MUSIM 2: BAB 22-HARI LAHIR

96 27 15
                                    

Niratcha berdiri di sisi Danial Nabil di markas yang terletak di kawasan bukit. Dia melihat mereka-mereka yang bekerja di situ. Pandangannya tertumpu pada jejaka di sebelahnya.

"Awak rasa, budak-budak tu boleh buat ke?" kata Niratcha bertanya.

Belum sempat Danial Nabil berbahas, satu berita buruk menimpa para anggota pertahanan itu.

"Ada penceroboh! Saya ulang, ada erkk..." Talian terputus.

"Panjang umur," kata Danial Nabil, selamba.

Ketua operasi memandang Danial Nabil. "Hoi, Nabil! Apa semua ni? Kau rancang semua ni ke?"

"Bukan saya yang rancang. Lagipun, diorang yang buat keputusan untuk ke sini. Kalau didengar suara tu, tidak lain tidak bukan... budak psiko tu jadi dalangnya. Siapa tak kenal otak kotor dia tu ya, tak?" terang Danial Nabil, tenang.

Sementara itu, Alif Najmi mengetuai gerakan kelas DSB.

"Alpha, mara ke kiri. Bravo, masuk kanan. Delta, kekal di belakang. Charlie, ikut aku ke depan," arah Alif Najmi bergerak pantas.

Mereka hanya mengikut arahan lelaki itu.

"Ada apa-apa laporan, Echo?" tanya Alif Najmi.

Erfan Shafiq dan Farah Wahida menembak hendap dari atas pokok. Dua orang rebah dek peluru lelap, tidak mati lagi.

"Three Tango down," balas Erfan Shafiq.

Sebaik mendapat laporan itu, Alif Najmi mengarah lagi. "Alpha, Bravo, masuk tengah. Kita buat jamuan akhir tahun."

Kumpulan Alpha dan Bravo bergerak ke tengah, mengepung pasukan pertahanan yang mengejar kumpulan Charlie.

"Foxtrot, sekarang!" jerit Alif Najmi.

Kumpulan Foxtrot menarik tali yang tersorok. Segelintir pasukan pertahanan terjatuh ke dalam perangkap lalu dinaikkan ke atas.

"Apa ni?"

"Cepat tolong!"

"Lepaskan kami!"

Mereka yang terselamat terkejut dengan perangkap yang dipasang. Kumpulan Delta yang berada di belakang terus menolak pasukan itu jatuh dalam lubang yang tersedia. Hanya seorang sahaja yang terselamat. Itupun berjaya ditangkap Zulfadlie.

"Bagus semua! Cuma, tinggal satu je." Alif Najmi mengeluarkan sos lada hitam dari beg Zafina.

Lelaki itu mendekati anggota pertahanan itu. "Pernah tak rasa black pepper dengan hidung?"

"Apa?" Anggota pertahanan itu terkejut.

Tanpa banyak kata, sos lada hitam disumbat ke lubang hidung anggota itu. Si mangsa teriak dengan kuatnya.

"Jeritlah kuat lagi. Sekurang-kurangnya, boleh tarik perhatian yang lain," kata Alif Najmi mengeluarkan aura Musang.

"ARGHH! PEDIH!" teriak anggota itu merasai seksaan sos lada hitam di lubang hidung.

Belum puas lagi, Alif Najmi memasukkan sos tiram ke lubang hidung satu lagi si mangsa. Habis menangis si mangsa dibuatnya.

"Dah la tu, Musang. Kita nak cepat ni," kata Iskandar, janggal.

"Alaa... baru nak fun," kata Alif Najmi mencebik.

"Jangan mengada! Cepatlah gerak!" Zulfadlie terus menarik Alif Najmi pergi dari situ.

Si mangsa yang menderita dek penangan sos, ditinggalkan begitu sahaja.

Hanya beberapa langkah ke hadapan, kelas DSB menemui seorang anggota yang bertubuh sasa.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now