BAB 18-TINDAKAN

135 29 4
                                    

Semua sudah berkumpul di dalam pondok termasuk Cikgu Wan.

""Baik, kita mulakan!" kata Ilman Faiz.

"Sebelum tu, Cikgu Wan tengoklah video ni dulu," pelawa Sharanya.

Cikgu Wan mengangguk. "Baiklah."

Punggung dilabuhkan ke atas sofa yang tersedia. Hanif menutup suis lampu.

"Selamat menonton!" ucap Hanif tersengih.

Satu rakaman dimainkan pada televisyen kecil yang berada di situ. Cikgu Wan menonton rakaman itu. Pada masa yang sama, nalurinya dapat merasakan dua orang memerhatikannya dari jauh.

Macamlah cikgu tak perasan ada dua orang tak datang sini. Tunggu masa tembak hendap, desis hati Cikgu Wan.

Cikgu Wan hanya bertenang. "Hmm... Video yang menarik ya."

Tidak semana-mana, beberapa gambar Cikgu Wan yang memalukan ditayangkan dalam video itu. Cikgu Wan terkejut.

"Wargh!? Apakah yinihh???" Cikgu Wan menjadi lemah.

Gambar Cikgu Wan melayan buku seksi ditayangkan. Gambar Cikgu Wan berpakaian seprti wanita turut ditayangkan. Dan yang paling memalukan bagi Cikgu Wan.

"Dari mana kau dapat ekor tu?" Ayat Najwa Mufida dengan nada mengerikan turut dirakam.

"Huwaaargghh!!" rintih Cikgu Wan mendapat 'azab' yang memalukan.

Satu jam kemudian, Cikgu Wan menjadi lemah teramat. Nafas cuba diatur. "Cukuplah..."

Dalam sedar, kaki Cikgu Wan merasai sesuatu cecair yang sejuk. Cikgu Wan melihat kakinya menjejak air laut.

"Alamak, air pasang!" kata Cikgu Wan sedar.

"Okey. Sekarang, tiba masanya," kata Zulfadlie memegang pistol.

Cikgu Wan melihat tujuh anak muridnya bersedia menembaknya. Ilman Faiz, Siti Sarah, Zafina Shahira, Zulfadlie, Raviendra, Syamil dan Najwa Mufida sudah sedia membidik pistol ke arah Cikgu Wan.

"Ingat ya. Jangan gerak," pesan Zulfadlie.

Ruby yang munculkan dalam telefon Iskandar, terus bersuara. "Mulakan!"

Tujuh pelajar yang sedia menembak Cikgu Wan, terus melepaskan tembakan. Yang peliknya, tembakan mereka tidak mengenai tubuh Cikgu Wan, malah, sipi-sipi sahaja. Tembakan tanpa henti itu membuatkan Cikgu Wan terperangkap dikelilingi peluru.

"Lima saat berlalu," ujar Ruby.

Alif Najmi, Fauzi, Silvaprea dan Farah Yasmine terus bertindak memandu bot dari pondok itu ke empat arah. Jauh juga mereka pandu. Dinding pondok itu tercabut. Cikgu Wan terkejut melihat ruang diluaskan.

"35 saat," kata Ruby lagi.

13 orang pelajar muncul dari dalam air dengan flyboard, terbang ke udara dengan air yang keluar dari flyboard lalu memegang bahu rakan masing-masing untuk jadikan sangkar. Cikgu Wan terperangkap dengan puluru dan air sekarang.

"53 saat," kata Ruby lalu munculkan diri dari air.

Machine gun dan shotgun dikeluarkan lalu melepaskan tembakan ke arah Cikgu Wan, tetapi dibiarkan sipi-sipi. Akhirnya, Erfan Shafiq dan Farah Wahida muncul di permukaan air. Cikgu Wan salah sangkaan. Sebenarnya, Cikgu Wan perasan kotak bersinar di dalam hutan untuk sangkaan pertama.

"60 saat. Game over!" kata Ruby tersenyum.

Bang! Bang! Dua butir peluru sniper dilepaskan ke arah kepala Cikgu Wan.

Kelas DSBWhere stories live. Discover now