MUSIM 2: BAB 10-HARI KOKURIKULUM

122 27 18
                                    

Berita tentang Hari Kokurikulum yang akan dianjurkan oleh sebuah syarikat besar, menggemparkan seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Muazzam Shah, termasuk kelas DSB.

"Hari Koko dah tak lama lagi. Kelas 5A mesti buat benda besar-besaran," kata Zulhilmi mengeluh di tempat duduknya.

"Habis tu, takkan kita duduk diam?" kata Cheng dari belakang lelaki itu.

Mereka berdiam, berfikir. Cikgu Wan memasuki kelas dari tingkap. Dia memandang anak muridnya.

"Selamat pagi, murid-murid! Apa yang kamu fikirkan ni?" kata Cikgu Wan menyapa.

"Tentang Hari Koko ni," jawab Ilman Faiz memandang gurunya.

"Oh, pasal tu ya. Kebetulan, cikgu ada idea. Apa kata kita jadikan kelas ni sebagai warung. Bahan-bahan masakan boleh diambil dari hutan. Cikgu jumpa padi huma, ubi, ayam hutan dan lain-lain lagi. Kita guna apa yang kita ada. Ini pun salah satu teknik pembunuhan juga."

"Hmm... Idea bagus juga," akur Siti Zulaikha.

"Okey, jom mulakan!"

***

Hari Kokurikulum tiba. Suasana sekolah tersebut menjadi meriah kerana menjemput pengunjung dari luar. Sekumpulan pelajar dari sekolah lain turut mengunjung sekolah tersebut.

"Kelas kami sediakan nasi goreng ayam hutan. Segala bahan segar dari hutan tau," kata Hasbi berdiri di depan pagar sempadan kawasan sekolah.

"Hmm... macam sedap je," kata pelajar sekolah tingkatan enam itu.

Maka, mereka pun mendaki bukit hingga ke puncak. Sebuah warung terbuka sudah berada di mata mereka.

"Bapak penat gila daki bukit sampai sini," kata pelajar tersebut.

Para pelajar melihat sekumpulan pelanggan pertama mereka, perasan sesuatu.

"Nanti! Diorang tu kan budak-budak sekolah yang culik Wahida dan Yasmine waktu kita ke Terengganu dulu," kata Zulhilmi perasan.

"Hmm... Nak culik ramai perempuan lagi ke?" kata Alif Najmi tersenyum lebar.

Ketua kumpulan pelajar samseng itu hanya melabuhkan punggung di kerusi. "Kami datang sini nak makan, bukan nak bergaduh. Bagi kami apa yang korang ada."

"Siap!" celah Niratcha muncul menghidangkan makanan.

Mereka di situ berhidung darah melihat wanita dari negara jiran itu. Niratcha duduk di sebelah ketua samseng itu.

"Awak makanlah. Nak tahu sedap ke tak?" kata Niratcha, manja.

"Err... okey," kata ketua samseng itu, malu.

Satu suap masuk ke mulut. Keenakan bak gunung berapi meletus di kepala.

"Sedapnya sambal ni!" puji lelaki samseng itu.

"Kalau nak tambah lagi, cakaplah," pujuk Niratcha.

"Eh, saya tak ada duit banyak sangatlah."

"Kalau macam tu, ambillah duit dekat..."

Niratcha mendekatkan mulutnya ke telinga pelajar itu. "A... T... M."

Dengan kelajuan drastik, pelajar-pelajar samseng itu bergerak keluar dari kawasan itu semata-mata mahu merompak mesin ATM di luar sekolah. Niratcha hanya melambai tangan.

"Saya tunggu dekat sini tau!" ujar Niratcha, ceria.

Dari atas bumbung, Cikgu Wan memerhati bersama Immanuel.

"Hmm... makin ramai nak datang nampaknya," kata Immanuel meneropong.

Cikgu Wan memandang anak muridnya. "Maka, bersiap sedialah."

Kelas DSBWhere stories live. Discover now