BAB 15-PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

176 31 22
                                    

Pelajar 5F mengulang kaji pelajaran di tengah hutan bersama. Cikgu Wan yang menemani mereka, bergerak pantas ke setiap pelajar sambil memberi pesanan.

"Baiklah. Kali ni, kamu kena skor lebih tinggi dari sebelum ni. Dari skor A ke skor A+ pula kali ni. Macam Puteh Nur cakap sebelum ni. Cikgu akan jadi semakin lambat kalau bahagian badan cikgu terpotong. Cikgu akan bagi ganjaran kepada mereka yang dapat markah paling tinggi dalam suatu subjek dengan menembak bahagian tubuh cikgu. Jadi, pastikan kamu buat yang terbaik," pesan Cikgu Wan dengan senyuman sinis.

⭐⭐⭐

"Dengar saja kata Cikgu Wan tu, saya macam nak skor sains la," kata Siti Sarah bersemangat.

"Bersemangat ya kau, Sarah. Semoga berjaya," kata Alif Najmi duduk bertenang di tempat duduknya.

"Ya, baik."

Tiba-tiba, telefon Zulhilmi berbunyi. Panggilan dari Zaki rupanya.

"Zaki la..." Zulhilmi menjawab panggilan itu.

Panggilan dijawab.

"Hei, Zaki! Lama tak jumpa sejak lawan bola tu," kata Zulhilmi.

"Ha'ah. Lama tak jumpa juga," balas Zaki bersandar pada dinding.

"Ada apa call aku ni?"

"Oh! Sebenarnya, saya ada maklumat tentang kelas 5A. Diorang sekarang tengah berkumpul, susun strategi. Korang kenal kan Subject King?"

"Siapa tu? Macam pernah dengar."

Inilah apa yang dinantikan kepada yang tidak tahu. Subject King terdiri daripada lima orang pelajar cemerlang dari kelas 5A. Salah satunya ialah ketua kelab IT, Dven Joo, sentiasa dapat markah tertinggi dalam subjek tambahan. Kedua, pengerusi persatuan Bahasa Inggeris iaitu, Gary Stark, selalu peroleh markah tinggi dalam subjek Bahasa Inggeris. Seterusnya, presiden persatuan Sains dan Matematik terbaharu yang sentiasa dapat markah paling tinggi dalam subjek Biologi, Kimia dan Sains Tambahan jatuh kepada Doc Rakim. Di samping itu, ketua persatuan Bahasa Melayu turut terdiri daripada Subject King, sering mendapat markah tertinggi dalam subjek Sastera Bahasa dan Bahasa Melayu iaitu, Ismah Fatih. Dan yang terakhir, ketua pelajar yang digeruni di Sekolah Menengah Mu'adzam Shah, berjaya mendapat markah Matematik dan Fizik paling tertinggi jatuh kepada... ARIF HAKIMI!!!"

"Err... Zaki. Perlukah kau menjerit? Aku belum pekak lagi la..." kata Zulhilmi dingin.

"Oh, hehe... Saja test suara," balas Zaki tersengih.

"Apapun, terima kasih untuk maklumat."

"Ya, sama-sama. Gerak lu pape roger."

Panggilan ditamatkan.

"Okey, lepas kelas nanti, kita pergi perpustakaan. Kita belajar sama-sama," ajak Ilman Faiz.

"Boleh juga," balas Iskandar.

Dari jauh, Alif Najmi termenungkan sesuatu. Senyuman sinis terukir. Arif Hakimi ya...

⭐⭐⭐

Arif Hakimi bertemu Farid Sattar di bilik pengetua. Dia bermain bola di bilik itu, menimbang bola.

"Macam mana dengan kelas 5A? Semuanya okey ke?" soal Farid Sattar.

"Semuanya berjalan lancar. Kami pasti dapat kalahkan kelas 5F. Oh, ya. Cakap pasal 5F, apa yang tuan cuba simpankan daripada kami?" balas Arif Hakimi tersengih.

Satu sepakan padu ke arah Farid Sattar berjaya disambut kemas dengan sebelah tangan.

"Saya tengok tuan lebih banyak luangkan masa pergi ke kelas tengah hutan tu. Kenapa ya?" tambah Arif Hakimi.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now