BAB ISTIMEWA: PUASA

169 29 32
                                    

Tengah hari yang terik, Cikgu Wan kecairan tangannya mengipas dirinya yang kepanasan.

"Cikgu Wan puasa ke? Setahu saya, binatang tak puasa," soal Zafina Shahira.

"Mestilah puasa. Apapun,..." Cikgu Wan kembali berbentuk harimau. "Siapa tak puasa hari ni?"

Sepi sahaja. Mata Cikgu wan tertumpu pada tempat duduk Syamil dan Zulfadlie yang kosong.

"Hmm... Mana Zulfadlie dan Syamil?" soal Cikgu Wan.

Najwa Mufida hanya mengangkat bahunya.

"Mungkin dekat hutan kot," jawab Alif Najmi, selamba.

Dalam gerakan cahaya, Cikgu Wan meluru ke hutan. Asap dek momentum mengaburi pelajarnya.

"Haih, cikgu pun puasa," kata Siti Zulaikha.

Ilman Faiz bangun dari tempat duduk lalu memandang rakan sekelasnya. "Kelas, apa kata kita buka puasa bersama Cikgu Wan? Macam mana?"

"Haa... Boleh juga," akur Zulhilmi.

"Setuju," balas Puteri Atikah.

"Korang nak buka dekat mana? Aku ikut je... walaupun aku bukan Muslim," tanya Immanuel.

"Kita buka dekat sini. Lepas kelas, kita bincang," kata Ilman Faiz.

Sementara mereka berbual rancak di dalam kelas, Zulfadlie dan Syamil membuka bekalan makanan di dalam hutan. Mereka tidak makan sahur tadi.

"Okey, kita buka puasa dulu," kata Zulfadlie tersengih.

Syamil tertawa kecil.

"Buka puasa tak ajak cikgu ya. Dah la ponteng kelas," celah Cikgu Wan muncul di belakang mereka.

Zulfadlie dan Syamil terkejut sakan lalu melihat Cikgu Wan berada di belakang. "Cikgu..."

"Jangan harap kamu nak buka puasa sekarang!" Cikgu Wan serta-merta terus memakan semua makanan yang dibekal dua pelajar itu.

"Tidaaaakk!!!" jerit dua pelajar itu terpaksa berlapar lagi.

"Cikgu tak puasa ke? Tiba-tiba makan," kata Zulfadlie menunding jari ke arah Cikgu Wan yang sedang lahap makanan.

"Ada cikgu kisah ke?" kata Cikgu Wan, sinis.

Seusai makan, Cikgu Wan terus membawa dua pelajar itu kembali ke kelas. Zulfadlie dan Syamil kembali ke tempat duduk dalam keadaan serabut.

"Korang pergi mana tadi?" tanya Raviendra.

"Tak pergi manalah," jawab Zulfadlie.

"Mesti buka puasa kan?" kata Alif Najmi, selamba.

Zulfadlie sekilas memandang Alif Najmi. "Hoi, mana adalah!"

"Sudah. Tak elok marah-marah dalam bulan puasa ni. Lagipun, jangan tuduh sebarangan dan bersangka buruk. Cikgu memang nampak mereka nak buka puasa tapi cikgu sempat makan makanan mereka sebelum mereka makan," terang Cikgu Wan, jujur.

"Jadi, cikgu tak puasalah," kata Hasbi, selamba.

"Ehh!?" Cikgu Wan terkejut dengan kenyataan itu.

"Tadi, cikgu cakap, cikgu puasa. Lepas tu, cikgu kata, cikgu makan pula. Jadi, tak puasalah jawabnya," kata Zafina Shahira.

"Kami dah rancang nak buka puasa dengan cikgu tadi. Tapi, dah cikgu kata macam tu,..." kata Ilman Faiz punah harapan.

"Tunggu dulu!" tegas Cikgu Wan.

Semua pelajar terdiam.

"Disebabkan esok, hari Sabtu. Malam ni, kita tidur dekat sini. Esoknya, kita sahur dekat sini dan buka puasa di sini. Macam mana?" kata Cikgu Wan cuba kembalikan semangat.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now