MUSIM 2: BAB 12-LUAR KOTAK

118 26 14
                                    

Soalan terakhir menjadi cabaran buat pasangan kembar seiras itu.

"Hmm..." Alif Najmi menganalisis soalan tersebut dengan khusyuk.

Selama hampir setahun bersama kelas 5F, aku dapat analisis 'bakat' yang orang lain ada, tapi tidak kelihatan. Macam Zulhelmi  boleh mencelah tepat pada masa. Siti Sarah dapat lupa diri sebab benda dia obses. Zulfadlie pula serang tanpa beri peluang. Itulah apa yang difikirkan Alif Najmi.

Matanya kembali melirik ke soalan terakhir. Keluhan sinis dikeluarkan.

"Rasanya, aku tak ada masa nak habiskan soalan ni," monolog Alif Najmi, sinis.

Sementara Alif Najmi merenung soalan itu, Arif Hakimi juga merenung soalan tersebut.

"Hmm..." Arif Hakimi berfikir.

"Cari keluasan bagi permukaan sebuah kiub di dalamnya."

Apabila diteliti, barulah dia faham.

"Begitu ya. Dah dapat!" Arif Hakimi terus menjawab soalan terakhir demgan jalan kira spesifik.

Disebabkan AB sama dengan BG dan GF, 3 didarab dengan 3 dan 3. Jadilah, 27 isipadunya. Dari 27 kalau dikecilkan sama rata dengan kiub di dalam, akan ada 27 kiub kecil. Kalau begitu, kiub terkecil ialah 1 isipadunya. Jadi, keluasan bagi kiub terkecil ialah 1 meter persegi. Bingo!

Pada masa yang sama, Alif Najmi merenung soalan itu dari tadi. Matanya melirik sesuatu ke arah satu ayat.

"Sebuah kiub dengan isipadu 27m^3 dan beberapa kiub di dalam. Cari keluasan permukaan bagi sebuah kiub yang berada di dalam," monolog Alif Najmi memahami soalan.

"Sokka! Soalan UPSR rupanya."

Batang pen diambil lalu melakar jawapan.

Apa yang kita nak cuma keluasan permukaan sebuah kiub macam yang dilorekkan di sini. Jadi, 3 didarab dengan 3. Maka jadilah, 9. Easy.

Tak perlukan jalan kira spesifik dan formula pun. Hanya jawapan mudah.

"Masa dah tamat!" seru pengawas peperiksaan.

Alif Najmi tersenyum puas manakala Arif Hakimi tertekan kerana belum habiskan jawapan.

"Arif Hakimi. Masa dah tamat," tegur pengawas peperiksaan.

Akhirnya, Arif Hakimi berhenti menulis.

Tak guna! Tinggal sebaris lagi, desis hatinya, kecewa.

Batang pen dipatahkan dengan penuh kekecewaan.

***

Setelah menduduki SPM, mereka kembali ke kelas biarpun sudah bulan Disember. Mereka semua menanti ucapan dari Cikgu Wan yang berdiri di depan kelas.

"Baiklah. Hari ni, cikgu akan umumkan kedudukan 50 ke atas dalam tingkatan," ucap Cikgu Wan membelek kotak.

Sehelai kertas besar dikeluarkan lantas ditampalkan ke papan hitam.

"Okey, semua boleh tengok kedudukan kamu semua," ujar Cikgu Wan.

Para pelajar bangun lalu berjalan mendekati papan hitam kecuali Alif Najmi.

"Mustahillah kami semua boleh dapat tempat 50 ke atas," kata Hasbi kurang yakin.

"Selalunya Zul dapat tempat last dalam kelas," kata Amira turut kurang yakin.

"Eh, tengok nombor 46 tu!" tegur Adil menunding jari ke arah nama seseorang.

Semua orang melihat kedudukan yang ditunjukkan. Tempat ke-46 jatuh ke atas nama Zulfadlie. Tuan punya nama terkejit dengan kedudukannya.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now