, dia jadi kejam, lebih kejam dari yang aku sangka," tambah Alif Najmi.

"Jadi?" Siti Sarah ingin kepastian.

Alif Najmi memandang Siti Sarah lalu mengukirkan senyuman. "Aku tak nak kalah dan takkan kalah."

Kelas DSBWhere stories live. Discover now