MUSIM 2: BAB 9-PUSINGAN KEDUA

110 29 7
                                    

Bulan Oktober menggantikan bulan September. Satu kelas mengadakan sesi kaunseling kerjaya. Iskandar tidak tahu hala tujunya.

"Kamu semua buat apa tu?" celah Niratcha muncul di depan kelas.

Mereka memandang hadapan lalu melihat Niratcha berpenampilan baharu.

"Macam mana? Okey, tak? Cikgu beli baju ni pun dekat pasar malam," kata Niratcha mengusap baju kemeja-T berlengan panjang tetapi sedikit ketat.

"Sesuai sangat! Cuma, ketat," puji Hasbi, kagum.

"Tudung labuh tu beli dekat mana?" soal Amira mengangkat tangan.

Niratcha memandang gadis di baris hadapan itu. "Pasal malam juga. Dekat bahagian jual bundle tu."

"Wah, cantik!" Amira bersinar matanya.

Niratcha mengusap lengannya, terasa malu sedikit. "Terima kasih."

Sebelum ni, pakai baju nampak dada memang seksi. Tapi, bila dia tutup semuanya, makin nampak seksi, desis hati Hanif dengan menutup hidungnya yang berdarah.

Iskandar yang kagum melihat penampilan Niratcha, kembali memandang kertas kerjayanya. Dia terkejut dengan isinya yang bercirikan perempuan. Dia memandang Zafina Shahira di sebelahnya.

"Apa kau buat ni?" kata Iskandar, tergamam.

"Tolong kau isi borang kerjaya tu," jawab Zafina Shahira, selamba.

"Apakah?"

"Apa-apalah. Aku nak pergi jumpa Cikgu Wan." Zafina Shahira bangun lalu berjalan keluar dari kelas.

* * *

Alif Najmi duduk menghadap gurunya.

"Jadi, kamu nak jadi penulis ya," kata Cikgu Wan tersenyum.

"Ya. Bak kata pepatah, mata pena lebih tajam dari mata pisau," kata Alif Najmi tersengih.

"Betul." Cikgu Wan mengangguk.

***

"Wah! Mahu ke PhD ke? Cikgu terharu," kata Cikgu Wan mengesat air matanya.

"Ya. Saya nak sambung ke Universiti Oxford," kata Zafina Shahira berimpian besar.

"Cikgu doakan kamu berjaya nanti."

"Terima kasih."

Sementara itu, Iskandar memadam semula borang kerjaya. Dia cuba memikirkan tentang impiannya.

"Kau tak tulis apa-apa lagi?" kata Alif Najmi berdiri di sebelah lelaki itu sambil minum air kotak.

"Aku tak tahu nak jadi apa," kata Iskandar, serabut.

Farah Yasmine yang turut menemani Iskandar, terpandang sesuatu pada baju Niratcha.

"Ada stiker harga dekat baju Cikgu Neraka. Patutkah kita bagitau dia?" kata Farah Yasmine.

Iskandar berdiri. "Tak apa. Aku bagitau dia."

Ketua kelas itu berjalan menghampiri Niratcha. Kepalanya terasa berdenyut, seperti aura halus menyelebunginya. Dengan tenang, Iskandar menanggalkan stiker harga dari belakang baju Niratcha. Tiada sesiapa pun perasan tindakan Iskandar itu, termasuk Niratcha sendiri. Iskandar berjalan keluar dari kelas begitu sahaja. Alif Najmi dan Farah Yasmine yang memerhati tadi terpegun, hilang kata.

Iskandar memasuki bilik guru lalu menemui Cikgu Wan.

"Cikgu Wan," panggil Iskandar menundukkan kepalanya.

Cikgu Wan memandang anak muridnya. "Ya, Iskandar."

Iskandar mengangkat kedua-dua tangannya lalu melihatnya. Stiker harga masih digenggamnya.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now